assalamualaikum 😀
khamis. hujan sekejap tghari tadi kat Bkt Katil. alhamdulillah...
now da panas semula. cantik cuaca.
ptg gini, again... dok depan tv and blogging.
da siap masak. baju pun dah lipat dan susun dlm almari.
tunggu baju di ampai kering. waktu yg perfect utk blogging.
berkaitrapat dgn entri yg lepas - gaya hidup sihat saya.
berjaya selama 4 hari berturut-turut menjalani pagi dgn sihat dan cergas.
👇👇👇
3 hari berjalan.
hari ni saya tak kuar rumah, aerobik saje di ruang tamu 😃.
tiap hari dpt bakar 200-300 kalori. jadik lah... daripada takde pape kan.
nak aim lelebih, tak mampu 😅 😆😆. memang target setakat tu aje.
begitu pun, timbang berat badan, tak berubah pun ha ha ha ha...
tapi itu tidak akan menurunkan semangat hi hi hi hi...
dah dimaklumkan dlm entri sebelum ni, saya gunakan 2 apps 👆👆👆 dlm menggayakan hidup sihat ni. ia byk membantu saya.
samada ia accurate atau tak, saya tak dpt la nak komen.
bagi saya, ia sekadar membantu, memberikan semangat pada kita bila dpt tgk details hasil workout kita.
MapMyRide ada list pelbagai jenis aktiviti. just pilih...
ni hasil larian saya semlm.
nampak tak, detail nya di bawah tu. ada gps, kita boleh track laluan kita.
then, MapMyRide sychronize kan dgn MyFitnesPal.
maklumat akan terus masuk ke dlm diari harian kita. terbaik!
memandangkan saya pilih utk mengamalkan diet kalori, so MyFitnessPal sgt membantu.
secara langsung kita amik tahu pengambilan pemakanan kita setiap hari.
kalori yg diambil. kita start alert dgn apa yg kita makan.
ni la pembantu saya utk ke arah gaya hidup sihat.
selain daripada sokongan padu dari my beloved mr.asben lah kan hi hi hi hi...
so, sementara cuti semester ni, dpt la kot tiap hari saya beraktiviti gini tiap pagi.
takde pe nak difikirkan.
no class.
no assignment.
no presentation.
no exam!
fikiran aman dan damai. buat semua dgn relax. alhamdulillah...
just sharing.
mana la tahu ada yg mencari info sebegini.
saya dulu pun, dpt ilmu dari pencarian alam maya juga 😀.
... bye for today!

10 Comments
waaah chaiyok2 kipidap. teruskan teruskan. semoga CT pun ada semangat kuat sebegini !!
ReplyDeleteNak download juga la. Thank you for this info
ReplyDeleteu r welcome :)
DeleteGud info.. ok juga ada aplikasi camni. Dapat juga membantu
ReplyDeletesikit pun okay asalkan terbakar kalorinya :D
ReplyDeleteyes. dpt la cover skit skit mana terlebih kan :)
Deleterajinnya Aida....
ReplyDeleteAgak lama saya tak 'melasak' begini.. eemm.. cepat mengah jadinya.. huhuhu..
ReplyDeletewahh bagus ada aplikasi ini..rabia start jogging dah.
ReplyDeletetahniah rabia.
Deletemoga berterusan ye.
sesama lah kita.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.