assalamualaikum 😀
hati sungguh gumbira. sebab... plan utk kembali kan gaya hidup sihat sudah bermula.
pagi tadi kul 7.45 dah kuar menghala ke tempat nak jogging. menikmati matahari pagi nan indah.
sesama kuar dgn mr.asben & Izzat. nak kuar lebih awal, kesian plak kat Izzat.
siap-siapkan dia dulu... bye bye dia. baru senang hati ibu nak bersenam hu hu hu...
kasut baru ku. mr.asben belikan sebelum Ramadhan.
Zulkaedah baru dpt rasmikan hi hi hi hi...
asalnya, nak start last monday. tapi tu la, terlupa 😄 😄 😄. hadoi lah Aida...
so, doakan la saya ni terus istiqomah ye.
tak nak jadik kurus pun sebeno nyer. mustahil la kot nak kembali ke berat 49kg.
spare tyre sana sini kot.
dpt ringankan badan jadik lah kan. buat peluh tiap pagi.
agar badan tak lesu. tak cepat letih. badan tak sakit-sakit... tu aje.
hari ni pun tak la jogging bersungguh-sungguh. berjalan pantas saje. sebab baru start kan.
sayangilah jantung anda, Aida. jgn kasik terkejut dgn terus nak berlari !!! 😅
da siap-siap timbang berat.
aik? tadi kata tak nak jadik kurus. ni pe hal timbang berat, Aida??!!
iye la korang. kena la ada target kot kan. nak kena ada pemantauan jugak kot.
kurang berat badan adalah bonus. dpt kurangkan inci badan ni pun orait.
manfaat kan la penimbang yg beli kat watson tu...
2 perkara saya nak jaya kan hari ni ialah :
1 - minum air putih not less than 1.5 liter sebelum maghrib
2 - no more air manis! pagi tadi before kuar, da minum segelas milo o (sesudu gula)
MyFitnessPal & MapMyRide pun dah diaktifkan semula pepagi ni.
pagi ni 54 minit berjalan non-stop = 220 kalori terbakar
saya ada simpan satu hasrat tau. teringin nak join acara lari-lari ramai-ramai tu.
ramai member saya join.
tak la jejauh. dlm bandar Melaka ni aje. senang pergi balik tanpa jejaskan tugas sebagai ibu.
tak la jejauh. dlm bandar Melaka ni aje. senang pergi balik tanpa jejaskan tugas sebagai ibu.
itu yg nak try fit kan badan ni hah. nak join jugak...
tak le terus nak join. mau nyer fengsan nanti, nyusahkan org 😀😀😀. kasik badan fit dulu lah.
apapun, hari ni baru hari pertama.
5 hari bekerja, dpt 2-3 hari bersenam gini pun jadik lah... kan? hi hi hi...
weekend tak boleh nak plan sgt. byk perkara lain...
orait. nak 'bersenam' di dapur plak nih. da kul 11 pagi! cooking for lunch.
ari ni masak tomyam ayam & sambal ikan bilis saje.
bye...
👍👍👍
16 Comments
terbaik
ReplyDeletewow..good job..:)
ReplyDeletegoodluck! sha sehari 3l ++ jugak la air kosong tapi sedih sbb masih minum air manis
ReplyDeletejoging x payah paksa.. jalan pun dah ok asalkan keluarkan peluh :)
ReplyDeleteHusniey pun suka berjalan kaki, ia permulaan gaya hidup sihat. kalau husniey keluar travel lagilah husniey suka.. bagi husniey bila travel itu jelah peluang nak pecahkan lemak kalori yang terkumpul ni haa.. nak exercise jarang sekali :D
ReplyDeletehappy cooking, sis..and hope sis dapat buat apa yang sis nak buat iaitu join acara lari-lari
ReplyDeleteSemoga istiqamah bersenam. Makan pun kena jaga sebab kalau nak kurus or nak dpt berat badan ideal 80% adalah dari makanan dan 20% selebihnya dari senaman. Good luck!
ReplyDeletekenapa nak kena minum air 1.5 liter sebelum maghrib ? saya tanya jerrr...
ReplyDeletehahahaha awal2 ni sikit2 je nanti kaki dah biasa makin bertambah lah jarak tu. All the best kak aida :D
ReplyDeletejom jom. saya pun sama. letih dah rasa bila badan ni asyik lemau bekerja. hehehe
ReplyDeletecaiyok caiyok Aida,you can do it :)
ReplyDeleteGood luck kak aida! semoga misi nak jadi fit akan tercapai
ReplyDeleteChayook.. Chayook Aida.. You can do it..
ReplyDeletekite nak gaaaaaaak rajin cemni ! ya rabbi kasila kite kekuatan jugak hehe..
ReplyDeleteAll the best... Ros pernah join run, run ni. Kalau tak de latihan memang penat.
ReplyDeleteRindu nak buat aktiviti macam ni tapi buat masa ni belum 'mampu' lagi.. :(
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.