assalamualaikum...
selamat pagi 😊.
pagi ni anak-anak sarapan mee segera goreng.
beli 1 pek mee segera E-Zee. rencah ala-ala mee goreng.
diorang ni kalu ke kedai, suka naw order maggi goreng.
so, pagi ni mee segera goreng, bukan jenama maggi ye.
and baru settle naikkan periuk nasi, masak nasi... sambal ikan tenggiri ready.
jap lagi, 10.30 pagi, nak amik kak Nurin dari tuisyen... pastu baru masak sayur goreng.
nak share 👇👇👇 cecepat. info copy & paste dari laman fb.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak telah meninggal dunia disyaki Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan pada 28 Julai 2018. Kanak-kanak tersebut yang berumur 2 tahun 5 bulan, berasal dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah, Sarawak. Beliau mula mengalami demam pada 24 Julai 2018 dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada 25 Julai 2018. Selanjutnya kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Daro pada 25 Julai 2018 dan telah didiagnosa sebagai disyaki HFMD di mana beliau telah diberikan rawatan serta ibunya telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera jika anak beliau masih tidak sembuh.
Pada 27 Julai 2018 malam, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Daro dalam keadaan tidak stabil dan telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia di Hospital Sibu pada pukul 2:08 pagi 28 Julai 2018 dengan penyebab kematian adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dengan jangkitan HFMD. Sampel klinikal telah diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.
KKM ingin menasihati orang ramai, terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga berikut untuk mengurangkan risiko mereka dijangkiti:
a) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.
b) Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.
c) JANGAN berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu, dan sudu.
d) Sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.
e) Basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya, yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak.
f) Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau simptom jangkitan.
g) Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas, dan lain-lain.
h) Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan, jangan menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah. Kanak-kanak yang sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan.
Sehubungan itu, KKM ingin memberi penekanan semula berkaitan amat pentingnya pelaksanaan lima (5) amalan di bawah bagi mengawal dan mencegah jangkitan HFMD. KKM dengan kerjasama semua Kementerian dan agensi berkaitan akan mempertingkatkan lagi langkah-langkah pencegahan dan kawalan dan memberi penekanan mengenai pentingnya amalan seperti berikut;
1. Penjagaan kebersihan diri;
2. Amalan cuci tangan yang betul;
3. Penjagaan kebersihan persekitaran;
4. Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska / tadika / tabika / pra-sekolah dan sekolah; dan
5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.
Sekian dan terima kasih.
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
28 Julai 2018
semlm, tghari, bawa la anak-anak bertiga ke Aeon, Ayer Keroh.
nak ke pejabat pos, Daiso dan memborong susu Isomil Plus & detergent TOP.
semlm 28hb, Aeon Members' Day kan. ke arah penjimatan, gi la shopping di hari ahli 😊.
terkenang berita yg mengatakan HFMD disyaki berpunca dari troli supermarket.
memang tak la bagi Izzat dok troli. sometimes, kalau shopping tanpa mr.asben, memang letak Izzat dlm troli. sebab tak mampu kawal dia.
daripada hilang dari pandangan mata, lebih baik la seksa jiwa Izzat skit dgn dok dlm troli, depan mata ibu dan dekat dgn ibu. selamat...
tapi semlm, dgn bantuan kak Nurin & Syuhada memantau Izzat, sukses la misi shopping dgn Izzat, tanpa dok troli.
risau! langkah berjaga-jaga... ibu yg paranoid! 😆😆😆
moga kita semua ibu ayah, berjaga-jaga ye.
kalau-kalau anak kita ada simptom HFMD ni, cecepat bwk ke klinik utk rawatan.
kuarantin kalau perlu.
kerana langkah bijak kita tu, bakal menyelamatkan anak-anak lain dan elak penyakit ni berleluasa.
in shaa Allah.
orait.
tu aje.
nak pecut gi amik kak Nurin.
bye!
10 Comments
good sharing
ReplyDeletesedih baca berita kanak-kanak meninggal sebab HFMD tu. Makin meningkat lah penjagaan ibu bapa lepasni kalau bawa anak keluar ke tempat awam. BE safe kak aida sekeluarga
ReplyDeletekan.
Deleteakak risau bwk Ijat kuar.
member akak kata, kat skola dia, dia cikgu, dah 2 murid kena.
hmmmm bukan baby aje dah kena, murid besar pun dah kena!!!
semoga dijauhkan dari penyakit mcm ni..
ReplyDeleteada terbaca kes pertama yg meninggal..kes HFMD makin meningkat...smoga dijauhkan la
ReplyDeleteterima kasih Aida atas perkongsian ini... Risau kan. Classmate Ammar ada yang kena..
ReplyDeleteiye ke?
Deleteaduhai...
risau kan :(
Semoga ibu bapa ambil berat tentang gejala penyakit ni, rasa risau sangat sebab ramai yang terkena jangkitan...
ReplyDeleteHaritu baca dah 38k yang dijangkiti HFMD dan seorang dah meninggal..moga dijauhkan..
ReplyDeletelatest. dah 2 meninggal dah, auni.
DeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.