assalamualaikum 😉
apa khabar? pagi selasa yg sgt sejuk di Bukit Katil.
bagi org yg elergi hidung sgt kronik mcm saya, bersin dan bersin dan bersin di pagi hari... sebab sejuk! 😁 hu hu hu sob sob sob...
hari ni Syuhada plak beraya di sekolah pagi.
saya bekalkan Syuhada 2 pek drummet ayam utk dikongsi dgn kawan-kawan. in shaa Allah 😍.
hari ni nak bebel skit la. berkaitan dgn anak perempuan yg bernikah di usia 11 thn. dikatakan bercinta dgn suaminya, 41 thn, sejak umur 7 thn.
aduhai 😖😖😖.
anak perempuan tu adalah drpd keluarga yg susah. and further stories about things yg buat dia dikahwinkan boleh la korang baca sendiri ye. dah viral pun seantero Malaya...
ada la saya kesian pd anak perempuan tu.
kerana desakan hidup. kesusahan... aduhai... moga hidup anak perempuan tu terbela dan menjadi sgt baik. in shaa Allah.
anak-anak saya umur 11 thn dan 13 thn.
semoga perjalanan kehidupan diorang sempurna seperti anak-anak normal yg lain.
di dalam lindungan Allah sentiasa. aminnn...
nak share la dari sudut pandangan saya sendiri...
setelah dilahirkan, seorang kanak-kanak secara lahiriahnya diberikan jantina berdasarkan biologi
fizikal sama ada perempuan atau lelaki. kanak-kanak ni mungkin memikirkan jantina ni hanya sebagai
salah satu ciri peribadi, tak lebih daripada tu.
mereka akan dari sehari ke sehari meneroka
peranan jantina dan akan slowly tahu apakah yang dimaksudkan dengan 'lelaki' atau 'perempuan'.
yg pasti, diorang mula belajar tentang peranan jantina dari norma keluarga dan latar belakang budaya. suka la saya nak katakan bahawa persekitaran pembelajaran awal yang
sihat dan komprehensif adalah sangat penting untuk kanak-kanak.
sgt penting untuk mengajar kanak-kanak ni bahasa
sosialisasi dan tingkah laku kanak-kanak yang akan membantu mereka dalam memahami siapa
mereka selari dengan budaya dan agama.
isu perlindungan dan
pemerkasaan kanak-kanak perempuan terhadap keganasan seksual yang berasaskan gender di
Malaysia memang sgt dititikberatkan oleh kerajaan.
jika diorang ni tidak dididik, diorang akan tidak sihat. jika diorang tidak diperkasakan
dengan ilmu yang mantap, kanak-kanak perempuan ni akan menderita.
diskriminasi terhadap gender mesti
berhenti serta-merta!
ia dapat menghasilkan manfaat kepada wanita dan kanak-kanak di mana, ianya akan
memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan dan pembangunan masyarakat di mana-mana
sahaja.
dlm kes viral tu, apa yg saya hairankan... camne anak perempuan tu telah mula bercinta di usia 7 thn?
benarkah? atau saje-saje dijadikan cerita oleh org dewasa di sekelilingnya?!
kita semua, sebagai ibu bapa, faham kot resmi anak di usia 7 thn. apa aje yg boleh dia buat? apa aje yg boleh dia faham?
dlm situasi apakah yg dikatakan dia bercinta dan dia tahu ke apa itu 'cinta' dan 'seks'?
adakah ibu bapanya tahu akan situasi 'percintaan' anak kecil mereka tu?
hu hu hu hu 😒 saya amat takut membayangkan situasi anak perempuan itu sebenarnya.
anak merupakan anugerah paling berharga dalam dunia ini bagi pasangan ibu bapa. ia lebih
mengembirakan bila keajaiban terjadi apabila sepasang bayi kembar dilahirkan 😍. alhamdulillah...
anak itu amanah
Allah SWT kepada ibu bapanya. tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak
yang diamanahkan sebagai penyambung keturunan.
bayi kecil ini ibarat kain putih dan suci dan
menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak anak tersebut agar menjadi seorang insan yang
beriman dan bertaqwa.
anak-anak perlu dididik dan dipelihara sebaik mungkin bagi
menjadikan mereka permata yang berkilau.
perkara paling asas dalam kehidupan generasi ini ialah adalah memberikan pendidikan awal kanak-kanak
yang sempurna.
jika penerapannya adalah betul, maka generasi kanak-kanak yang lahir
pasti akan lebih berkualiti pada masa hadapan. oleh itu, perlu diketahui bahawa individu seperti ibu
bapa dan pendidik bertanggungjawab ke atas proses tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.
pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak
bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia mereka.
pendidikan adalah satu istilah yang memberikan makna yang sangat luas kepada perkembangan
manusia.
pendidikan awal kanak-kanak adalah asas membina sebuah negara yang berjaya.
ia juga
sangat penting dalam perkembangan anak-anak dan menentukan arah kehidupan kanak-kanak di
masa depan.
menurut perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa kanak-kanak masih
dalam rahim ibu hingga umur 6 tahun. secara umum, ia boleh dibahagikan kepada dua tahap, iaitu
peringkat kelahiran dan peringkat selepas kelahiran.
selepas tahap kelahiran dibahagikan kepada
dua tahap lagi, dari kelahiran hingga 3 tahun dan dari 4 tahun hingga 6 tahun.
kerajaan Malaysia memberikan penekanan
yang kuat terhadap penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak dan telah merumuskan Dasar
Kebangsaan untuk Pendidikan Awal Kanak-kanak.
semua ibu bapa dan guru
harus sedar betapa pentingnya keperluan batin kanak-kanak dalam pendidikan awal semasa
peringkat prasekolah.
peranan gender adalah norma dan tingkah laku sosial yang sesuai dalam situasi sosial untuk orang
yang berbeza jantina. takrif peranan ini akan mulai jelas pada kanak-kanak pada usia 4 tahun dan penting
untuk perkembangan sosial mereka.
di peringkat awal, sekitar umur 2 tahun, kanak-kanak akan
mula menyedari perbezaan fizikal antara lelaki dan perempuan. kebanyakan kanak-kanak dengan
mudah boleh melabelkan diri mereka sama ada mereka lelaki atau perempuan.
then, pada usia menjelang
4 tahun, kebanyakan kanak-kanak telah dapat mengenal pasti identiti gender mereka. kanak-kanak ni belajar perilaku dan peranan gender melalui "apa yang budak lelaki itu buat" atau "apa yang
dilakukan oleh budak perempuan".
di usia menjelang 4 tahun juga, kanak-kanak boleh
membezakan mainan yang biasa digunakan oleh lelaki atau perempuan. mereka mula bermain
dengan jantina mereka sendiri dalam aktiviti yang dikenal pasti dengan jantina itu.
sebagai contoh,
seorang gadis boleh bermain dengan anak patung dan bermain dengan gembira di dalam rumah. sebaliknya, budak lelaki akan bermain permainan yang lebih aktif di luar rumah dan menikmati
mainan tenteranya, mainan blok dan trak mainan.
rumah adalah persekitaran pembelajaran semulajadi yang baik dan dekat dengan kanak-kanak. mereka akan berasa lebih selesa dan selamat dengan persekitaran rumah masing-masing. setiap
keluarga mempunyai budaya dan gaya hidup yang berbeza.
oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak
mesti berkait dengan institusi kekeluargaan bagi menentukan apa yang anak patut diajar. keluarga
dilihat sebagai ejen kepada penguat tingkahlaku kanak-kanak. ia akan melibatkan seluruh ahli
keluarga dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
di samping itu rasional penglibatan ibubapa
dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk memberi kemahiran kepada mereka untuk
menguruskan kanak-kanak tersebut.
kanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat untuk meneroka peranan gender diorang. ia penting
untuk semua kanak-kanak berasa baik tentang siapa mereka dan apa yang boleh mereka lakukan
tanpa apa-apa batasan.
kadang-kadang orang dewasa secara sengaja mengharapkan dan
menggalakkan tingkah laku dan sifat tertentu berdasarkan jantina kanak-kanak.
seharusnya kita
boleh memupuk jati diri kanak-kanak tanpa merujuk kepada jantina dengan memberikan maklum
balas yang positif berdasarkan kemahiran dan kualiti unik mereka.
antara faktor-faktor berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak secara mental atau fizikal adalah berpunca daripada
perpecahan keluarga, tekanan hidup, ekonomi tidak kukuh, tekanan perasaan, kemiskinan yang
melampau, penyalahgunaan dadah termasuk kegagalan ibu bapa menangani kanak-kanak dengan
baik.
dalam perkembangan berkaitan, Islam mempunyai cara untuk menangani masalah tersebut
dengan baik antaranya memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak walau bagaimana keadaan mereka sekalipun.
anak-anak adalah amanah Allah yang wajib dijaga kebajikan mereka termasuk diberikan pendidikan yang sempurna.
sebenarnya melalui anak-anak, ibu bapa boleh mencari keredaan Allah, lebih-lebih lagi jika mereka berjaya melahirkan anak-anak yang soleh.
bila dah berkahwin, kita nakkan anak.
dikatakan anak tu penyeri hidup pasangan suami isteri tu.
maka, dah beranak mestilah tahu cara apa dan bagaimana nak membela dan mendidik anak.
jgn kita jadikan anak itu sebagai beban atau alasan utk apa-apa masalah kita.
kalau tanya saya, tentang kes viral tu... tak patutlah dibiarkan anak perempuan tu di usia muda bercinta dan dikahwinkan, meskipun empunya badan bersetuju.
ambil kira tahap kematangan pemikiran dan tubuh badan anak itu. adakah dia benar-benar faham apakah yang bakal dilalui?
dikatakan juga bahawa anak itu hanya akan tinggal bersama suami 5 tahun lagi, di usia 16 thn.
jika begitu, kenapa harus dinikahkan sekarang?
jika benar, suaminya tetap boleh membantu keluarga itu tanpa bernikah dgn anak perempuan 11 thn itu.
hmmmmm 😟 kalau terus hidup dgn alasan, memang la takkan jumpa cara yg rasional.
ada byk cara lain yg boleh ibu bapa fikirkan utk keluar dari kemiskinan dan penderitaan hidup.
jgn dirosakkan masa depan anak perempuan tu.
bina masa depannya dgn ilmu. dgn ilmu, in shaa Allah anak perempuan tu dpt merubah keseluruhan masa depan seisi keluarga.
kini, anak perempuan itu telah terikat. kebebasannya secara otomatik telah disekat!
apapun, saya mendoakan agar anak perempuan itu berjaya merubah nasib dirinya.
semoga suaminya itu benar-benar dpt memperbaiki taraf hidup keluarga mertuanya.
kiranya itu yg bakal berlaku, kita doakan bersama-sama, alhamdulillah...
benarlah keputusan yg dibuat oleh ibu bapa anak perempuan itu.
😌😌😌
24 Comments
Setuju. Kesian anak walaupun dia bersetuju untuk bernikah. Tapi dia still muda. Banyak lagi yang dia perlu nikmati sebagai remaja yang biasa.
ReplyDeleteBetul..topik macam ni perlu di terapkan sejak dari kecil supaya mereka faham dan tahu peranan masing masing. Generasi sekarang macam terlalu leka dan kurang pendedahan bab ni.
ReplyDeleteallahuakbar kasihan baca kisah anak tu, kerana arrangement ibu bapa dan lelaki tu anak pula jadi mangsa keadaan,
ReplyDeletemasih tak boleh terima dek akal bila budak berusia 11 tahun kahwin lelaki 41 tahun, apa yang ada dlm benak otak lelaki tu? mmg ramai yg kahwin beza umur yg sgt banyak tapi bukan budak berusia 11 tahun yg tak tahu apa2..entah la apa difikiran ibu budak tu
ReplyDeleteKanak-kanak ni kena didik perkara baik dari kecil agar mereka dapat tanam dalam jiwa dan sanubari dan menjadi insan berguna walaupun saya tak ada pengalaman hehehe..
ReplyDeleteMacam kembar dua beradik tu, sama2 cantik. Dengan perkembangan masa sekarang ni, nak membesarkan anak2 sangatlah mencabar, tak kira anak lelaki atau perempuan, sama sahaja. Sebabtu pentingnya pendidikan awal dari rumah. Bagus entry ni :)
ReplyDeletewww.yanmieonline.com
Thanks for the great tips, I've got two girls and this got me thinking how I should start teaching them as they grow.
ReplyDeleteRaising a children is not easy. The most important parent need to educate, spend more time with them and be a good role to their kids. Then the kids will grow in a healthy situation.
ReplyDeleteTB pun ragu2 bab bercinta dah 7 tahun tu.. membohong aje lah rasanya sebab mana mungkin umur 7 tahun dah ada rasa cinta tu.. pelikkk.. ni sekuanya cerita rekaan orang dewasa kat situ ni.. merepek sungguh.. dan TB sependapat dengan sis tentang kalau tak duduk bersama sehingga umur 16 tahun bukan ke tak kahwin pun boleh? bantu dari sudut lain la kan.. kesian anak perempuan tu.. umur 11 tahun dah terikat kehidupN dia
ReplyDeleteAlasan yang keluarga tu berikan dari umur 7 tahun dah bercinta Allahu Mrs. A tak boleh terimalah. Umur baru 7 tahun manalah tahu apa itu cinta. Seingat Mrs. A anak Mrs. A umur tu makan pun kadang-kadang bersuap.
ReplyDeleteSedih sangat dengan mentaliti ibu bapa yang macam tu
kalau pernah dengar kiasan org lama "jaga seorang anak perempuan lagi susah jika menjaga dengan 10 ekor lembu"...bukan nak kaitkan dengan haiwan ke apa heheh..tapi nak menunjukkan betapa sebenarnya peranan sebagai ibubapa ni bila ada anak perempun kita kena asuh dan didik mereka. sebab tu anak perempuan masih dlm jagaan ibubapa sehinggalah dia berkahwin (cukup bersedia br kita boleh lepaskan). Banding dengan anak lelaki kita lebih asuh utk mereka untuk menjadi pemuda yang bertanggungjawab.
ReplyDeletekesian anak tu, masih kanak2 kot fahmkah dia apa tu cinta agaknya, Ya Allah moga dijauhkan kita dari ujian seperti itu. Moga Allah membimbing kita untuk mendidik anak2 kita pada jalan yang betul
ReplyDeleteSha tak boleh nak fikir pasal kes tu.. sebab anak tu kecil lagi.. Tambah risau dibuatnya bila Sha pun ada dua anak perempuan.. Huhuhu..
ReplyDeletesedih bila tengok budak umur 7 tahun dah dikahwinkan dengan lelaki berusia padahal 7 tahun ialah usia untuk membesar dan belajar. Betul tu, persekitaran yang selamat dan institusi keluarga yang sepatutnya jadi sumber terdekat untuk belajar hal gender dan peranannya.
ReplyDeletesekarang bukan macam zaman dulu2..
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
ReplyDeletehttps://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
children indeed a great gift from god and as a parents must always know hot to take care and manage them well especially providing them the right etiquette in life. love your article!
ReplyDeleteMarah bila baca cerita tu..
ReplyDeleteKanak2 memerlukan perlindungan...bukan diambil kesempatan.
sedih baca kisah kahwin dengan kanak2 umur 11 tahun tu. Islam pulak tu. hmm dunia dah akhir zaman.. :(
ReplyDeleteMemang saya berasap bila baca kononnya dah bercinta empat tahun. Maknanya budah tu Darjah 1, si suami dah jatuh cinta?! Aduhai,...tak terkata dibuatnya.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat bermanfaat...
ReplyDeletebesar n comel dah anak2 dia..hahha umur 11 tahun kalau masa zaman ana ka..adehh duk beringus lagi oo tgh galak duk melompat hahah xtaw apa pun tentang perkahwinan
ReplyDeletebercuti di bukit katil ye. rumah mak Linda kat situ je
ReplyDeleteinsyaAllah semoga semuanya dirahmati
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.