assalamualaikum 😌
bersiaran di mlm hari.
esok sabtu. mlm ni kebiasaannya kami sekeluarga santai aje.
Syuhada diberi rehat daripada buku-buku.
Izzat mcm biasa, dgn hal dia 😅 mlm ni tidak ada sessi membaca.
just kak Nurin ada tuisyen hingga jam 10.30 mlm karang.
weekend ni again, mr.asben not at home.
keje luar. ibu dan anak-anak saje ke hulu ke hilir bersama. ok aje. superIbu kan.
kak Nurin pun ada keje skola nak dibuat. keje yg memerlukan bantuan ibu, sudah pasti lah 😃.
tadi. tghari Jumaat lunch berdua dgn mr.asben di Aeon.
ke situ dgn tujuan nak beli brg.
tapi brg dicari, tidak berjumpa. belikan Izzat 3 buku Matematik aje. then kami lunch di food court.
makanan & minuman yg sama. sehati sejiwa gitu...
selain dari kat rumah, time ni la kami chit chat apa-apa hal.
mesti ada aje hal nyer nak dicakapkan.
lama giler tak ke food court Aeon ni.
or mana-mana food court lah. Mydin, Giant, Parkson...
time kakak-kakak kecik dulu kala, food court ni lah kami biasa lepak.
sejak harga di food court ni setanding harga di Old Town White Coffee, Johnnys Steamboat, Nandos, McD, KFC... sejak tu la kot kami dah tak jejak food court Aeon lagi.
ke restoran tu lebih berbaloi dgn harga yg dibayar.
tgk aje la hotplate yee mee ayam & cendawan 👆👆👆. nak telur sebiji, total harga RM8.75.
tapi nyer, cendawan 3 hiris dan ayam 2 ketul.
ada plak option nak ke tak telur. seingat dulu, di sini bersekali dgn telur 😕. ntah la. lama sgt dah, ingat-ingat lupa plak.
helaian mee nyer pun mcm tak cukup... Allahu Akbar. memang beza lah dari dulu kala.
tapi nyer... harga naik. kuantiti makanan berkurang! ni lah yg saya pantang betul, tak adil, kan?
air milo panas tu RM2.94.
hmmmm up skit duit, lepak Old Town White Coffee ajer lah.
sebab tu lah kami kalau makan, sure kat restoran.
bukan sebab kaya, duit terlebih byk ke... sebab mana-mana pun dah mahal.
so, mahal dan selesa lah pilihan saya dan mr.asben. anak-anak pun selesa.
selain tu, makan di dapur rumah sendiri aje 😄.
ada member share di fb 👆👆👆.
ada betulnya. saya akui. antara kehendak dan keperluan. ukur baju di badan sendiri.
bekerja utk buat famili selesa. bukan utk kemewahan yg melampau.
kalau mampu. kalau minat. apa salahnya, yg penting "tak susahkan org lain" bak kata kawan saya di fb.
apa yg penting, jgn riak. mewah ke apa ke, simpan sendiri-sendiri aje...
tu la dia. alkisah makan mee tak cukup helai di foodcourt Aeon 😃😃.
sampai situ ajer la celoteh si ibu Izzat ni di mlm hari.
nak kena stop menaip dah. Izzat nak susu 😒. dia memang jeles kalau ibu da berdamping dgn laptop.
ok bye. have a nice weekend korang ye.
nak gi belek Izzat jap, sementara tunggu jam 10.30 mlm, gi amik kak Nurin di tuisyen.
👋👋

13 Comments
Have a nice weekend too ibu Izzat!! ^^ Semoga Allah permudahkan urusan :D
ReplyDeleteMahal betul yee mee kat food court tu, nampak meamng sangat sikit. Selamat berhujung minggu yer Aida...
ReplyDeleteSedapnyaa makan makan, uih mahal jugak tu milo 2.94. Betul dah tu sekarang ni semua tempat mahal 😪😪
ReplyDeletehaiii Syaza orang melaka gak hihihi. so far lom pernah makan kat sini kalau g aeon :) Salam kenal dari syaza. syaza follow.
ReplyDeletehai. kalu dtg aeon ayer keroh, roger la.
Deleterumah aida dekat aje :)
Lama tak dating dgn Encik suami 😅
ReplyDeleteha ha ha...
Deleteset le time, CN.
sesekali aje.
terbaek.. nampak sedap mee :)
ReplyDeleteboleh la dimakan, ejulz :)
DeleteSamalah. Dah lama tak ke food court. Dah lama tak makan sizzling food court. kalau dulu selalu jadi tempat utama tu.
ReplyDeletemr.asben yg teringin.
Deleteaida folo aje.
sebelum beli, dah ada tanggapan negatif, fida.
bila dah beli, memang negatif pun.
harga up, kuantiti makanan, downsize!!!
Setuju! Dulu selalu lepak kat foodcourt tapi skrg rasa dah tak berbaloi. Baik makan kat restoran makan nasik tomyam lagi puas hati.
ReplyDeletekan :)
Deletegimme five.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.