assalamualaikum semua 😌
ptg ni badan masih kurang sihat. maintain makan ubat.
dah 2 hari lah tak dpt nak kuar jogging or aerobik. just buat senaman ringan-ringan aje.
rindu plak nak amik udara segar pepagi di taman dan tadah kulit dgn mentari pagi 😊.
update blog skit. suka update dgn maklumat yg dekat dgn diri. tadi, gembira bila sorang ofismet dah selamat terbang menunaikan haji bersama suaminya.
seronok sgt dgr suaranya. aduhai... then, belek fb tabung haji, ada info 👇👇👇. happy to share.
indahnya bila mana kita dpt panggilan ke rumah Allah...
kewajipan bagi Muslim yg mampu. semua mengimpikan ini. semua berdoa agar dipanjang umur dan disihatkan tubuh badan agar dpt ke sana dan beramal dgn sempurna.
kini, kalau tgk laporan berita, dah ada jemaah haji tiba di Mekah.
aduhai, beruntungnya.
kewajipan di situ telah kami tunaikan.
now masa utk memenuhkan Tabung Haji 😌. ia adalah peruntukkan wajib kami suami isteri.
moga, once layak, kami dpt dipanggil utk menunaikan ibadah haji awal dari waktunya. in shaa Allah.
maka, dgn excited nyer, nak share tips persediaan utk menunaikan haji, persediaan di sini.
semoga memberi manfaat kpd semua.
yg penting, ini nota utk diri saya sendiri. in shaa Allah...
ni penting. utk kita kekal sihat ketika di sana.
bertenaga. ceria. ibadah pun berjalan lancar.
ini yg utama. pergi haji bukannya pergi bercuti.
kita berdoa agar kita dikurniakan haji yg mabrur.
yes. ni penting ni. terutama suntikan.
ikut saje arahan pihak pegawai perubatan.
bagi saya, menunaikan haji is not easy. sebab, sebelum ke sana, diri kita hendaklah diperbaiki dahulu di sini.
persediaan mental dan fizikal yg mantop. kedudukan iman di tahap yg sempurna.
niat kita nak menunaikan haji itu ikhlas kerana Allah. jgn terpesong daripada niat tu. kita mesti kosongkan segala perkara lain dlm hati kita agar mudah beramal ibadah di tanah suci.
- perbaiki solat.
- perbanyakan puasa.
- perbanyakan bersedekah.
- ajar diri utk bersabar dan bertenang. kawal perasaan.
- meminta maaf dan memaafkan.
kepada yg dpt panggilan menunaikan haji thn ni, saya ucapkan tahniah.
semoga memperoleh haji yg mabrur. in shaa Allah 😌.
dan pada saya dan semua yg lain, semoga kita juga dilimpahi rezeki yg byk dan dpt ke sana dgn sihat. aminnn...
12 Comments
Tahniah kepada sesiapa yang dapat panggilan Allah untuk ke Makkah, Insha Allah nanti akan tiba pulak giliran kita semua kak Aida.. Dan terima kasih kerana berkongsi tips yang amat berguna sekali terutama pada bakal haji dan hajjah. Semoga mereka yang dapat pergi haji pada tahun nie akan mendapat haji yang mabrur, Insha Allah...
ReplyDeleteSeronoknya kan kalau dapat buat ibadat haji semasa tengah sihat ni kan..
ReplyDeletetu la yg diharapkan.
Deletesihat.
cergas.
ibadah pun sempurna, kan.
Hari ini baru sahaja Pak Cik Najihah bertolak ke Mekah menunaikan Haji. TQ for the info!
ReplyDeletealhamdulillah.
Deletemoga pakcik Najihah mendpt haji yg mabrur.
seronok dpt tengok kenalan ke sana. Semoga satu hari nanti kita pun akan sampai juga ke sana.
ReplyDeleteTerima kasih untuk tips :) Banyak kena perbaiki diri.
ReplyDeleteMOga di permudahkan ye Aida
ReplyDelete.
.
>> Nantikan GIVEAWAY Tollyjoy di blog wwww.azlindaalin.com 1 Ogos ni ! <<
Alhamdulillah, berharap sangat dapat juga ke sana buat Haji...
ReplyDeletein shaa Allah Zumal.
Deleteberdoa.
persiapkan diri.
penuhkan tabung haji.
seronoknya mereka yang dijemput kesana. semoga kita semua ada rezeki menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti =)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan mereka yg sedang mengerjakan ibadah haji. Insyaallah akan sampai masa kita..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.