assalamualaikum 😌
update simple pagi Isnin ni.
jam 11 pagi ni nak keluar, ke satu tempat yg perlu keluarkan duit 😅.
kena cepat. sebab jam 1.30 ptg nak amik Syuhada dari skola plak. mr.asben out-station lagi ari ni.
sebelum subuh pagi tadi da kuar rumah. alahai suami ku 💕💕💕.
so, keseorangan sekali lagi semalaman dgn anak-anak.
selak-selak phone tadi, nak clear kan gallery...
terjumpa gambar ni, masakan last week 😋. kita kasik share la kat blog.
4 ekor aje 😋
selalu dah masak ni. cuma kali ni aje salaikan ikan keli tu.
simple. salai guna oven aje.
tapi tu la sorry, tak amik gambo plak time ikan keli tu disalaikan dlm oven.
terlupa! takde niat nak share dlm blog at first ha ha ha ha 😅.
cara salai dlm oven tu, saya dpt ilmu dari program masakan chef Ismail kat AFC.
letak ikan keli (siap lumur garam kunyit) dlm oven. api atas bawah dlm 150⁰c. saya salai dlm 30 minit.
tu pun tak brape salai sgt sebenarnya. but ok ok la. ada bau nyer, cukup lah. alhamdulillah.
cara nak buat masak lemak tu, biasa aje. takde yg lain-lain.
- hiris kunyit, ketuk santan, ikan selai daun kunyit.
- masukkan semua nyer dlm kuali bersekali dgn air secukupnya, sekotak santan dan 2-3 asam keping.
- perisalah dgn garam pastu ye.
yg item 1 tu, kalau diikutkan original masak lemak nogori sembilan, cara nenek saya, kunyit semata dgn cili padi sekali.
saya masih tidak buat masak lemak cili padi, considering kan Izzat.
dia memang suka kuah yellow ni. if ada cili padi, agak tak sesuai utk perut dia kan.
anak always menjadi keutamaan saya 😅. berkorban rasa sedap lah skit ye...
ok. tu je la. share ni tak le kata saya ni pandai sgt masak.
saje share nak kata yg saya boleh la masak 😀.
kalau korang dtg rumah saya, boleh la saya jamu dgn makan tghari ha ha ha ha ha... tak le balik kelaparan.
👋 babai.
nak keluar rumah. bismillah...

19 Comments
Wah, rasa terliur pulak ikan keli nie..
ReplyDeleteSedapnya..
ReplyDeleteSenangkan salai ajer dlm oven..
itu la.
Deleteter tgk plak program chef mail.
mudah la.
Sedapnye. .Fav tp xpernh masak menu ni. .Mkn pernah haha
ReplyDeleteaduh sodap nih masak lomak nih
ReplyDeletesedapnya! menu syaza arini masak lemak gak tapi daging salai. so far syaza lom masak keli gi sebab geli haha. makan nak, masak x nak..
ReplyDeleteha ha ha
Deleteaida ikan keli ni ok la. masih berani dan tak geli.
awal2 dulu yes, geli. now, dah biasa.
Lama tak makan ikan keli. Antara menu kena elak buat akak kerana kandungan kolestrolnya agak tinggi bagi akak.
ReplyDeleteoic.
Deleteikan ni dlm sebulan, sekali atau dua kali aje kak.
rotate byk bahan lain.
nak beli pun susah! aida biasa beli yg da siap bersihkan.
aduhhh fav meni ni kak :D
ReplyDeletesedapnya..feveret tu...bolehlah bertandang ke rumah aida nanti...
ReplyDeletetapi thn depan tau kalau nak dtg.
Deletein shaa Allah umah baru ha ha ha ha ha...
salai pakai oven ni cam senang je plak, bagus ni lapoooo
ReplyDeleteSedapnya ikan keli salai masak lemak...
ReplyDeleteMenggiurkan lauknya ni..dah lama tak makan..
ReplyDeletepandai masaklah tu aida, saya ni tak pernah masak ikan keli sebab saya tak makan hehehe
ReplyDeleteoiye?
Deletesama mcm abah aida la, tak makan ikan sungai :)
Wah sodap ni, kecur Air liur dibuatnya
ReplyDeleteSedapnyaaaaa! Terliur!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.