assalamualaikum semua 😌
sejak bermula pemerintahan Malaysia Baharu, setiap hari kot kita dihidangkan dgn pelbagai berita dan isu.
few days ago, saya menjadi asyik menonton youtube, drama di Parlimen.
aduhai. arena politik ni, kalau diri dan hati tak kental, memang takkan boleh bertahan lama!
telinga dan muka kena jadi tebal setebal-tebalnya.
isu kasut hitam utk ke sekolah sessi 2019.
"saya tidak setuju!"
eh, bukan saya lah 😅😀😀. sape yg tak setuju tu? kenapa?
dari pembacaan saya, alasan mereka kenapa mereka tak setuju ialah :
- kasut hitam akan menerapkan sikap pengotor pada anak-anak.
- anak-anak akan jadi pemalas kerana kasut hitam menutup kekotoran, tak perlu dibasuh.
- tak dpt membezakan murid biasa dan pengawas / murid yg berpangkat.
ada juga yg komen, "dah takde isu pendidikan yg lain ke yg Menteri nak bincangkan, hal kasut pula yg diputuskan."
ada kata-kata sinis dari seorang tokoh negara, "apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam. tak ada hal ehwal yang lebih pentingkah? bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? bukan kasut hitam..."
pada pendapat saya la, rakyat marhaen takde melalut or melenting sgt pon.
yg byk komen ni maybe org-org yg berkepentingan. rakyat marhaen normally terima saje. tolak tambah darab bahagi, kena ikut peraturan.
sebagai contoh, anak dilantik sebagai pengawas, tak pernah lagi ada ibu bapa yg protes kena tukar whole set of pakaian anak dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.ini perkara biasa sejak dulu kala. itu yg saya kata, rakyat marhaen tak pernah melenting isu remeh sebegini.
akur. tak kira la samada ibu bapa berpendapatan tinggi, sederhana ataupun rendah.
then, belum masuk part membeli t-shirt yg berbeza utk PJK, rumah sukan, aktiviti koku, persatuan beruniform.
most of ibu bapa akur dgn peraturan. ia adalah keperluan persekolahan. maungkin lambat skit la membeli tapi diakhirnya, keperluan tersebut dipenuhi.
saya belikan kasut putih yg simple utk anak basuh dan kapur.
tidak bertali. mudah utk mereka sendiri uruskan.
saya ni, ibu kepada anak-anak yg memakai kasut putih.
kak Nurin dan Syuhada merupakan murid biasa di sekolah rendah.
bukan siapa-siapa pun. maka, kak Nurin 6 thn memakai kasut putih ke sekolah pagi dan ptg.
Syuhada termasuk thn ni, dah 5 thn.
saya setuju yg mana? 👇👇👇
#TeamKasutHitam
thn ni kak Nurin naik sekolah menengah, berkasut hitam. nampak mudah pada dia.
tidak sekalut kasut berwarna putih.
kak Nurin pula dok di asrama. dia mudah, hati kita pun tenang, kan...
kasut hitam ni perlukan penjagaan juga, tapi berbanding dgn kasut putih, ia perlu penjagaan minimal.
pendapat saya, yg bertahun-tahun anak berkasut putih, kasut hitam lebih memudahkan anak saya.
utk anak saya.
anak org lain saya tak tahu lah...
tapi, pendapat saya ke, pendapat dia ke... adakah wajar isu kecil ni diheboh-hebohkan?
ini adalah satu daripada byk janji Menteri Pendidikan.
ini yg org nampak, kah?
kalau tetiba Menteri kata, maintain berkasut putih, putih lah kasut anak saya. kasut jer pun. takde yg menyusahkan pun.
lagipun, perkara ni diumumkan 6 bulan sebelum sessi persekolahan 2019.
masih terlalu lama. kalau nak bangkitkan isu kemampuan ibu bapa, serasa saya ini bukanlah pengumuman mengejut. masih ada masa utk mengumpul dana.
then ada member share di fb 👇👇👇
bukanlah baru perkara ni. sebenarnya KPM telah pun buat survey.
Menteri Pendidikan kini hanyalah menyampaikan hasil survey tu la kot kan...
ramai agaknya yg vote utk kasut hitam. maka, jgn lah tanpa usul periksa, kita bahankan Menteri yg baru.
cuba kita tgk and selidik lagi apa aspirasi Menteri ni.
kenapa la isu kasut hitam yg di highlight kan?
biar kasut hitam, jgn hati jadi hitam dah le!
bab mendisiplinkan anak-anak dgn kasut putih, pada saya, kak Nurin masih perlu mencuci kasut hitamnya sendiri. sidai sendiri.
masih sama. takde pun kak Nurin pakai kasut tu hingga 2-3 minggu tanpa dicuci.
stokin hitam. sememangnya sehari sepasang. tidak pula saya biarkan dia sepasang selama seminggu.
masih sama pemakaiannya dgn stokin putih.
perlu diganti utk elak kaki busuk dan berkuman. penting bagi saya.
cuma, sebagaimana saya katakan di atas, penjagaannya minimal berbanding kasut dan stokin putih.
moreover, pihak Menteri telahpun mengumumkan kelonggaran dalam hal ni.
- tempoh kelonggaran selama setahun diberikan utk pelaksanaan pakai kasut hitam ni. ini utk tidak membebankan ibu bapa / penjaga.
- Menteri tidak berniat utk melaksanakan dasar baru ni secara drastik. maka, bagi ibu bapa yang dah sedia tukar kasut anak ke kasut hitam, just proceed. bagi ibu bapa yg kurang mampu ataupun kasut putih anak masih boleh digunakan kot, masih boleh pakai kasut putih. tiada masalah.
- takkan ada tindakan disiplin bagi murid yg masih ke sekolah berkasut putih thun 2019.
nah, kelonggaran selama setahun. bermaksud, dari pemahaman saya lah kan, kalau nak start sessi sekolah 2020 baru nak berkasut hitam pun boleh.
maka, sebagai rakyat marhaen, saya ok ok saje dgn perkara kasut ni.
ia tak beri impak pun kpd perjalanan menuntut ilmu anak-anak saya.
dalam pada ni, saya percaya ada jugak cadangan utk Menteri mempertimbangkan perihal pakaian sekolah anak pula.
dikatakan pakaian pengawas yg berkot, berlengan panjang dan bertali leher amat tak sesuai sebab negara kita panas. then, ada cadangan mewujudkan pakaian batik utk ke sekolah.
hah, camne tu? 😅😅😅
ni lagi membebankan, baju batik tu ha ha ha ha ha... tapi, tak la kot kan.
pakaian sekolah kerajaan seperti sekarang dah ok dah. tiada masalah pun. ibu bapa dan anak rasanya ok ok saje kan.
bebelan saya ni, saya akhiri dgn 9 janji Menteri Pendidikan :
- memberi kuasa autonomi kepada IPT.
- kebebasan bersuara kepada pelajar dgn mewujudkan semula Sudut Pidato (speaker corner).
- murid sekolah tidak lagi perlu berkasut putih mulai 2019. akan berkasut hitam.
- kurangkan beban guru daripada tugas pengkeranian.
- memperkasakan sekolah kebangsaan dan pendidikan khas.
- memastikan murid tidak lagi menggalas beg yang berat.
- meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dengan memperkasakan DBP.
- pelajar boleh menguasai lebih daripada 3 bahasa.
- UEC diselesaikan dengan ambil kira kepentingan semua pihak.
kita sokong. kita bantu Menteri kita merealisasikan 8 lagi janji ni.
saya sebagai seorang ibu yg menyekolahkan anak di sekolah kerajaan, sgt nak semua janji tu berjaya.
kasut hitam ke, putih ke, pink ke... tu saya tak amik kesah sgt. saya follow ajer hi hi hi...
😊 😊 😊
17 Comments
saje nk provoke la tu..ok je kasut hitam tu
ReplyDeletebetul tu, amy.
Deleteprovokasi.
tapi dlm hati, setuju :) hi hi
saya antara yang menjawab survei tu untuk pakai kasut hitam, bagi saya penjagaan untuk kasut hitam lebih mudah, basuh tetap basuh cuma tak perlu disental berlebihan kan. yang beg berat tu pun saya setuju juga, saya yang angkat beg anak2 ni sekejap je pun rasa berat sangat dah, inikan pulak anak2 yang kurus tu mengangkut beg pergi ke kelas, yg kelas bawah ok lagi, yang kelas atas..kesian sangatlah
ReplyDeletebetul AA.
Deleteaida mengangkat beg Syuhada, ya Allah, beratnya!!!
kekadang tu tgk anak2 yg kecik kurus badan nya, hadoi lah. kesian.
tapi tu lah. kehendak sekolah kan. tak bwk buku karang, kena marah plak.
mana2 pun ok..:)
ReplyDeleteyes. setuju.
DeleteKasut hitam atau kasut putih...yang utama niat ke sekolah menuntut ilmu..yang diambil kira prestasi pelajar ketika menduduki peperiksaan dan akhlaknya..jg diri...berdisiplin...menjadi pelapis yang jernih hati dan akalnya..
ReplyDeleteitu paling betul.
Deletejgn dikata berkasut hitam, hitam akhlak nyer, rosak disiplin nyer kan.
hanya kasut.
yg penting, hati, ilmu, didikan, peribadi.
actually kasut hitam tak jadi isu, yang jadi isu bila ada orang yang suka provok n tak puas hati demi kepentingan diri ataupun politik. Kasut hitam lebih memudahkan. Ye betul biar kasut hitam jangan hati hitam hahaha.
ReplyDeleteJemput Singgah : Update Akaun Pendapatan PTPTN
kan :)
Deletetau takpe, adib hi hi hi...
Sekolah Najihah memang pakai kasut warna hitam...so bagi kami tiada masalah dah hehehe
ReplyDeleteKita sokong juga apa yang Menteri Pendidikan umumkan, walaupun tak ada anak tapi faham perangai budak-budak ni sebab pernah jadi pelajar. Bab kasut hitam tu memang sokong sangat, dulu masa kat sekolah kita susun kasut sebelum masuk library tapi ada juga yang datang kemudian pijak kasut kawan-kawan, yang putih dah jadi hitam. Kasut hitam yang kain tak semahal kasut kulit kita kat ofis tu. Saja ja dorang buat isu lebih-lebih...
ReplyDeleterindu zaman pakai kasut putih, x pe untuk kebaikan anak2, yang mana tak setuju tu mereka ada pendirian masing2.. maklumlah selalunya bila sesuatu yang jadi isu mesti nak ada pros and cons :)
ReplyDeletetatau nak komen apa isu ni.. sensitip.
ReplyDeletebtw comel kasut velcro. heheh..
kasut velcro tu mudah, siti :)
Deletememang comel!
Cici pun setuju jugak. bukan apa memang kita basuh and kapur tapi tak sampai setahun jadi kuning kuning. Geram pulak rasa.
ReplyDeleteFedup baca komen netizen tak kira kaum mak atau bapak yang peril orang. Kononnya parents yang #teamkasuthitam ni pemalas nak basuh kasut anak or tak didik anak basuh kasut sendiri. Jauh sangat manipulated dari maksud asal.
Tak kisah putih ke hitam, sama je kena jaga kebersihan bagai
ejulz setuju je kalau guna kasut putih @ hitam. tapi masalah yg serius sekarang ni adalah masalah disiplin pelajar. mungkin dasar perlu diubah dan ditambahbaik..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.