assalamualaikum 😍
pepagi tadi masak utk lunch awal-awal. abg ipar dtg lunch sini.
ikan masak taucu, kari daging, sayur campur & sambal telur puyuh petai.
ada skit rendang raya ari tu, kuarkan lah buat tambah-tambah lauk-pauk.
aneka ragam lauk nyer, tapi skit-skit aje portion nyer. sekali hadap, abis semua plan nyer 😄.
alhamdulillah, selamat dah menjamu abg ipar & famili tadi.
diorang bercuti di Melaka dan on the way back ke Klang dah pun skang ni. moga ok ok la journey diorang. jgn la trafik jem yg terok.
lepas ni in shaa Allah nak ajak anak-anak bertiga jogging. lepas asar karang...
saya nak prepare kan diri, Jumaat depan nak join lari-lari merdeka 👌.
nak la tempek dlm blog ni bahawa 23.8.2018 merupakan ulangtahun hari nikah kami yg ke 15.
alhamdulillah...
15 thn dah kami jadik suami isteri.
ikut kiraan bebetul, mula tahu kewujudan memasing di dalam dunia is mid of 1998.
then, berkawan secara serious (bak kata bebudak = couple la 😀) since November 1999.
20 thn lah kami kenal satu sama lain 😌.
ni gambar kami berdua pada tarikh enibeseri tu 23.8.2018.
alhamdulillah. 3 anak penyambung kuat tali ikatan kami berdua.
sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan pula suami isteri...
ada aje la isu yg akan jadik gaduh, kecik hati, selisih pendpt...
nak kuar makan mana pun boleh create isu 😆 😅😅. kalau nak cari isu lah kan.
nak mengaku lah, saya yg selalu create isu 😔😓😓.mr.asben kurang bab tu. most of the time dia ok ok aje.
sebab saya senang kecik ati dan cepat melenting 😁😁.
dia akan faham bila mood saya swing. kekadang dia layan, kekadang dia buat don't know ajer hu hu hu...
... a drink from Paradise... available on Earth.
hot chocolate utk saya 😍.
diorang yg lain amik air sejuk!
kami tak celebrate sgt pun ulangtahun hari nikah ni.
memadai dgn hanya kuar jalan-jalan dgn anak-anak.
ada la kot dok fikir, nak makan-makan special, nak ada sepotong kek tanda celebrate.
at the end of discussion, makan jer la pape yg mengenyangkan 😄.
pilihan kami tiap kali melangkah ke Mahkota Parade & Dataran Pahlawan is always Black Canyon Coffee.
kami makan nasi set E. ada 4 lauk dan 4 pinggan nasi. tambah sepinggan nasi kosong utk Izzat.
then, da inform anak-anak, instead of beli kek di Secret Recipe, beli aje Hokkaido Cheese Tart nak ketul. lagi nyaman tekak menelannya.
tapi, tak beli pun.
sebab lepas makan di Black Canyon Coffee, kami berjalan di Banda Hilir, terus naik Menara TamingSari dan ronda uptown di Pahlawan Walk. sampai ke mlm hari 😀.
terlupa langsung nak masuk Mahkota Parade beli Hokkaido Cheese Tart.
my 💜💜💜💜.
not single. not available ye!
doakan kami berdua terus kekal bersama berdua hingga ke jannah ye.
moga anak-anak kami sihat dan berada bersama kami sentiasa...
😌😌😌
17 Comments
Alhamdulillah dan tahniah. Kekal hendaknya sampai bila2. Hingga ke syurga.
ReplyDeletealhamdulillah semoga bahagia sentiasa kak.. sihat dan dimurahkan rezeki =)
ReplyDeleteselamat ulangtahun yg ke-15 :D
ReplyDeleteHAI SAYA ORANG BARU KAT BLOG JOM LA FOLLOW SAYA!SAYA DAH JADI FOLLOWER AWAK!
ReplyDeletehappy anniversary! semoga kekal hingga ke jannah!
ReplyDeletehepi anebeseri kak..:)
ReplyDeletehappy anniversary :)
ReplyDeleteHappy Anniversary Aida.. Moga kekal hingga ke jannah.. Amin
ReplyDeleteDah lama tak makan kat Black Canyon... Dulu mummy suka makan tom yam dia..meletops!
ReplyDeleteNanti kalo jalan dekat2 Dp lagi nanti roger la.. Boleh kita pi ngeteh na...
ReplyDeletehappy 15th anniversary..semoga berbahagia till jannah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Happy anniversary buat aida dan suami..
ReplyDeletehahahaha makan jadi isu tu memang memahami sangat. Kalau susah sangat memang pergi KFC je. Happy anniversarry kak aida & suami
ReplyDeleteAlhamdulillah. selamat ulangtahun perkahwinan akak dan suami. Moga bahagia hingga ke syurga.Aaminnn
ReplyDeletesemoga sentiasa bahagia bersama keluarga.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah aida dan suami moga ikatan pernikahan berkekalan hingga ke dalam syurga disamping anak2 tersayang
ReplyDeleteBlogwalking.. sweet2 aje, tapi tulah kek biasanya bape taun lepas kahwin je, last2 dah lama tu makan ja ape yg ada hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.