assalamualaikum 😌
jam da menunjukkan jam 11:54 tgh mlm, Jumaat...
tapi kami 5 beranak masih lagi kecoh ni hah.
mr.asben turunkan ilmu IT kpd kak Nurin & Syuhada - camne nak donlod lagu ke phone memasing.
Izzat dgn tv, on youtube, pilih kartun kesukaan dia...
saya? amik laptop and update blog lah 😅.
alkisah Aidil Adha thn ni, saya beraya di rumah Emak Abah dulu.
then, ptg Rabu tu ke rumah Mami (mak mertua) plak.
di rumah Emak Abah, hanya saya, kakak sulung dan adik lelaki yg balik.
maka, anak-anak saya bertiga saje lah yg ada di rumah Atok Uwan. Izzat sorang aje lah yg bermaharajalela di setiap ceruk rumah Atok Uwan 😆.
di rumah Mami, kami tiba ptg tu, abg-abg ipar ada dah 2 keluarga.
dari ptg tu membawa ke mlm nyer, makan makan dan makan aje lah kami semua.
sama aje mcm merayakan Aidil Fitri, makanan penuh meja! aduhai... murah rezeki kami di hari raya.
pepagi raya, sebelum keluar rumah ziarah Nenek di Alor Gajah, kami bergambar dulu.
ni memang tradisi, wajib bergambar sesape yg beraya dgn mak abah.
ni di Alor Gajah, rumah adik Emak.
ziarah Nenek yg disayangi.
sempatlah kami 2 beradik pompuan selfie depan rumah pakcik tgh panas 😃.
wajiblah story mori pasal juadah hari raya, kan...
and kali ni, saya masak tau. sambil di bantu oleh Emak dan kakak.
hi hi hi bila masak byk-byk, saya masih lagi perlukan diorang yg lebih arif bab masak-masak hari raya ni.
ketupat mini Faiza.
ni da siap-siap saya rebus dgn pressure cooker kat rumah. bwk balik aje rumah mak.
utk mlm raya, Selasa tu, da plan dah dgn Emak Abah utk buat soto nasi aje.
kami pun tak ramai, kan... berani lah saya nak suggest menu.
sup tulang. ketupat mini. kicap cili padi. bergedil.
pressure cooker beraksi plak di rumah Emak Abah. sup tulang in the making 👌.
gentelan bergedil.
Emak bantu kupas kentang...
then, dari menggoreng kentang, blend kentang & ayam hinggalah menggentel nyer. saya buat 😅.
sambil gentel bergedil, sambil la membawang dgn Emak dan kakak hi hi hi...
kakak bwk balik plak pisang tanduk dari laman rumah dia.
aduhai... apa lagi, teruslah kami minum ptg pisang goreng.
sgt lah terbaik, manis pisang nyer...
nampak tu. kakak saya yg kreatif.
da siap dibogelkan pisang nyer. wrap molek-molek.
sampai rumah Emak, siap terus goreng aje 😃.
nikmatnya...
siap for dinner!
siap dah digoreng oleh saya jugak...
puas la hati dpt prepare kan semua juadah mkn mlm raya tu dgn Emak dan kakak.
happy rasanya. apa yg dihajati menjadi.
dpt la makan pisang goreng yg marbeles.air teh o ptg tu dibuat pulak oleh anak saya yg marbeles, Syuhada. memang saya da train dia utk buat teh o sedap 😄.
ketupat palas tu tak la kami buat sendiri ye.
saya beli frozen. dikukus aje oleh kami. then ngap aje dgn kari daging. best!
dikatakan di pantai timur, Aidil Adha ni dirayakan dgn begitu meriah kan.
saya pernah sekali beraya di pantai timur, tapi kami tiba di sana agak lewat ptg 😀.
kami join sahabat di kelantan qurban satu bahagian unta.
yes. part itu saya tidak pernah share lagi di blog. aduhai. nanti saya cari semula story & gambar nyer.
mungkin sebab perjalanan pergi dan balik masa tu, kami terperangkap dlm trafik jem yg terok!!!
maka, terus terlupa story mori di blog. first and last la kot kami ke pantai timur time Aidil Adha hi hi hi...
dlm famili saya, baik di rumah Emak Abah atau di rumah Mami, kami-kami masih maintain balik beraya.
meskipun kali ni jatuh pada minggu cuti sekolah, kami tidak pun plan nak holiday ke mana-mana.
hormat tarikh raya Aidil Adha. balik rumah keluarga adalah wajib.
nasib saya baik sebab rumah Emak Abah dan rumah Mami dekat aje. tak payah ikut highway pon.
perjalanan dlm 45 minit lebih kurang.
alhamdulillah...
moga lepas ni rezeki saya & mr.asben plak beraya di tanah suci Mekah.
da daftar haji. tabungan asas pun dah cukup. in shaa Allah 😌😌😌.
6 Comments
salam aidiladha kak.. meriah tu banyak makanan sedap. hehe CT balik smyang terus pengsan balik =P
ReplyDeletesalam aidil adha..lapar tgk menu2 tu...kita buat sup tulang guna noxxa
ReplyDeleteSalam Aidiladha Aida.. Mengancam betul menu Raya Aida..
ReplyDeletewahhhhh betul2 beraya ni, sedap belaka menu hari raya.
ReplyDeletewahhh.. meriah.. seronok dapat berkumpul bersama keluarga besar..
ReplyDeletesedapnya nampak kari daging tu aida mesti mabelles tu
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.