assalamualaikum.
salam sejahtera korang semua. moga baik-baik saje ye.
wah, Bkt Katil hujan lebat pagi ni. dari kul 7.30 tadi da renyai. ni hah, da lebat. astro pun da hang 😄.
kita on laptop jer la. update blog.
then, pasni, nak menggosok sebakul baju. tak abis sebakul, separuh bakul pun jadik la...
nak cerita la aktiviti kenegaraan yg saya join Sabtu lepas, bersama-sama jiran.
Fun Walk Sayangi Malaysiaku sempena Hari Kebangsaan nanti. anjuran MBMB.
dpt maklumat pun 2-3 hari sebelum. bersemangat nak join. pakat ramai-ramai dgn jiran 😊.
kami berlima. jiran sebelah-menyebelah 😍.
tiga daripada kami, bwk anak-anak kecik bersama.
saya join sorang diri. anak-anak tak join.
Syuhada ada kelas tambahan UPKK. kak Nurin ada bengkel kemahiran di asrama.
Izzat plak stay home dgn mr.asben.
pagi tu Ibu berjimba sorang diri. relax. santai. lepak exercise dgn mak-mak yg lain.
kami-kami ni dok berjiran, tak le sepanjang masa dpt jumpa.
memasing busy dgn kerja, anak-anak, rumahtangga... sesekali bersua, tegur sapa gitu-gitu aje.
ni la time kami dpt melepak sama-sama. ada lagi plan utk beraktiviti sama-sama. in shaa Allah...
seawal 7.00 pagi da pendaftaran. ada zumba dlm lebih kurang 30 minit gitu.
ramai yg join. takde bayaran digunakan. free 😍. ni mcm aktiviti mendekati masyarakat lah oleh MBMB. a good inisiatif lah.
sebelum berpeluh, kami bergambar dulu lah...
sgt ramai! lautan manusia. tak dpt nak berzumba dgn aman. org lalu lalang. org kiri kanan.
tak dpt nak mendepangkan tangan dan kaki dgn selesa 😀 ha ha ha ha... lebih kpd happy happy jer lah kan.
then, selesai zumba, diikuti pula dgn pelepasan fun walk OKU sejauh 1.7 km.
bagus lah. makcik-makcik yg uzur dtg, dipimpin oleh anak-anak.
ada juga yg berkerusi roda, hadir dgn semangat anak-anak. menghirup udara segar di pagi hari.
anak-anak syurga kesayangan juga turut di bawa oleh ibu baa. comel-comel belaka.
jurugambar 😎
pelepasan fun walk OKU dulu...
then, barulah kami-kami...
lebih kurang jam 8 pagi masa ni.
mentari pagi da pun menjengah indah dan gah!
kami-kami kena berjalan, dah namanya fun walk kan, sejauh 5.1 km bersamaan dgn 3 pusingan.
yes. saya berjaya berjalan 3 pusingan. tapi diukur oleh MapMyRide sejauh 4.9 km saje 😆. ok la tu.
ada juga pertandingan mewarna dijalankan semasa fun walk sedang berlangsung...
always tak dilupakan, indoor games...
main dam & congkak.
pagi yg indah. cuaca yg sgt baik pagi tu.
saya tak tunggu sampai habis jam 11 pagi. kul 10 pagi gitu, saya da ke arah sekolah kak Nurin.
kak Nurin abis bengkel nyer kul 10.30 pagi.
ada cabutan bertuah.
penyampaian hadiah utk pemenang pertandingan mewarna dan indoor games.
memang saya tak berkaitan lah dgn semua tu hi hi hi hi...
memang rugi lah kalau saya tak join. tq my mr.asben kerana pelepasan 😍.
ni first event seumpamanya yg saya join.
ada next event fun run yg saya nak join ni. in shaa Allah, di hari merdeka nanti. moga dipermudahkan.
yg tu maybe join dgn mr.asben berdua.
jealous teramat dgn friends yg ada di KL. and terutama those yg boleh join fun run di putrajaya.
ohsem sgt event nyer. latest yg diorang share, organizer nyer was MILO.
goodie bags nyer ohsem. finisher medal nyer pun anggun bergaya...
melaka pun ada. saya baru nak aktifkan diri. in shaa Allah.
👌
30 Comments
bestnya join program macam ni..:)
ReplyDeletemesti seronok kan,, ekin tengok macam meriah je..
ReplyDeletememang meriah, ekin.
Deletesambutan sgt memberansangkan.
Menarik eh aktiviti yang diadakan ek?. Fun walk ni ala ala fun run jugak la. Anak pernah join fun run tapi dia walk je. Saje suka2 menikmati suasana pagi.
ReplyDeleteini fun walk, ezna. memang aida tak run pun :) ha ha ha
Deleteada jugak yg run.
yes betul. jalan laju-laju sambil borak dgn jiran. bonding gitewww...
waa bagus usaha MBMB untuk adakan event dan aktiviti macam ni untuk penduduk sekitar. Bolehlah beriadah dengan happy sambil exercise dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan jugak kan. Budak2 pon nampak happy ada aktiviti untuk mereka 😁
ReplyDeleteAdoi.. Menarik sungguh aktiviti ini aida.. sihat dan riadah keluarga..
ReplyDeletesyok aktiviti begini..dah la sihat, dapat bersosial dengan jiran-jiran..paling best FREE je utk join kan..
ReplyDeletebab free tu all the time la BEST hi hi hi hi...
DeleteMmg best join prog mcm ni apatah lg kalau anak dapat join sekali. Ada macam2 amtiviti pulak tu .. Semuanya menarik
ReplyDeleteyes. kalau la dpt angkut kak Nurin & Syuhada sekali, AyuArjuna.
Deletediorang busy plak pagi tu dgn kegiatan skola.
Izzat memang tak minat nak mewarna. itu yg tak bwk dia. bukan minat dia...
Menarik la aktiviti macam ni..boleh dapat banyak kawan baru, bleh explore macam- macam aktiviti, anak- anak pun happy kan..bagus aktiviti macam ni dan kalau di perbanyakkan lagi pun bagus..bagus untuk kesihatan kan..kalau SA ntah bila la ada masa nak join
ReplyDeleteSeronoknya bpeluang join. Meriah sungguh 😁
ReplyDeleteTahun ni kita tak kesempatan lagi nak buat sambutan Hari Kemerdekaan negara sibuk hehehe tapi best juga kalau dapat join ada banyak tempat buat hehehehe. Selamat hari kemerdekaan Malaysia Baru..
ReplyDeletetahun ni baru la nak rasa meriah, Maha.
Deletesebab tak bekerja. itu yg semangat membara.
Malaysia Baru plak tu kan :)
Seronok kalau dapat join aktiviti mcm ni. Tapi sis sekarang mmg tak sekuat dahulu nak buat aktiviti mcm ni, cpat lelah n pun x kuat dah
ReplyDeleteslowly slowly aje, sis.
Deleteaida ni pun paksa diri hi hi hi hi... setakat yg mampu.
Best..kdang2 dpt me time mcm ni pun seronok sangat dah..saya me time masa zumba tiap2 mnggu ja lah
ReplyDeleteme time gaya sihat, ekk.
Deleteaida akan start zumba juga, alia.
nanti dulu. tgk dlm 2-3 minggu lagi, in shaa Allah...
Assalamualaikum dan selamat pagi dari Ibu, Hari kebangsaan dah menjelang tiba dan macam macam perubahan berlaku baru baru ni. Semoga kita semakin dekat dengan Allah dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan ni.
ReplyDeleteMama singgah blog walking, kalau kita sayangkan tanah air mesti banyak bersyukur supaya Allah tambahkan kenikmatan dan rahmat dalam negara kita. Selamat hari merdeka. Bebas dari jajahan hedonisme
ReplyDeleteSambil sambil menghayati hari kemerdekaan kita boleh menyihatkan badan dan beriadah dengan keluarga. Selamat hari merdeka
ReplyDeletesyoknya join larian beramai-ramai ni, onie dah lama gila tak join larian macam ni, since bulan 7 till now banyak gila program larian. Good job!
ReplyDeleteBestnya dpt join fun walk ni.. Dpt kenal jiran2 dgn lbh rapat..sertai masa hari weekend pon best kan.. Lagi best kalau anak2 dpt join..meriah dorg...
ReplyDeletebagus aktiviti2 cemni patut diperbanyakkan (tho CT sejenis yang malas join) hehe tapi suka bila tahu ada program sihat macam ni =)
ReplyDeletewahhh meriahnya! Pernah join tahun 2016 dekat Sabak Bernam, memang best bila dah sampai ke garisan penamat tu. Nak pulak dapat minum milo van free hihi. Tahniah kak aida berjaya pusing 3x :D
ReplyDeleteBagus dapat join aktiviti sihat macam ni sambil menghayati erti kemerdekaan sambil bersosial
ReplyDeletebagus aktiviti macam ni sesekali dapat bersama dengan jiran2 kan
ReplyDeleteAssalamualaikum wrmbth dan selamat pagi dari Maznee, apa khabar sis adianiez. Sama samalah kita bersyukur dan hargai nikmat kemerdekaan yang Allah kurniakan
ReplyDeletebest.. aktiviti sihat.. lagi2 bersama keluarga :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.