assalamualaikum 😌
selamat pagi. selamat sejahtera korang...
sedang depan tv ni. tonton Natrah @ Astro Ria. best citer ni, sedih...involved skit topik politik & kenegaraan. sesuai la sebab Ogos ni kan bulan kemerdekaan.
nak borak-borak santai aje kat blog Adianiez ni. tiada yg serius sgt 😊. citer tentang Izzat. saya nak review tentang susu Isomil Plus. dgr je susu Isomil ni, surely perkara pertama yg melekat di minda mak-mak ialah susu isomil untuk bayi cirit birit. kan? hi hi hi...
Izzat dan susunya😍
kak Nurin dan Syuhada dulu hanya minum susu Dutch Lady hingga la umur diorang 8 - 9 tahun. tu pun dipaksa putus susu botol! nak minum susu, boleh, tapi mesti guna cawan la. Izzat, anak bongsu boy ni, special terlebih. manja terlebih! 😄 susu soya Isomil Plus ni plak serasi dgn dia.
sebabnya, Izzat dari baby ada masalah 😔. at first, minum susu lembu, ok. saya tak ingat susu apa.
then, Izzat kerap berak. memula berak yg normal. lama-kelamaan menjadi berak yg tak brape normal - cirit-birit yg teruk! bukan tu aje, senang sgt dpt ruam lampin. bukan sikit-sikit tau! kesian tgk Izzat masa tu. hingga punggungnya melecet. merah melelas 😓. gunalah cream prescribed by doktor.
then Izzat kerap demam masa kecik-kecik dulu. hampir setiap bulan kami ke klinik pakar. so, sememangnya doktor akan bagi 2-3 sample susu lembu. utk mengatasi masalah cirit-birit Izzat tu. dipendekkan cerita, share problem ni dgn kakak saya, kakak saya seorang doktor. dia terus mencadangkan agar saya mula berikan Izzat Isomil Plus.
pengalaman Izzat dengan Isomil Plus.
at first, Izzat reject susu ni. tak sedap 😅. baunya pun tak sedap! lom lagi bau najisnya, aduhai, sengsara! Izzat mula minum di usia 2 tahun. alhamdulillah, dgn kuasa Allah, Izzat tak lagi ada masalah cirit-birit and ruam lampin dia berkurangan sehari demi sehari. maka, saya proceed dgn Isomil Plus sejak tu. nasihat kakak saya, continue hingga Izzat hampir umur 3 thn. then, cuba tukar ke susu lembu.
tukar Isomil Plus ke susu lembu. berjaya kah?
harga susu Isomil Plus mahal! maka, tiap kali birthday Izzat - genap umur 3 thn, 4 thn dan latest tahun lepas birthday dia ke 5 thn, saya cuba tukarkan susu Izzat kepada susu lembu, jenama yg berbeza-beza termasuklah susu pediasure.
namun, selepas beberapa botol diminumnya, dia kembali cirit-birit selama 2-3 hari dgn teruk 😓. refer klinik pakar, doktor suruh kembali ke Isomil Plus.
then sama juga di usia Izzat 4 thn.
harga susu Isomil Plus.
mahal! 1 tin termasuk diskaun, takkan kurang dari RM65. dalam sebulan Izzat minum dlm 4 - 5 tin susu Isomil Plus tau. hingga ke hari ni Izzat masih minum susu Isomil.
cuma tak kerap mcm kekecik dulu. weekdays, sehari 3 botol saje. weekends, baru lah 4 - 5 botol.
so, utk langkah berjimat cermat, saya selalu beli time offer.
normally akan dijual RM131 utk 2 tin.
kalau terjumpa aje offer ni, saya takkan toleh kiri kanan, sure akan grab 1 - 2 set.
pembelian latest di Aeon, Ayer Keroh.
free hooded towel.
"97% of moms agreed that Isomil Plus helps in managing their children's milk intolerance issues"
tanda-tanda dan simptom tidak toleransi susu :
- kolik
- muntah
- meludah
- sembelit
- cirit-birit
- ruam kulit
terus-terang, Izzat ada masalah no 5 dan 6 di atas.
soya adalah sumber nutrien penting yang sangat baik dan semula jadi.
ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan. telah diketahui bahawa soya menyediakan sumber protein makanan berkualiti tinggi yang lengkap. formula susu soya bebas daripada protein yang terdapat dalam susu lembu yang boleh menyebabkan reaksi alergi pada anak kecil.
kesan minum susu soya.
kalau korang baca-baca pasal Isomil Plus ni, lebih byk komen dan pandangan negatif berbanding positif.dikatakan bagi anak susu soya ni tak bagus. wajib tukar ke susu lembu or susu kambing. byk efek negatif kalau lama anak minum susu soya ni. yes. doktor pakar ada inform saya. kakak saya juga ada inform saya. saya tahu. saya sedar.
tapi, option apa saya ada jika sememangnya Izzat tak sesuai susu lain, Izzat tak boleh nak minum susu selain susu soya. adakah perlu saya mansuhkan terus susu dari diari makanan harian Izzat hanya kerana tak bagus susu soya tu? pada saya, semua susu formula tak elok pun kalau nak dibandingkan dgn susu ibu. tapi susu ibu is up to 2 years old. 4 years old? 5 years old? and now Izzat dah pun 6 years old.
apa option yg saya ada ketika anak saya minum susu lembu, the next hour, dia cirit-birit hingga melecet punggung dia 😔.
apa option yg saya ada ketika anak saya minum susu lembu, the next hour, dia cirit-birit hingga melecet punggung dia 😔.
alhamdulillah... setakat hari ni, tumbesaran Izzat normal. ketinggiannya, kekuatan tulangnya, gigi cantik bersih. alhamdulillah. saya bersyukur. saya tak dpt dah nak dukung dia. Allahu Akbar, semangat. kurus, tapi berat tulang! 😅 makan nasi, setiap hari dinner memang saya suap dia, tak kurang 2 pinggan. dlm perkataan lain, 4 - 5 senduk nasi. kalau weekend, lunch & dinner, lebih 9 senduk nasi. kuat makan nasi. di tadika, tak minum susu, tapi kenyang dgn hidangan sihat yg pihak tadika sediakan.
niatnya, menjelang Izzat naik darjah 1, sekiranya boleh, nak la tukar ke susu lembu jugak.sebab nak dia kuat dan sihat. melangkah ke alam persekolahan yg lebih mencabar. masih sedang fikirkan helah apa nak digunakan 😆😆.
ok la. panjang da entri ni hi hi hi...
idea mencurah-curah plak bila menaip hal anak-anak.
niatnya, menjelang Izzat naik darjah 1, sekiranya boleh, nak la tukar ke susu lembu jugak.sebab nak dia kuat dan sihat. melangkah ke alam persekolahan yg lebih mencabar. masih sedang fikirkan helah apa nak digunakan 😆😆.
ok la. panjang da entri ni hi hi hi...
idea mencurah-curah plak bila menaip hal anak-anak.
apapun, kita usaha mencuba, selebihnya adalah bergantung kpd keadaan dan kehendak Allah, kan. ada ibu bapa di luar sana tu, diuji dgn anak yg sakit. makan tu tak boleh. makan ni tak boleh. ada yg anaknya langsung tak boleh makan / minum sendiri. Allahu Akbar.
dugaan saya, Izzat dan Isomil Plus ni adalah perkara paling kecik. sekecik habuk nak dibandingkan dgn dugaan ibu bapa tersebut. saya bersyukur dgn nikmat yg saya ada ni... anak yg sihat, cergas, aktif, bising 😍.
😎 bye! tq for reading...
29 Comments
ank tkleh minum susu lembu mmg mak bapak kena extrakn la duit utk susu yg soya based ni sbb mahal kn...mmg kalo nk tkr susu tu kena tgk kesesuain ngan ank..kdg2 alergik, berak2, sembelit dan mcm2 lg
ReplyDeleteyes amy.
Deleteaduhai...
selagi dia nak, aida layan kan aje la.
bukan selamanya pun.
ssh jgk eh nak cr sesuai utk anak2..:) bukan mak2 lagi..hihi
ReplyDeleteitu la.
Deleteyg bongsu ni menduga poket skit tang susu :) ha ha ha ha
bahagian memasing kan. tabah ajer lah menghadap nyer, cik nor.
ok baru taw budak2 pun ada soy based milk :)
ReplyDeleteada.
Deleteseingat aida dlm 3 brand.
but isomil ni yg paling lama & well-known lah.
paling mahal pun ye jugak :)
Saya kurang arif bab ni Aida. Harapnya jumpalah solution yang terbaik untuk Izzat.
ReplyDeletein shaa Allah, farrah. tq.
Deleteharap2 anak ejulz nanti x memilih susu.. x sabar tggu.. :)
ReplyDeletegood luck.
Deleteat first izzat tak memilih. tapi tu la, kuasa Allah, elergi plak kan.
sian kat dia, ejulz. dugaan kecil buat aida ni :)
Boleh tahan harga Isomil Plus ni. Tapi since Izzat ok, anggap je tu sebagai pengorbanan ibu bapa kan..semoga menjadi anak soleh ye Izzat..
ReplyDeleteSusah jugak ye kalau tak boleh minum susu lembu. Isomil pun agak mahal kan. Tapi tak palah demi anak, pasti mana2 ibu bapa pun akan lakukan yg terbaik.
ReplyDeleteMahalnya eh susu ni. Fadzi bruntung sangat sebab masa aneeq dulu memang susu badan je sampai umur 2 thaun, boleh jimat. sekarang ni pun tak minum susu tepung sangat. kalau ada dapat, aneeq minum. kalau tak, minum air susu fresh je. itu pun tak selalu minum. lebih kepada ambik khasiat daripada makanan.
ReplyDeletetapi pregnant kali ni fadzi risau sangat. sebab start je fadzi pregnant awal tahun ni, fadzi tak boleh minum atau makan apa-apa yang based tenusu. risau baby dalam perut ter effect sama tak boleh lactose intolerance pulak nanti.
Aduhai mencabar kalau jadi gini. pening di buatnya. Anak-anak huda telan jer semua jenis susu. hehe. Semoga di permudahkan urusan
ReplyDeleteAnak saya masa baby guna isomil ni jugak. Sebab dia allergic bila guna susu biasa. Terpaksalah jugak guna walau mahal. Dah besar sikit barulah dapat tukar kepada jenama biasa.
ReplyDeleteMacam2 susu ada kat pasaran sekarang ni kan, sebagai ibu memang pening nak pilih yg terbaik buat anak. Masa anak sis kecik dulu memang dari satu susu ke satu susu cuba sebab nak cari yg sesuai untuk dia, last2 doc suh minum susu soya je..susu lain mmg alegik
ReplyDeleteBaru tahu tentang Susu ni, maklumlah lama tak ada anak kecil tu yang tak tahu..terima kasih atas perkongsian moga bermanfaat pada ibu-ibu yg lain
ReplyDeleteLain budak lain susu yang serasi dengan mereka kan.macam anak anak saya alhamdulillah dari lahir sampai 2,3 tahun srasi susu lactogen..besar sikit bagi dutch lady
ReplyDeletelain anak lain caranya kan..macam anak sy yang pertama dan dua tak kisah minum dumex tapi yang ketiga ni ada masalah, najis jadi sembelitla...buat susu selalu tak abis, last2 tukar anmum okl a pulak..tapi anak yang keempat ok pulak dengan dumex hehehehe...tapi isomil ni mmg sesuai utk anak yg ada alahan jugakkan?
ReplyDeleteMinum susu menyehatkan bagi anak. Tp.skgbuntuk susu yg bagus, bagus juga dia punya harga. Tpi tal apalah demi anak anak tersayang kan?
ReplyDeleteKami pernah pakai susu ni dulu masa anak ibu alah dengan susu lembu. Kahak dan lendir jadi banyak. Pakai lah kejap iso mil berasaskan soya
ReplyDeleteBelum pernah lagi pakai susu baby jenama isomil untuk anak Maznee, susu yang ada setakat ni serasi. Ok lah tak payah tukar tukar
ReplyDeleteAlamak.. saya baru tahu yang ada susu sesuai dengan anak dan ada yang tak.. saya ingat tak kesah jenama apa pun sesuai untuk anak.
ReplyDeleteTakpa bayar lebih demi kesihatan. Dulu masa my niece usia 3 bulan terpaksa beli susu yg memang pakai bajet tinggi coz dia ada alergik yg teruk dan ibunya meninggal masa dia usia 3 bulan. :)
ReplyDeleteThis is one of the good brand to replace milk for children who have milk allergy. Bought this before for my cousin's daughter to try. She liked it
ReplyDeleteAkak, macam mana akak tau yang anak tak boleh susu lembu? Doktor ke bagi tau? Anak saya dulu masa baby ruam lampin teruk sangat. Merah teruk. Nampak isi lg. Kami hantar pengasuh lagi teruk. Mereka tak tukar diaper macam kita. So kami redha sebab bekerja. Cuma kami extra care tentang jenis diaper,sapu ubat krim homeopathy dan tukar jenama susu lembu. Yang dia OK susu S26 aje. Cisssss. Hahahaa. Mahal gila. Tapi demi anak. Alhamdulillah ruam pun Kurang. Hehe
ReplyDeleteSusu lembu memang salah satu makanan yang menyebabkan alahan. Sebab tu kita cari alternatif dengan susu soya
ReplyDeleteBetuiii.. Star Anak saya umo 5buln++ 2 brnd susu lembu tuka sbb alegik. Yg soy dugro anak x nk mnum. Tuka ke isomil lak. Bajet tggi sket la. Jji anak nk mnum.
ReplyDeleteSalam....nk tnye, ank sis ada G6PD x?... Mcm ank sy, dh laa g6pd.. Alergik susu formula (dupro).. Sy mmg tgh mencari2 susu yg sesuai utk Adeeb. Pernah sblm ni warded krn alergi susu formula. Anaphylatic reaction. Jadi sy takut utk mencuba susu formula
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.