assalamualaikum 😊😊
hari yg gembira.
esok kita merdeka. 31 ogos bulan 8 tahun 2018.
semlm... pagi hingga ke mlm menjahit selempang dan songkok Izzat. tiada mesin jahit, maka jahit tgn ajer lah 😅. org tgn keras dipaksanya menjahit, hadoi lah...
da siap, bila fitting kat Izzat, ada yg tak sesuai. ubah di tgh mlm 😁.
hari ni ada aktiviti di PASTI sempena hari merdeka.
anak-anak digalakkan berpakaian merdeka. tak kisah la camne pun.
terpulang pd kreativiti ibu ayah.
and saya. last last minit dimaklumkan, tak sempat la nak upah org jahitkan sepasang baju utk Izzat.
sib baik ada baju melayu warna putih bersih.
saya ragamkan lah sebegini simple 👇👇
utk tenaga kena la minum susu Isomil Plus dulu.
if not, tak nak amik gambo 😂.
gambar ijat pakaian merdeka. simple yg amat hi hi hi...
dpt ibu yg tak pandai menjahit, kat rumah takde mesin jahit plak tu... hadoilah!
walaupun simple, excited Izzat nak memakainya. dari semlm dia kata, "tak sabarnya nak pakai baju bendera".
kebetulan, anak-anak 6 thn hari ni, setiap org dikehendaki baca sajak.
hmmmmm sambil-sambil menjahit mlm tadi, train Izzat baca sajak la.
janji baca, dik. takde gaya pun takpe 😄.
yg penting 👇👇
cuti !!!
dan esok ptg, saya da ada plan terbaik... in shaa Allah 😀 👍.
suka la jugak nak inform, dari awal bulan Ogos ari tu, saya dah pun mengibarkan jalur gemilang di pagar rumah 👇👇
gambar pagar 3 bendera yg kecik ajer la. sebab rumah nyer pun kecik 😅.
yg penting, semangat Sayangi Malaysiaku itu besar!
terlanjur tu, saya nak copy and paste fakta yg saya dpt dari fb.
fakta tentang jalur gemilang. kita memang panggil bendera Malaysia as jalur gemilang.
pada kemerdekaan ke-40 di tahun 1997, bendera Malaysia kita dinamakan Jalur Gemilang.
ilham utk menamakan bendera Malaysia ni diusulkan oleh Datuk Hashim Mat Dris. selepas itu dicadangkan kepada Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir pada 11.7.1995.
maka, selepas proses pemilihan demi pemilihan, pada 31.8.1997, Tun Dr. Mahathir telah mengistiharkan nama bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.
JALUR - bendera kita ada 14 jalur merah dan putih.
GEMILANG - membawa maksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
ni pun saya jumpa di fb. maklumat yg sungguh penting.
mudah nak mencari if lah anak-anak memerlukan info ni kelak 😉.
tak sabar nak tunggu cikgu Izzat send gambar anak-anak merdeka di PASTI Pintar Soleh.
anak-anak gembira dan faham erti kemerdekaan.
dari kecik lah kita nak kena terapkan semangat merdeka pada diorang ni.
now, maybe diorang tak brape faham kenapa kena sambut dan pakai pakaian melambangkan hari merdeka.
but, slowly la kita-kita, org dewasa, explain dan explain dan explain.
agar slowly informasi tu masuk dlm minda mereka. setiap tahun, setiap kali tu lah kita memeriahkan hari merdeka bersama mereka.
pupuk semangat Sayangi Malaysia sejak dari kecil 😊😊😍.
last but not least, Selamat Hari Merdeka buat semua readers Blog Adianiez.
merdekakan diri kita sendiri dari tawanan unsur-unsur negatif.
dari diri kita, then barulah kita merdekakan org / keadaan yg lain-lain. kekal positif dan bertenaga.
in shaa Allah.
44 Comments
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-61 Izzat..handsome la anak soleh ni...
ReplyDeleteharini tgk rmi ank2 yg kt tadika berpakaian tema merdeka..semangat masing2 kn...wah 1st time tgk logo & tema merdeka tu..tq for sharing
ReplyDeletekreatif juga ibunya menjahit dan memadankan dengan baju melayu. Syabas ibu dan have fun izzat di sekolah. Anak kita gilirannya petang kang pulak di sekolah agama. Neves gak ni hehehe
ReplyDeleteComelnya Izat... semangat nak sambut merdeka..
ReplyDeleteSelamat Hari Kebangsaan !
ReplyDeleteseronok tgk ramai budak2 pakai baju patriotik arini.. hehe
ReplyDeletecomelnya izzat pakai baju bendera! Lawaknya logo tahun 2012 tu hahaha
ReplyDeleterajin maknya, jahit tangan lagi ya, seronoknya anak tu, kat skola sure happy
ReplyDeleteTakde mesin, gitu la jadik nyer... Seharian bergelumang dgn alatan menjahit ha ha...
Deletehari kames ritu lalu sek rendah alaaaahai comel2 haaa nampak lintas jalan =D
ReplyDeleteComel. .. Ringkas tp menarik. Btw, Salam Merdeka...
ReplyDeleteAida terpilih menang top commentator Ogos. Nanti wasap cikla ye.. Tahniah!
http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/09/pemenang-top-commentator-ogos-2018.html?m=1
Merdeka! Wahh kreatif lah kak jahit bendera macam tu. Kira okaylah. Yang penting semangat merdeka tu kan
ReplyDeleteItu aje yg terfikir, fiza. Lst minit kan...
Deletesemangat izat. hehe
ReplyDeleteTerima kasih kerana selalu terjah & komen blog ejulz ^_^
http://ejulz.blogspot.com/2018/09/senarai-pengomen-tegar-ogos-2018.html
Semangat merdeka!
ReplyDeleteSemangatnya nak sambut Merdeka.. Salam Kemerdekaan bwat kat Aida & sekeluarga :D
ReplyDeletewahhhh.. cantiknya...
ReplyDeletepssttt... Salam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com
Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html
Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.
Semoga berjaya (^_^)
hensemnya izzat..seronok tengok anak2 sambut merdeka di sekolah kan, pakaian pun macam2 ragam nak pulak yang perempuan, kreatif mak masing2
ReplyDeleteBetul. Anak2 happy, tu yg penting. Naikkan semangat diorang dari kecik.
DeleteHandsome Izzat..
ReplyDeleteNot bad jugalah tu Aida menjahit sendiri kalau Mrs. A tak tahu jadi apa hehehee...
ReplyDeleteha ha ha tak la menjahit sgt, mrs.A. trying hard utk tak hancurkn bendera tu ha ha ha... Nk nampakkan bendera, barulah betul rasa merdeka kan.
DeleteSalam merdeka Izzat
ReplyDeleteAmboi, kacak bergaya anak bujang yang seorang ini!
ReplyDeleteTq acik farrah hi hi...
DeleteBersemangat Adik! Jiwa Malaysia. Bagus di pupuk semangat patriotik dari kecil lagi. Seronok tengok.
ReplyDeleteGood to see this theme, he is so cute. The handmade is very nice, me too don't have sewing machine at home.
ReplyDeleteseronok tengok anka-anak kecil sekarang ni bersemangat je nak pakai baju jalur gemilang kan.. ada semangat patriotik di jiwa tu.. bagusss
ReplyDeletekemain semangat lagi ek, baju tuh jahit sendiri ke
ReplyDeleteItu pun dah kreatif tu kak. Comel tengok izzat pakai set baju melayu berhiaskan bendera Malaysia. Dari kecik2 bagus dah terapkan macam ni sbb nnti dah besar dh ad semngat patriotik dalam diri.hehehe
ReplyDeleteHehe.. Takpe tak pandai menjahit, yang penting effort. :D Comel je Izzat pakai baju tu. Semoga Malaysia menjadi lebih baik, untuk masa depan anak2 kecil seperti Izzat.
ReplyDeleteWah.. bagus dan kreatifnya! Memang nampak ciri-ciri patriotik tu. Pakaian simple tapi awesome!
ReplyDeletewahh cantiknya baju ... sangat kreatif dan semangat kemerdekaan. tgok budak2 zaman skrg macam2 aktiviti utk hari kemerdekaan kan.... kita dulu so so je sambut..hahaha... bgusla terapkan bdk2 skrg mcmni supaya xlupa negara sendiri..
ReplyDeleteSemangat betul dia.. kelakar la minum susu pakai botol lagi erkkk? Hihihi
ReplyDeleteBiara terap semangat sayang negara dari kecil semoga dah besar dia igt semua
Sungguh bersemangat..bagus-bagus..jiwa Malaysia kena ada, anak2 bila pakai baju bendera Malaysia ni lagi lah mereka bersemangat. Mak pun rajin dan kreatif sungguh
ReplyDeletehaha, comel jek model tu. Siap kena upah minum susu Isomil Plus dulu baru nak bergambar.. hehe. Bagus la program sekolah macam ni, dapat terapkan semangat patriotik pada kanak-kanak. Kalau tak, nanti mereka just tau hari cuti je..
ReplyDeleteAnak anak kita memang wajar di semai dengan semangat cintakan negara. bukan senang kita nak mengecapi kemerdekaan dulu
ReplyDeleteHihi.. Janji ibu kreatif kan izzat..
ReplyDeletekalau saya la nanti agknya macam mana la kan kalau kena buat gini..
mau seram sejuk jugak rasanya.. hehe
wah rajinnya ibu buat sesuatu sempena dengan hari kebangsaan..kita tangan keras sealu jeles tengok org pandai menjahit ni...macam-macam blh jimat hehehe
ReplyDeleteComelnya boy...
ReplyDeleteSemangat patriotic patut dipupuk semasa zaman kanak-kanak.
Thumb up for mommy and daddy too, sangat kreative.
Kreatif, pndai pulak menjahit tu. Nampak kemas jerk, kalau saya tu tak tahulah jadi ape
ReplyDeletewow, I like the malaysia logos theme for each year! my girls learnt Sejahtera Malaysia and Tanggal 31. Going to let her learn Jalur gemilang song, hahaa
ReplyDeleteOk tu dah cantik tu. Meriah betul sambutan merdeka sekarang kan. Banyak sekolah buat macam ni.
ReplyDeleteMinta izin ambil sedikit idea ya puan untuk anak murid. Haha. Ada pertandingang Pakaian Beragam sempena kemerdekaan. Esok hari last hantar gambar, hari ini nak nak reka sikit baju dan ambil gambar😊. Semoga puan sekeluarga dimurahkan rezeki, sihat selalu💖
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.