assalamualaikum 😃
semlm x dpt update blog. dari pagi hingga ptg, uruskan keje2 rumah.
sengaja tak nak pegang laptop dan log in blogger. once logged in, hmmmm tak abis la keje2 rumah 😅😆. blogging & blogwalking, memang tak sedar time.
pagi semlm, hujan lebat.
pagi ni pun sama, alhamdulillah, hujan lebat. sejuk skit alam ni.
tapi tu la, sebakul mencuci baju, tak dpt nak sidai. sebab sendiri meramalkan, takkan kering sempurna.
maka, semlm tghari, gi dry kat dobi. hari ni pun, ptg skit, nak men'dry' lagi sebakul.
now, nak throwback, update pasal jjcm kami time cuti skola ari tu.
khamis ptg (23 ogos), balik aje dari rumah Mami, sebagaimana ada citer dlm entri ni, kami tak balik rumah dulu, kami terus ke Banda Hilir.
bwk anak-anak jjcm, memandangkan hari tu kan eniverseri ibu ayah nyer 😍.
settle makan di Black Canyon Coffee, ajak mr.asben & anak-anak jalan-jalan kat taman sebelah. lama jugak kami tak jalan-jalan kat area ni.
anak-anak dara selfie berdua-duaan...
ada plak tempat bersenam kat sini 😃.
kalau keje berdekatan sini, wajib la sebelum balik rumah, ptg, layan 30 minit di sini.
nampak tu? Izzat bersungguh bersenam 😆.
kita suruh berlakon aje, dia buat bebetul plak hi hi hi...
anak-anak dara ku 😍.
si adik lebih tinggi dari si akak la plak...
ni si ibu. candid aje nih... selekeh la dgn sling beg ha ha ha ha...
tapi molek la ditempek dlm blog 😅😅😅...
byk sgt da bertukar wajah kawasan ni.
dulu kala, zaman skola menengah, ni la tempat saya berulang-alik. lepak dgn kawan-kawan.
saya bekerja kat area Melaka Raya pun tak kurang 4 tahun. jenuh la menapak di tghari dari Melaka Raya nun hingga ke Mahkota Parade semata-mata nak lunch.
waktu tu, Dataran Pahlawan pun tak wujud lagi. hanya ada Mahkota Parade.
sekarang ni, bertukar wajah 300%!
bangga sekejap. sedih sekejap. gembira sekejap. 😅 maju dah Melaka kesayangan ku...
sempatlah bercerita dgn kak Nurin & Syuhada pasal tempat di dulu kala.
itu apa. ini apa. sana apa. situ apa 😃.
then, azam Maghrib pun berkumandang... kami solat la kat surau di sebelah Menara Tamingsari.
hmmmm Izzat nampak la menara tinggi pusing-pusing tu. da sibuk Izzat ajak kami naik.
kami berlima da pernah naik dulu (tapi citer nya tak update kat blog 😄), Izzat masih baby.
memula mcm malas nyer lah nak naik, sebab takde pape pun yg special. lagipun, dah malam kan. letih da badan ni...
tapi tu lah, melayankan Izzat, mr.asben said yes dgn permintaan nyer...
harga nak naik Menara Tamingsari ye...
bagi saya, agak mahal jugak. naik nyer beberapa minit aje pun...
kerana anak-anak, layankan aje lah 😄.
Dataran Pahlawan di kiri...
Mahkota Parade di kanan...
Melaka yg busy di hari cuti 😅.
uptown di Pahlawan Walk.
mcm2 benda / makanan menarik ada kat sini. best 👍.
cute aje beca-beza warna-warni tu dari atas 😍.
alhamdulillah... dpt puaskan hati Izzat naik menara ni.
lepas ni dah tak payah naik dah kan. dah bagi dia experience sekali, dah cukup lah tu.
bukan dpt buat pe pun kat atas tu hi hi hi hi...
turun dari Menara Tamingsari, badan pun da letih, kami gerak balik lah ke kereta.
kereta parking di Mahkota Parade sanun.
tak lepaskan peluang, kami spend masa berjalan ke kereta melalui uptown di Pahlawan Walk. seronok. jamu kata aje. few times da ronda sini. best 👍.
next time nak ajak mr.asben & anak-anak naik Bkt St. Pall dan ronda Jonker Walk.
now, bila mana Syuhada hanya menanti hari-hari lagi sebulan nak UPKK, memang tak la berjalan jejauh.
plan hanya nak ronda Melaka aje. Melaka masih byk tempat kami bleh repeat 😍.
tak lupa beli sekeping fridge magnet utk koleksi... tanda da sampai ler kan 😉
orait. jam da tunjuk kul 10:30 pagi tu hah.
kena stop dah menaip ni. sambung settle kemas bilik belakang.
seminggu anak-anak cuti skola, ada plak cuti raya, bilik belakang tu dah umpama kedai dobi! 😅😅😅
akan tak lupa blogwalking blog korang, memana yg sempat la ye.
bye! 💙💙💙
24 Comments
saya walaupun kampung di Melaka belum sempat lagi nak naik menara taming sari ni. Teringin juga satu hari nanti, mesti lagi lawa dari atas sana kan hehe
ReplyDeletetiap tahun juga la singgah melaka ni sebabnya adik ipar kerja sana..lepas tu adik ngan isterinya tinggal dkt melaka... :)
ReplyDeleteDulu suka pergi Melaka but now rasa overcrowded kan esp time cuti sekolah & public holidays :(
ReplyDeleteBrp tiket menara taming sari skrg ye? Pernah naik juga sekali dulu hehe..
dh pernh naik menar taming sari tu pn bila ada outstation kt sana
ReplyDeleteMakin cantik dan menarik.. Sha tak naik menara taming sari tu.. Pergi dah dua tiga kali dah..
ReplyDeletecantik pemandangan kat sana :)
ReplyDeletebanyak kali singgah melaka tapi tak pernah naik menara TS ni sebab ramai sangat orang
ReplyDeleteMelaka is always fun. walaupun da banyk kali pergi tak jemu2 lagi hehehe.. Tamingsari tu sekali je naik dahla kot kan hehehe..
ReplyDeleteMelaka sekarang dah macam-macam ada. Sehari pergi tak sempat nak jelajah semua tempat
ReplyDeletebelum pernah lagi g sana..
ReplyDeletepernah dah naik menara taming sari ni memang seronok, tapi melaka waktu cuti memag sesakkan. inshaAllah cuti hari malaysia saya dan family akan bercuti di melaka stay dekat villa di afamosa tu
ReplyDeletehari tu kami pi yg sblah A Famosa tu..yg sebelah sini sini x pi sbb ramai dan xde parking..next bleh pi sebelah sini plak
ReplyDeleteCantik tgk pokok kat situ. Rendang jer. Mmg nampak sejuk jer di mata. Seronok kan bila dapat jalan2 dengan keluarga
ReplyDeleteSetiap kali k Melaka , nak berjalan - jalan tak tahan kepanasan kat situ haha tp best , byk tmpt makan
ReplyDeleteWahh walaupun terlambat tapi Happy Anniversary ya untuk akak dan suami! Tiba-tiba rasa rindu pula nak balik Melaka macam lama je tak balik kan. Haha. Kata orang, mana jauh berjalan sekali pun, tetap kampung halaman juga yang terbaik. Seronoknya berjalan-jalan sekali sekala dengan keluarga macam ni kan!
ReplyDeletewow, i never visit KL in night time...must try once after seen your blog, ahaha. Thanks for sharing
ReplyDeleteseronoknya, akak tak pernah lagi naik menara taming sari ni, dapt nengok pic terhiburnya rasa hati ni. Thanks sis for sharing
ReplyDeleteCara Nak Mulakan Perniagaan Roti Dan Kek Dari Rumah
Tak pernah naik menara tu wpun byk kali dah g melaka hahaha.sebab suami gayat sangatt adoii
ReplyDeleteBandar hilir memang banyak sangat tempat best, Ibu suka benar balik kampung singgah bandar hilir masa hari bekerja. Jalan tak jam
ReplyDeleteSeronok kalau jalan jalan kn..
ReplyDeleteMelaka memang tempat kegemaran saya dan keluarga. Tapi setiap kali pergi taming sari mesti tak jadi nak naik. Sebab saya ni gayat...hahaha
ReplyDeletepernah naik sekali tapi masa siang hari. best naik menara ni dapat tengok bandar melaka kan
ReplyDeletedulu time pg melaka ada juga teringin nk try singgah sini tp tk jd pergi. cantik sgt view time malam!
ReplyDeleteTudia, nampak best je, kalau dh sampai Melaka kenalah singgah kan kan kan ^^
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.