assalamualaikum 😊
kak Nurin dah pun siapkan brg2nya nak balik ke asrama jap lagi.
hmmmm berpisah lagi dgn anak sulung Ibu 5 mlm lagi. aduhai 😔.
"Allah je Maha Tahu betapa sukarnya Bu nak lepaskan kakak tau..."
ok ok ok...
nak la share jugak.
saya da merasa makanan viral Malaya iaitu Tauhu Bergedil...
Khamis lepas punyer citer lah ni. pagi-pagi sambil-sambil blogging, tak lupa la nak klik facebook.
klik punyer klik, terpampang la satu iklan.
"delivery Tauhu Bergedil di bandar Melaka ptg ini"
terus klik dan mesej seller. "ada ke lebih, boleh ke deliver ke Bkt Katil?"
sepantas kilat jawapannya positif 👍👍👍 😄😄😄. "ok, saya nak 1 pek."
order dgn confident sekali gitewww...
10 ketul RM12 + caj delivery RM4.
ada siap sos. manis. tak pedas.
kentang. daging.
tapi ada 2-3 ketul tauhu bergedil yg isinya hanya 2-3 ketul kentang 😅. tauhu kosong hi hi hi...
my first try. tidak menambat hati saya, mr.asben dan anak-anak 😔. sos nyer pun manis sgt.
tapi tidaklah terkilan dgn pembelian. kita kena cuba, kan. then baru la tau kita suka ke tak.
tak sedap bagi saya tak bermakna tak sedap jugak bagi org lain.
or saya perlu mencari yg lebih sedap ke? hi hi hi in shaa Allah.
oleh kerana tu saya tak share details of the seller. perkataan lain, saya tak dpt nak rekomen.
friends di Melaka or Negeri Sembilan, dpt lah kiranya share saya the recommended seller.
yg korang dah rasa and 😋😋😋.
masih ada keinginan utk rasa kesedapannya hingga menjadi sesuatu yg viral...
didahului dgn tq so much with lotsa 💜💜💜.
tu aje nak share ptg ni.
very short update.
bye...
13 Comments
kita pun ada kawan yg kt kl jer jual tauhu bergedil ni..:)
ReplyDeletesaya takpernah try lagi tauhu tu hahaha saya ni ketinggalan sikit
ReplyDeleteaida pun baru 1st time :)
DeleteHah br aritu ckp xpernh mkn Tauhu begedil tp bila dpt bli xmemenuhi citarasa plak kn.. Kt kl ni byk la org jual ...yela sedap subjective tekak lain2 kn
ReplyDeletetu la amy.
Deletenak kena mencari lagi nanti.
tak puas hati sebab tak dpt yg sedap :(
Sedap tue kak Aida.. Saya pun selalu order dengan member opis tapi selalunya 2-3 bekas la sebabnya tak cukup 1 bekas.. hihihi
ReplyDeletealahai best nyer, shikin.
Deletenampak naw sedap ekk.
2-3 bekas sekali order :)
wahhhh bestnya! Sedap kan tauhu begedil ni tapi tak tahan lama la kalau dah goreng
ReplyDeleteyes betul.
Deletekena makan terus.
nanti ada rasa-rasa basi.
Kalau KL Sha tahulah.. CikZa.. memang sedap memikat dan mengancam.. kikiki
ReplyDeletewahhhhh.. sedap ni :)
ReplyDeletetak pernah rasa lagi..
ReplyDeleteKalau di Indonesia ini namanya perkedel, dan umumnya kentang jadi bahan utamanya. Sedap niii...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.