assalamualaikum & salam sejahtera 😀
selamat pagi...
esok hari raya Aidil'Adha. in shaa Allah...
masih ada yg keje ke ari ni? hi hi hi kipidap. nanti lepas keje, boleh la gerak balik ke kampung slowly ye. berhati-hati di jalan raya. kak Nurin & Syuhada sudah saya anta awal-awal balik umah Abah Mak Ahad ptg yg lepas. teman Atok Uwan. lagipun cuti sekolah ni hah, dpt la diorang berdua spend masa lelebih dgn Atok Uwan. saya, mr.asben & Izzat, in shaa Allah, jap lagi baru nak bertolak balik sana.
semlm kontraktor pintu dtg tukar pintu-pintu tandas rumah baru kami. setelah mencari-cari. setelah survey harga, kualiti dan jenis pintu tandas beberapa bulan, kami memilih utk tukar pintunya kepada pintu jenis lipat dua atau omputehnya, bi fold door dari material aluminium.
harga pintu tandas aluminium lipat dua.
menjadik lah yg ini. settle tukar ketiga-tiga pintu tandas dgn harga berjumlah kurang RM990 je 😃. kebetulan Vnex Aluminium Kitchen Cabinet ada buat promosi - 1 set pintu tandas lipat RM330 dgn syarat, pasang 2 atau lebih pintu tandas aluminium bi fold ni dlm sebuah rumah. rezeki kami la dpt pintu bilik air bi fold murah. sekiranya hanya 1 pintu utk sebuah rumah, harganya adalah RM380. tak dpt harga promosi!
tapi kan, sebelum-sebelum tu, kami survey harga pintu tandas lipat dua ni, byk kedai jual pintu bilik air moden gini offline mahupun online. namun, 1 set pintu tak kurang RM450.
RM380 tu still murah byk lah kan. kalau 3 pintu? hu hu hu hu... bernasib baiklah berjumpa dengan kedai yang buat promosi jual pintu tandas ni. byk penjimatannya.
pintu asal oleh pemaju, jenis pintu tandas pvc berlipat-lipat.
kami tukar kepada pintu tandas aluminium.
pintu tandas lipat dua. nampak lebih kemas.
kenapa tukar pintu tandas?
- pemaju menyediakan pintu tandas pvc yg berkualiti rendah. ketiga-tiga pintu tandas asal telah rosak!
- meskipun hanya pintu tandas, pada saya ia perlulah nampak cantik terutama pintu tandas di ruang dapur. ruang dapur tersebut bakal diubah menjadi ruang makan. maka, pilihan kami ialah pintu tandas aluminium lipat dua dgn pemilihan corak yg berwarna-warni 😍.
- pintu tandas lipat dua ni menjimatkan ruang berbanding dgn jenis swing door dan jenis sliding door.
- pintu tandas lipat dua ni pada saya adalah pintu tandas moden dan ekslusif. nice!
- pintu tandas aluminium ni, dari pembacaan saya dan recommendations ahli keluarga, yg paling sesuai kerana ketahanan terhadap lembab dan karat.
cara pasang pintu bilik air lipat dua?
segan nak jawab. sebab 😅 kami tak pasang sendiri. RM990 tu siap pasang oleh kontraktor. mudah saje saya perhatikan, tak sampai pun 15 minit dah pun selesai proses tukar pintu-pintu tandas saya. pintu tandas lipat dua tu memang datang sekeping-sekeping.
1 - 2 minggu sebelum pemasangan, kontraktor akan dtg ukur dulu pintu tandas kita. customade gitu. agar pintu yg bakal dipasang sesuai molek aje dgn ukuran jenang pintu tandas kita. tak boleh sgt nak estimate ikut saiz standard pintu tandas biasa-biasa. kalau lari 1 cm pun, nanti tak sempurnalah pemasangan pintu tandas kita. mesti kontraktor nak dtg ukur dulu.
then, boleh la kita pilih mana-mana corak pintu yg kita nak. rambang mata nak memilihnya!!! pilihan kami adalah corak yg minimalis saje. janji sedap mata memandang 😍.
pintu tandas di ruang makan dan dapur.
design pilihan mr.asben.
ada bottom track. kalau tanpa bottom track ni, mahal skit harganya.
lock dari dalam.
pintu tandas bilik anak-anak dara.
kak Nurin dan Syuhada yg pilih.
ni pula pintu tandas bilik saya.
💚💛💜 design pilihan saya pula.
klik gambar 👆utk ke fb Vnex Aluminium Kitchen Cabinet.
klik klik utk dptkan maklumat promosi jika ada lagi.
bingkai pintu tandas lipat dua jenis aluminium kami.
untuk bingkai bi fold door ni, ada 3 pilihan warna - silver, putih & hitam. kami pilih kesemuanya bingkai silver memandangkan jenang pintu di rumah saya berwarna kelabu. so, sesuai lah... dan, if pilih bingkai pintu warna putih atau hitam, kena tamba RM30 utk setiap pintu.
alhamdulillah... selesai bab pintu tandas. lepas ni ada lagi 2 projek utk dapur. 2 ni wajib sebelum kami pindah masuk dlm masa terdekat ni. in shaa Allah...
skit demi skit... hari demi hari... dah pun 3 thn rumah ni kami miliki, tapi lom tetap duduk di sini. keperluan anak-anak bersekolah. kedudukan rumah bkt katil yg sekarang ni sgt sesuai utk persekolahan anak-anak buat masa sekarang 😊.
moga entry ni beri manfaat kpd yg memerlukan ye. mana la tau ada yg mencari. Vnex Aluminium Kitchen Cabinet ni berpejabat di Johor, Melaka & Penang. terjumpa fb Vnex Aluminium ni pun tanpa sengaja. sharing from officemate. alhamdulillah... saya sendiri, tak pernah berhenti mencari info tentang pintu tandas lipat dua ni tau. dok la compare harga sana sini. mencari harga yg paling bajet lah 😄.
kalau ke home expo di MITC, ada jugak booth utk pintu tandas aluminium bi fold gini. harga yg saya survey adalah antara RM600 - RM800. ku sangka di home expo lebih murah, tapi, lebih mahal dari kedai biasa-biasa sekitar Melaka. kat kedai biasa dpt lah dlm RM400 - RM550 utk 1 pintu.
ada ler extra spesifikasi bila harga lebih mahal, kan. tanpa bottom track, extra lock dari luar dan sebagainya. ni terpulang la kpd kita. saya amik yg minimum spesifikasi aje. tandas jer pun kan 😅. janji boleh tutup sempurna time nak tunai 'hajat'.
ada juga yg komen negatif bahawa dia prefer guna swing door sekeping dari pintu tandas lipat dua gini. sebab dikatakan pintu tandas lipat ni mudah rosak. hmmmm bagi saya, sendiri jaga la kan. kalau nak bangkitkan isu 'mudah rosak', pe pun rosak if tak jaga elok. saya memilih pintu tandas bi fold ni sebab ia jimat ruang. tandas saya pun kecik saje semuanya. sesuai sgt.
tepuk dada, tanya selera sendiri, kan 😉 👌.
31 Comments
Cantik corak pintu pilihan aida.. sweet..
ReplyDeletecantik la ada corak2 tu
ReplyDeleteCANTIK PINTU2 TU..SAYA PUN TERINGIN NAK PINTU BI FOLD NI JUGAK NANTI HEHEHE
ReplyDeleteSALAM EIDUL ADHA AIDA
semua cantik2 je design pintu tandas dia.. hihihi..
ReplyDeleteLawoo desgn kotak kotak tu.. I like!
ReplyDeleteMemang pintu mcm ni jimat space... tapi tulah space kat poket mummy lak , banyak ruang..ahhaha :P
ReplyDeletetak sabar nak tengok deko2 rumah aida. masuk rumah baru mesti semangatnya lain amcam. hehehe
ReplyDeleterabia pun pakai pintu tandas macam ni.
ReplyDeleteComel2 pintunya, tentu seronok pindah rumah baru nnt kan 😊
ReplyDeleteCantik pintu tandas yg baru....
ReplyDeletesalam aidiladha.. hehe lebih kemas pintu yang baru tu kan..
ReplyDeletedekat office pun guna pintu tandas ni! Cantik2 kan designnya, rambang mata betul dibuatnya
ReplyDeletethis is easy to use folding type of door. I like it as saving the space too soon I will need change door as it's many years and wood breaking.
ReplyDeletePintu tandas yang bekualiti akan tahan lama dan membuatkan ia kelihatan lebih kemas. Orang pempuan macam kita ni nak semua sudut dalam rumah kita lawa kan
ReplyDeleteCantik corak pintu tu. Lagipun jenis pintu macam ni jimat space kan. Tapi itu lah, saya jenis nya tak berkenan pintu macam ni. Tengah mencari idea jugak deko deko untuk rumah baru nanti
ReplyDeletecantik jugak corak pintu tu memang sesuai letak bahagian dapur kan. toilet dekat office pun guna jenis macam tu
ReplyDeleteSelalu pintu macam di , pejabat pejabat korporat banyak pakai. nampak kemas dan ekslusif. Pasang di rumah memang kelas lah
ReplyDeletecantiknya corak pintu yang dipilih..ayu dan suami pun tengah pan nak tukar pintu tandas kitaorang ...tgk design kat sini macam menarik pula..
ReplyDeleteMenarik pintu tandasnya..harga pun ok la agak reasonable gak. Yang penting tuan badan puas hati kan!
ReplyDeletewahhh cantiknya pintu tandas tu. boleh customize erk. nak buat jugaklah satu utk pintu tandas rumah nie. hari2 kena air, pintu tu jadi mereput. dah macam rumah hantu dibuatnya
ReplyDeleteMy door broke two days ago and this post came just in time, I'm looking for a supplier, will contact them :)
ReplyDeleteAlamak lama lah kita duduk dalam tanda kalau pintu cantik macam ni hehehehe tapi oklah kita dari dulu lagi cari nak tukar pintu ini hehehe harga boleh tahan kena ambil banyak tapi tandas dalam rumah ada dua jer macam mana..
ReplyDeleteCantik jugak ya pintu ni, tapi rumah sis rasanya tak sesuai kot. Pintu kayu ni dah 10 tahun pakai tapi masih elok lagi kalau nak tukar..sayang pulak..:D
ReplyDeleteBijak berbelanja..harga berpatutan,lagipun bukan pasang sendiri. Macam nak tukar jugak pintu tandas kat rumah saya, sementara penyewa tak masuk lagi
ReplyDeleteCantiknya corak..saya pun suka jenis pi tu mcm ni...unik skit
ReplyDeleteboleh tahan jugak ye harga sebuah pintu bilik air.. huhu.. tapi design yang ni TB berkenan sangat-sangat.. ingatkan kat hotel je ada pintu macam ni.. rupanya kat rumah pun kita boleh pasang pintu macam ni ye.. suka betul TB tengok
ReplyDeleteNad cari juga pintu macam ni utk tandas..sebab pintu tandas dah hancur ..hahaha..kalau dpt yang corak macam ni, menarik sangat
ReplyDeleteThanks for the information, I also plan to change my toilet door to this type, save space.
ReplyDeleteCantiknya pintu ni lepas tu makan ruang kan. Harga pun ok dengan design pintu. Rasa nak tukarpintu tandas kat umah juga ni .
ReplyDeleteMurahnya akak 3pintu rm1000.dkt ganu punya mahal gila kot.adoiii.Cantik2 pulak tu designnya.
ReplyDeleteDah lama cari pintu mcm nie.. tp belum ada rezeki lgi nak tukar pintu tandas baru..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.