assalamualaikum 😌
salam sejahtera semua readers...
hi hi hi mcm ramai ler readers blog mak-mak sgt nih 😀.
sekadar blogging utk kepuasan diri. sharing cara hidup yg sempoi dan releks.
begitu begini, pv sehari blog mak-mak nih hanyalah sekitar 700-800 plus plus saje.
compare dgn yg lain, pv sehari puluhan ribu tuh 😳. tahniah korang yg puluhan ribu tu 👍.
4 hari lepas memang tak usik laptop.
tak log in blogger. tak blogging. tak blogwalking, meskipun dari phone.
pernah saya katakan, once blogging & blogwalking, tumpuan kpd perkara lain memang terganggu 😅.
itu yg sengaja tak usik laptop.
31 ogos - 2 sept kan cuti panjang, hmmmmm busy dgn famili kat rumah kecik ni lah.
lagi ler menghalang diri daripada blogging.
cuti 4 hari tu tak ke mana, just lepak rumah tgk movies dan bwk anak-anak ke taman, riadah.
tq kpd my mr.asben yg provide lotsa movies kat rumah kecik kami ni. tak payah nak kuar rumah or ke panggung pun. marveles! 😍

Blog Ibu | Time Cuti Tidak Aktif
complete sefamili berkasut jogging.
kalau dulu, kasut anak-anak agak tidak proper.
now, dimurahkan rezeki, dpt lah beli kan diorang kasut yg sesuai.

Blog Ibu | Time Cuti Tidak Aktif

Blog Ibu | Time Cuti Tidak Aktif

jumaat dan sabtu ptg, kami ke taman bandaraya, bukit serindit tu.
anak-anak lepak taman permainan... saya & mr.asben jogging.
mr.asben jadi trainer saya. mr.asben ajar saya camne nak jogging dgn cara yg betul 😅 💪.
pernafasan yg betul. kami jogging sama-sama. seiring dan sejalan 😎.
best. nice. again tq my mr.asben sebab sudi melatih isterimu yg byk songel nih...
the reason why saya bersungguh nak dilatih is ialah kami nak join fun run bersama-sama.
fun run.
so tak boleh la nak walk kan...

*
*
*
*
*
*
*
*

itu la yg nak share jugak dlm entri hari ni 😔.
sepatutnya, yg saya tunggu-tunggu, jumaat ptg saya akan join 5km Batik Fun Run 2018.
tapi tu la... seorang urusetia lelaki memaklumkan cara fun run tu pada jam 4 ptg 31 ogos.
meskipun dlm fb mengatakan ianya pagi, apabila urusetia lelaki memaklumkan secara mulut ia pada jam 4 ptg, takkan la saya tak percaya 😔.
pagi jumaat tu, bila saya dpt tahu acara telah pun berjalan, tak terkata.
cuainya saya sebab tak amik nama urusetia lelaki yg salah bagi maklumat tu pada saya 😡.
so, takde pape saya boleh claim kan...
tak terkilan dgn payment RM100 yg saya dah buat. just sgt sedih bila first fun run yg saya nak join hancur begitu saje. aduhai...

Blog Ibu | Time Cuti Tidak Aktif
ni saya snap time tunggu mr.asben gi Mini Malaysia jam 11 pagi 31 ogos tu.
to collect medal.
at first mcm tak nak collect. buat pe medal if tak lari pun kan.
mengenangkan da byr RM100, so saya layak jugak la pegang medal tu dan simpan buat kenangan.

Blog Ibu | Time Cuti Tidak Aktif
baju ni pun tak berpakai lagi 😓.

Blog Ibu | Time Cuti Tidak Aktif
kenangan... hanya kenangan.

saya dah pun register utk event fun run kedua.
hopefully dpt la join in shaa Allah...

orait. itu aje la corat-coret di blog ni ari ni.
jam dah pun hampir ke kul 12 tghari. nak sambung urusan rumahtangga 😌.
bye bye...