assalamualaikum 😌😍
hari Khamis. esok last keje utk minggu ni kan...
then continue utk satu lagi long weekend, hingga Hari Malaysia...
and today, Izzat masih stay home dgn saya. kurang sihat.
da inform cikgu PASTI Izzat bhw Izzat cuti minggu ni. kuarantin!
kalau di hantar, takut plak anak-anak PASTI lain berjangkit batuk selsema nyer...
hari ni kelas saya da start di UKM. maka, tak dpt la hadir 1st kelas.
sebenarnya, dari sebelum kami ke Cameron Highlands Izzat dah pun batuk selsema.
al-maklumlah kan, cuaca now ni tak menentu. time panas, sgt panas. then hujan lebat. sejuk plak.
pastu naik plak ke Cameron Highlands yg suhu 18⁰c tu.
just bersyukur Izzat tak demam panas la. kami berjalan-jalan tanpa lupa beri Izzat ubat along the way.
dia pun happy go lucky saje. takde moody langsung. alhamdulillah...
Cameron Highlands 😊
kali ni saya da plan nak ke tempat-tempat yg kami-kami lom pernah singgah.
antara yg saya tak nak miss ialah pasar malam la. dulu kala, lokasinya setahu saya di Brinchang.
now, rasanya da more than a year, berpindah ke Jalan Golden Hills.
jauh ke bawah lagi kalau kita dari Brinchang. sebelum tiba di Tanah Rata.
tak susah nak cari lokasi baru ni. confirm akan jumpa 👌.
nak la share citer skit.
settle jer bercanda tepi gunung, kami terus naik utk check in Copthorne.
waktu check in adalah jam 3 ptg. kami tiba sedang elok aje jam 3 ptg.
dari Cameron Lavender hingga ke Copthorne, trafik dah mula sesak!
kami jejak masuk ke parking Copthorne, hujan turun dgn begitu lebat sekali.
siap-siap dgn angin ribut gitu. bergerak kencang juga la pokok-pokok bunga di luar Copthorne 😐.
saya dan mr.asben da saling jeling-menjeling, senyum-senyum kelat dah...
"aduhai, tak jadik la misi nak ke pasar mlm ptg ni..." detik hati kecil saya.
dlm hati, tak berhenti berdoa agar Allah beri kami peluang berjalan lewat ptg nanti.
naik ke bilik...
rehat.
nikmati suasana indah dari sliding door bilik tingkat 12.
solat...
kali saya amik bilik Deluxe with 1 king bed. bilik luas, kan 😍.
sedang elok utk kami 5 sekeluarga. bentang toto utk tido. nak solat pun mudah dan selesa...
saya tak booking guna memana website. jenis saya, terus call hotel guna their best rate.
compared dgn websites lelain, much more cheaper rate yg diorang offer saya. alhamdulillah.
nampak tu... aduhai!
keadaan berkabus tebal.
hujan lebat. jarak penglihatan pun pendek aje 😔.
menanti la kami dgn penuh sabar kat atas tu. berdoa dan terus berdoa...
Allah tu Maha Berkuasa. kita jgn pernah putus asa. berdoa... Allah tu Maha Memahami...
dgn kuasaNya, hujan berhenti sekitar jam 4.30 ptg gitu. suasana kembali cerah.
matahari pun memancarkan cahaya ptg nyer... alhamdulillah.
apa lagi, kami dgn pantas bersiap utk keluar ke pasar mlm lah...
trafik turun ke pasar malam dari Copthorne tenang.
tapi tidak trafik naik ke atas! haru! fenomena jem teruk di Cameron Highlands da bermula dah...
kami hanya mampu berdoa agar perjalanan kami dipermudahkan.
jam 5 ptg kami berjaya dpt parking di Jln Golden Hills tu. agak jauh jugak nak berjalan ke pasar mlm, tapi redha jer lah kan.
suasana baru lepas hujan lebat. tetap ramai pengunjung.
gerai pun semua best best 👍
kali ni tak memborong satu pun kaktus.
kawasan rumah terhad 😓
kami beli 8 cucuk. celup coklat 💙💙💙
cekodok keledek ni memang ohsem 👍
Izzat yg kepenatan, hingga buka kasut 😀
next time kalau dtg, sure nak borong pokok-pokok herba ni.
tunggu pindah rumah baru 😊
brokoli, bayam dan cendawan tiram. di goreng tepung. rangup 👍
jagung yg manis. puas makan...
keledek madu !
strawberry wajib lah kan di mana-mana ceruk Cameron Highlands pun 😍
jambu epal yg gebu!
memang mcm2 ada jual la di sini. semua yg kita nak di Cameron Highlands, semua ada in shaa Allah.
memang penuh org yg dtg ptg ni.
al-maklumlah, pasar malam ni hanya buka pada hari Jumaat dan Sabtu saje.
yg dtg dari jauh, takkan lupa nak singgah sini.
brg makanan, seperti nasi, mee goreng... makanan berat lah kan, tak byk jual.
kami memang dah tak nak singgah mana-mana lepas pasar mlm ni. plan nak terus balik hotel, rehat dan tido.
walaupun tgn da penuh dgn keledek rebus, jagung rebus, brokoli goreng, cendawan goreng, bayam goreng, strawberi coklat... anak-anak masih jugak nak cari makanan berat utk dinner.kami beli nasi lemak. hmmmm 😔 tak sedap hu hu hu hu... sabo jer lah.sedang kami berjalan menyusuri pasar mlm yg panjang tu, lebih kurang jam 6 ptg gitu, hujan rintik-rintik.
dek kerana lapar, tekak melayu kan 😅, telan la juga nasi lemak tu.
hu hu hu hu maka panjanglah langkah kami-kami!
panjang-panjang pun, cepat-cepat pun, menyinggah jugak beli t-shirt Cameron Highlands 4 lai.
menyinggah jugak beli keychain 😅. kak Nurin & Syuhada kemaruk keychain kan.
saya bagi peluang kat diorang beli la pe yg berkenan...
jam 6.30 ptg gitu, kami dah pun gerak meninggalkan pasar mlm Cameron Highlands.
time tu, trafik nak masuk ke pasar mlm sgt lah ketat.
kenderaan nak masuk tak terkira byk nyer. parking lot pula penuh kan. sabo jer lah ye...
perjalanan kami naik ke Copthorne tenang saje, tidak ada tersangkut dek jem pun.
trafik jem di lorong bertentangan plak.
alhamdulillah... dipermudahkan. jam 7 mlm gitu, dah pun selamat tiba Copthorne 😌.
a must go lah pasar mlm ni. menarik. meriah.
a one stop center tu lihat Cameron Highlands secara keseluruhan.
aneka brg jualan yg bakal menarik perhatian korang tau. best!
😍
38 Comments
berkabus...syok....best tu ke pasar malam cameron..mcm2 ada dijual
ReplyDeletememang best!
Deletesib baik nasib menyebelahi kami :)
cuaca yg sempurna...
Ala...rindu la nak pergi CH...
ReplyDeleteAaa rindu cameron ! Thousand memories here.
ReplyDeleteLama tak perggi CH Aida.... Hari tu masa hantar abg teringin gak nak ke CH tp bila mengenangkan jem terus tak jadik.
ReplyDeleteAlamak sedapnya jemput jemput keledek tuuuuu....Yang bestnya pasar malam kat sini pada saya, seafood celup tepung tu, jagung bakar ngan jejemput keledek. Jadik rindulah pulak nak ke sini lagi
yes betul tu.
Deleteaida beli jagung, keledek rebus, celup tepung tu... best!
cun bunga pic atas skali tu😉,nak tiru lah.. alahaiii,rindu pasar malam dia lah pulak,bila nak terjah ni🤔
ReplyDeleteRawlins pun tak menyampai lagi kat sini. Teringin gak nak merasai pasar malam kat situ tapi selalu rancangan nak melawat tak kesampaian. Hehe. Kelihatan sedap2 plak gorengan kat situ. Terus rasa lapar
ReplyDeleteDah lama Tak ke Cameron. Macam Mana la agaknya disana kan. Nak ke Sana kena gi waktu keje kalau Tak azabbbb
ReplyDeleteRindunya Cameron Highland! Dulu sy pernah tinggal di sana. Terus terang CH la tempat paling best n peacefull yang pernah sy tinggal. Tp nak gi CH jgn gi weekend dan musim cuti memang sesak la gayanya. Plak2 dengan adanya pasar malam. Pasar malam ni sebenarnya kalo hari biasa cuma dibuka pd hujung mgg tp pd musim2 cuti sekolah akan dibuka setiap hari
ReplyDeleteSjuk 18 deg c tu...lama xpi CH...saya kalau nk ke CH mmg xpi time hari bercuti..takut bcinta atas tu..huhuju
ReplyDeletehi hi hi takpe, alia.
Deleteasben kat sebelah, memang boleh bercinta :)
Dah lama sungguh rasanya tak pergi ke cameron highland. Banyak jugak benda benda baru yang ada dekat sini ye. Nanti one day nak jugak lah pergi bercuti dengan family dekat sana. Sejuk sikit
ReplyDeleteBoleh muat erk Deluxe Room untuk 5 sekeluarga. Mesti luas bilik tu. tapi harga dia takut lah tengokkk 😅 hahaha. Sy bab penginapan asal dpt tmpt utk tido yg selesa cukup. Ada satu motel bajet harga 50 ringgit satu malam kt cameroon
ReplyDeletemuat sgt, zharif.
Deleteboleh bentang toto king size kat sebelah tu.
solat pun selesa. happy izzat berlari-lari.
aida tau byk yg murah. byk kot apartment murah kat golden hills / tanah rata.
but sengaja nak reward anak-anak. sesekali naik hotel tingkat 12 kat CH.
tgk kabus. tgk pemandangan...
I stayed at Golden Hills before. It is very convenient and near to Pasar Malam where we could get lots of strawberries at a cheaper price.
ReplyDeleteat first i decide to stay at golden hills.
Deletebut, because of few reasons, cancelled.
again, stayed at copthorne.
next time may be at golden hills :)
Walaupun Ibu dah 2 kali sampai di cameron highland, tak pernah lagi ke sini sejak pasar malam ni berpindah dari pekan brinchang tu.
ReplyDeleteNama tempat tu macam best je kan. golden hills. tempat pasar malam baru ni lebih strategik sebab jauh dari bandar
ReplyDeleteTeringin nak g CH! Dah lama simpan hajat nak g cameron dengan suami.Rasa macam nak pergi check in je isnin ni hahahaha.
ReplyDeleteNasib baik lah baca entey ni, kaau tak saya tak tau yang pasar malam tu dah berpindah. Ye memang dah lama tak berkunjung ke tempat sejuk tu. Pasar malam tu tempat wajib untuk pergi sebab setiap kali pergi anak2 mesti nak beli cenderahati untuk kawan2 sekolah
ReplyDeletelama dah tak pergi cameron..ingat dulu masa zaman belajar..hahaha..Nanti nak ajak husband pergi cameronla..banyak tempat menarik dkt situ..tengok pasar malam ni pun dah macam-macam jual..pergi masa bercuti memang jem
ReplyDeleteSaya dan keluarga juga telah pergi kat cameraon highlands. Memang best lar tempat ini. Malam-malam sejuk kan? Macam dalam gambar juga. Bergabus. Nyaman dan segar udara di sana. Makanan kat pasar malam pun best-best belaka. :)
ReplyDeleteAduhhh teringin nak g Cam.. hmmm mcm la Liez lama xpergi padahal setahun 3,4x ke CAM.. tp liez xsuka sgt pergi pasar mlm tu sbb org sgt.. susah nak bawak anak2 kecik sekali
ReplyDeleteanak-anak aida da besar.
Deleteok ok lah :)
Izzat pun excited tau. bukan nyer selalu dia ke pasar malam.
kalau pergi cameron memang wajib beli strawberry dan jagung muda tu memang sedap. Pasar malam diorang pun happening. macam macam ade
ReplyDeletebestnya holiday! last i pg cameran dlm 2 tahun lepas. terigin nk pg lg sekali nnt.
ReplyDeleteRindunya lama tak pergi Cameron Highland memang kita nak sangat pergi lagi kali ni nak plan betul dan cari tempat selesa macam ni hehehe... Kita paling suka jagung manis sedapnya nak bawa balik untuk kita....
ReplyDeleteBestnya dapat bercuti di cameron. Saya baru pernah kesana sekali. Tu pun balik hari. Tak pernah berkesempatan nak stay lama.
ReplyDeletePasar malam di cameron highland ni memang menjadi tumpuan ramai sebab harga barang lebih murah dan ada banyak pilihan
ReplyDeleteyes betul.
Deletemurah skit dari kea farm few brg :)
Kalau nak pergi ke cameron highland tak payahlah pergi masa hujung minggu. Dan hari cuti sekolah, tak berbaloi langsung
ReplyDeletetak jugak. kami pergi biasa nyer cuti sekolah or cuti panjang.
Deleteso far so good lah. timing kena betul. walaupun jem, kami enjoy :)
kami jauh, tak dpt la nak naik turun CH hari keje :) hi hi hi...
tetap kena gi time cuti, kan.
mana-mana pun jem kot.
Kak pi malam dah..banyak yang nak tutup..tapi meriah pasar malam kat situ
ReplyDeleteoiye?
Deletekami gi awal, sebab tak nak bwk anak-anak berembun kat CH.
da le sejuk :)
Macam-macam ada jual kat pasar malam nie kan. Harus singgah kalau ke CH..
ReplyDeleteBila tengok entry dah mula rindu dengan Cameron Highland. Tapi kena pergi time weekend yang bukan public holiday dan cuti sekolah. kalau tak merangkak lah dalam trafik. Hotel Corpthone ni pilihan lia juga menginap kat sana.
ReplyDeletecekodok keledek.. Comelnya warna oren dan purple.. Rindu pula nak jelajah CH.. Lama tak naik..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.