assalamualaikum 😃
salam sejahtera.
jam tu hah da pun 9.30 pagi. masa utk lepak jap depan tv, rehat and update blog..
mr.asben da gi keje. anak-anak sekolah.
ibu?
👉 breakfast done.
👉 air putih done minum 1 liter 😅.
👉 sotong & udang done kuarkan dari freezer (nak masak for lunch).
👉 nearly 60 minit workout dlm rumah (ringan-ringan aje, janji berpeluh & burn more than 200 kalori).
👉 baju da basuh (hujan, so tak la sidai. tghari nanti nak gi dry aje).
ok ok ok, done introduction 😆.
nak share la satu tempat makan yg best kiranya korang nak merasa makanan Negeri Sembilan.
it is like a one stop centre. ada byk jenis masak lemak. sehingga korang tak tau mana nak ceduk dulu.
yes. di Negeri Sembilan byk lagi tempat-tempat yg ohsem camni.
ini la salah satunya yg famili saya selalu singgah. sebab lokasinya mudah, tepi highway aje.
lokasi nya sgt mudah.
tol pedas - linggi.
melepasi aje plaza tol, korang masuk simpang ke kiri.
Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok ni lebih kurang dlm 500 meter saje, di sebelah kiri.
tak susah.
korang akan nampak byk kereta parking sepanjang jalan.
antara sanggup atau tak sanggup aje lah nak berjalan jauh!
ini adalah pemandangan di hujung minggu atau hari cuti. ramai org singgah nak makan sini!
saya pernah gi hari bekerja, crowd nyer biasa-biasa saje 😊.
waktu operasi kedai makan ni ialah Selasa hingga Ahad.
jam 11.00 pagi hingga lebih kurang 4.30 ptg.
Isnin tutup!
teringat satu kisah, masa bekerja dulu.
Isnin, tetiba big boss teringin nak makan sini. saya dan lagi 3 org ofisment follow dia.
kejap aje dari Ayer Keroh nak sampai sini, naik Mercedes big boss lah.
tiba aje situ, tup tup tup tutup kedai makan ni. hadoi lah... frust kami-kami 😅 😆.
hari Isnin tu tutup untuk pembersihan kedai makan. kalau tiap hari buka, tak berkemas, payah jugak kan.
balik la kami ke Ayer Keroh...
deretan lauk-pauk utama Kedai Makan Pak Raub 😍
gulai lemak ayam kampung
rendang itik
gulai lemak perut & rebung
gulai lemak daging salai
rendang daging
kari kepala ikan, perut goreng dgn kacang panjang, gulai lemak ikan keli, gulai lemak telur itik, rendang ayam...
paceri nenas, paceri terung, ayam kurma, ayam masak merah, ikan keli goreng cili padi...
di antara lauk pauk yg saya ingat 😅.
memang tak dpt nak snap gambo detail. org ramai weekend lepas!
kawasan lauk-pauk tu memang penuh dgn org yg makan di kedai, mahupun yg tapaw lauk-pauk.
ada jugak aneka sayur seperti taugeh goreng, kangkung goreng belacan... ulam-ulaman pun ada.
telur asin, sambal belacan. ikan goreng. ayam goreng.
pendekkan citer, apa aje yg korang rasa nak makan, in shaa Allah ada.
antara cukup luas atau tak pinggan nak letak dan perut nak menghadamkannya 😋.
tak perlu tunggu Hari Raya Aidilfitri utk nak makan biskut raya dan kerepek.
kat sini semua tu ada dijual. sedap-sedap plak semuanya.
kuih-muih tradisional... korang dtg sini, korang wajib beli. kuih kaswi, kuih seri muka, aneka kuih talam...
dodol ada. tapai ubi ada. kek kukus ada. kuih denderam ada.
kacang goreng, kuih suji, kuih tart, kuih kapit coklat dan peanut butter, kuih semperit...
rempeyek, kuih ros, bangkit cheese, bangkit susu...
western pun dah ada dah...
spageti bolognese, macaroni & cheese, kek cheese leleh pelbagai perisa, cheese tart...
di setiap meja makan, disediakan jug berisi air siram. disediakan percuma.
abis. refill. abis. refill. abis. refill 😅.
nak order air lain pun boleh jugak ye...
Izzat dgn nasi dan kuah kuning kegemarannya 😍
sama la dgn Syuhada, tak brape makan ikan ke ayam ke.
nasi, kuah kuning dan bendi asam pedas.
weekend lepas, 2 kali kami lunch sini.
sabtu, on the way ke Seremban, umah mak mertua.
ahad, on the way back balik rumah Bkt Katil.
and kedua-dua hari tu lah Kedai Makan Pak Raub ni full house 👍.
tapi jgn risau lah, walaupun ramai, tunggu la jap sebab pasti ada seat utk kita sekeluarga makan dgn aman. in shaa Allah.
harga?
pada saya, murah. dgn air sirap free yg anak-anak minum bercawan-cawan.
kuah kuning banjir. 5 pinggan nasi. rendang itik, ulam-ulaman... murah.
angka yg saya boleh inform adalah tak mencecah RM30.
korang wajib la singgah kiranya korang lalu di tol pedas - linggi.
korang akan dpt gambaran penuh tentang makan Nismilan yg sodap-sodap 😍.
30 Comments
meriah byk pilihan lauk..dpt air sirap free not bad la
ReplyDeletemeriahnya pilihan makanan dia..memacam ada haaa...
ReplyDeleteSalam Perkenalan Cheta Pengedar Vivix Shaklee Malaysia
murahnya....
ReplyDeletebyk pilihan..
uuish tengok tu sungguh deretan lauk pauk orang nogori. hehe.. pedas2 tapi tak pedas tak feel katanya kan ? hehe..
ReplyDeletealahaiiii.. awat la jauh bebenor. sedap-sedap tu nampak lauk pauknya. Paling teringin yang rendang itik . Susah nak cari kat KL ni.. nanti kalau ada ke selatan nak try singgah la..
ReplyDeleteBanyak pilihan lauk pauk, patutlah ramai orang kat kedai ni. Bila2 kalau lalu nak singgahlah makan lauk masak lemak cili api
ReplyDeleteTak pernah lagi makan makanan org nimislan , biasanya pedas kan . Tq for share if ke sana boleh la singgah cuba
ReplyDeletebanyaknya pilihan kueh dia tu.lepas ni kalau p nismilan boleh singgah sini.hehehe.tapi nismilan mmg byk makanan sedap.
ReplyDeleteSeronok pulak bila tengok banyak pilihan makanan dan kudap-kudapan dia. Ni yang bahayanya bila pergi situ. Banyak duit habis sebab beli tapau bawak balik hehehee
ReplyDeleteBanyak yer pilihan lauk dan harga berbaloi. Boleh la try nnt bila lalu ke arah sana nanti. Tq tau sharing.
ReplyDeleteOoo nismilan tu sebenarnya negeri sembilan pelat orang belah sana ya. Hehe, nyaris nyaris ibu garu kepala memikirkannya
ReplyDeleteWah meriahnya lauk.. kalau ada rezeki nanti ke area sana nak juga cuba..
ReplyDeletenismilan memang terkenal dengan gulai podeh dia kan..tengok pon dah menjejes air liur. Kuih muih pun nampak menarik. Murah lak tu. Sesekali kalau terjumpa memang kena singgah kedai-kedai mcm ni. ada rendang itik tu..mengancam.
ReplyDeleteKira murah tu kalau x cecah 30 hengget. Plus air free. Meriah betul ye kedai makan tu. Macam-macam ada. Siap kuih raya pon dijualnya hah. Sy punya cara, kalau nak tahu kedai tu sedap ke tak, tengok berapa ramai org dtg kedai tu. Kalau sendu, maksudnya x sedap lh tu. hahahha.
ReplyDeleteNampak sedap semuanyaa..murah pulak tu..tapi jauh bebenor kedainya ye..hehee..kene pergi jalan-jalan sana baru dapat rasa
ReplyDeleteEh. Ada lokasi baru nak try kalau travel ke area N.9. Thanks share info. Boleh Rawlins try next time ke sana.
ReplyDeleteLauk belah minang ni memang sedap sedap. kawan kawan yang ada maid dari belah sana cakap orang sana pandai masak
ReplyDeleteUihh, perut emi jenis yg tak tahan dengan masakan negeri sembilan. Pedas yang amat. Berulang ke toilet la nnati jawabnya haha
ReplyDeletemakanan nogori memang pedas dan menyelerakan. mujur ada orang belanja air sirap free kan. terbaik tu
ReplyDeleteKita kalau ke nogori, suka cri lauk keli.. Hehe.. Sbb nogori terkenal dgn keli kan.. Sbb dlu study kt nogori, keli je nmpk... Dan masakan nogori pun leh thn pds2 mcm org johor jawa masak.. Mmg masuk dgn tekak ni..
ReplyDeleteKalau pergi N9 suka pergi nasi campur ja, sebab banyak pilihan lauk. Lagi2 masa lemak cili padi lagilah banyak pilihan. sedap pulak tu. nak try pulak makan sini.
ReplyDeletekalau kedai tu ramai orang mesti sedap. tak rugi pergi walaupun jauh.. hehe.. makanan negeri smbilan memang sedap walaupun pedas gila.
ReplyDeleteSedapnya tgk menu.. AM memang suka masakan org nogori!! Sodap sgt!! AM nak bawa geng terjah rasa menu masakan kat sini pula la.. AM laparrr pas tgk menu sodap2 camni..
ReplyDeleteLess than rm30 for 5 pax..? Murah la.. Kalau kat kl, sorg amik kuah and sayur ulam2 pun, rm 6 confirm..
ReplyDeleteMrs. A kalau balik kampung ikut jalan lama akan lalu depan kedai ni tapi tak pernah singgah makan lagi. Dah dua tiga kali perasan selalu penuh kereta kiri kanan parking ingatkan ada kenduri kahwin ke, orang meninggal ke tapi rupanya singgah kat kedai ni hahaha....
ReplyDeleteYa Allah, beriya nya kuih, biskut dan kerepek yang dia jual. Kalau buat alas perut dan kunyah-kunyah pun sedap.
ReplyDeletePergh!! bestnya lauk pauk dia.. Suka Sha tengok rendang itik tuh.. dan kuih muih raya tuh.. Meriah..
ReplyDeleteramai pelanggan.. memang sodap ni. hehe
ReplyDeleteTetiba rasa teringin rendang itik lak
ReplyDeletewah akak.. pepagi dah siap minum air selitre kagumnyaa.. teratur je pagi akak .. happy :) thanks share terliur nya tengokkk.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.