assalamualaikum & salam sejahtera, readers 😊
salam Hari Malaysia 2018.
moga Malaysia Baharu kita ni lebih mantop dari sehari ke sehari.
sebab until todate, lom nampak apa pun yg mcm bagus dan beri manfaat kpd rakyat (terutama saya & anak-anak).
we will wait... saya percaya mereka para pemimpin masih dlm perancangan (hopefully!).
hari ni takde ke mana pun. stay home. lewat ptg karang kak Nurin dah nak balik asrama.
esok plak, Syuhada da start dgn Ujian Al-Quran UPKK.
sudah-sudah la tu ye berjalan. yg penat, ibu ni jugak. penat mikirkan anak-anak nak peksa!
anak-anak releks aje 24 jam 😒.
nak kongsi. mlm kelmarin saya cek phone kak Nurin.
phone Syuhada later la kot baru nak cek.
memang sentiasa cek phone diorang. nak kena jaga. apa yg tak betul, nak kena remind diorang.
tak nak gunakan sesuatu tu dgn cara yg salah selamanya!
terjumpa few gambo yg menangkap kalbu!
yg anak-anak selfie. yg kak Nurin snap sendiri. byk yg saya suka!
terus saya send ke phone saya, utk disimpan dlm arkib keluarga.
di antaranya 👇.
selfie 3 beradik di Taman Bandaraya Bkt Serindit pada 1.9.2018 lepas.
time ni mereka bertiga rapat-rapat bermain bersama sementara saya dan mr.asben jogging keliling taman.
kakak-kakak memang dibekalkan phone masing-masing.
weekend baru la mereka dpt bermesra dan menggodek phone masing-masing.
alahai... sweet nyer lah gambo diorang bertiga. cantik pun cantik. angle yg menarik!
diorang dah biasa dgn saya, bila mana saya nak snap gambo, saya utamakan angle yg menarik, senyuman yg betul, memek muka yg sesuai 😀.
saya always tekankan kpd kakak-kakak, gambo ni is sgt istimewa.
di masa depan, awak berpeluang imbau zaman kecik awak bila tgk gambo.
maka, bila bergambo, molek-molek lah. agar nanti gambo tu mengingatkan kita akan kenangan yg manis-manis mencuit hati.
kalau nak candid pun, saya always nasihat agar amik gambo candid yg sesuai.
tutup aurat. elok duduk nyer... diri nyer... pakaian nyer.
jgn amik gambo rambang-rambang saje. tanpa ami peduli hal yg kecil.
diorang memang kekadang rimas jugak dgn cara saya ni 😅 😆😆. tapi, wajib la ikut kan.
nak amik gambo pun ada undang-undang...
no "tapi tapi"!!! apa ibu kata, korang kena folo tanpa "tapi tapi"...
byk jugak gambo-gambo lain diorang bertiga, terutama dgn stickers.
😂😂😂 terutama Izzat. aduhai. semakin pandai selfie dah... mcm2 gaya.
semua gambo saya simpan. love it!
sementara kita boleh bentuk diorang ni, kita buat lah kan.
nanti-nanti dah bekerja, bergaji, berkarier, berkeluarga... pepandai korang lah, anak-anak 😍.
12 Comments
ambik simpan gambar ni, nanti dah besar tunjuk balik kat dorang hehe
ReplyDeleteSalam kenal..
ReplyDeleteComel muka masing-masing. So sweet pandai diaorang wefie adik-beradik..
Memang rapat dan nampak bonding each other..
Olo sweetnya. Alhamdulillah kak nurin guna phone dengan sebaiknya. Betullah kita sebagai ibu bapa kena pantau anak-anak, sebab zaman sekarang ni dunia dah makin canggih dengan teknologi,bimbang salah guna.
ReplyDeletebetul tu.
Deletebagi phone tanpa kebebasan 100%.
masih dipantau :)
Kadang² memang kena chek henset anak²..
ReplyDeleteDalam gallery henst tu yang paling mahai skli gambq anak²..😊
tu la. mahal!!!
Deletemoment yg takkan berulang lagi...
bila ank ada hp sdiri ..kita sbg ibu bapa mmg kena check apa yg depa uat and snap gmbr tu kn
ReplyDeleteyup kena check tapi take it easy jugak. hehe comel2 jeee nanti tunjuk balik kat diorang gambar2 ni =D
ReplyDeleteMacam Kak Sue juga memang akan pantau dan cek selalu. Tambah anak-anak Kak Sue tengah meningkat remaja nie.. risau..
ReplyDeletecomel.. pandai diorang selfie dan candid..
ReplyDeleteWah pandai dorang bergambar
ReplyDeletesimpan ni as kenangan ni ") bagus nya akak check selalu.. hopefully syaza macam tu juga nanti check selalu fon anak ^^
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.