assalamualaikum 😌
salam sejahtera...
hari ni, sambil-sambil buat keje rumah, releks-releks blogwalking.
memana link yg saya rasa menarik utk diterjah, saya klik 😊.
terutama yg setia komen di blog ni, tu wajib lah kan...
mlm ni saya nak share lah 👇.
air tgn my 💙💙💙 mr.asben ahad lepas. kerabu mee segera Thailand.
ni kali kedua my mr.asben buat. sedap! pedas 😋.
sgt mudah rupanya. kebetulan, mr.asben ke Thailand ari tu, sekotak mee segera Thailand dibelinya.
tak reti plak saya nak menaip nama mee segera ni.
mengkerabu lah kami di Melaka.
tu hah dia. elok terletak tepi almari 😍
mee segera Thailand ni memang kenyal.
bila da dicelur, dia tak lembek tau. dulu, saya dgr aje la dari kawan-kawan.
ni buat sendiri, yes, terasa perbezaan nyer dri mee segera yg biasa kita makan tu.
bahan-bahan :
- 5 - 7 peket mee segera Thailand dicelur cantik-cantik
- 4 biji tomata dipotong dadu
- 2 bawang holland dipotong dadu
- 10 - 15 cili padi kampung dihiris
- kacang panjang secukupnya dihiris
- sepeket fishball dihiris
- daun bwg & daun sup secukupnya dihiris
- 3 biji limau nipis, diambil air perahannya
- sedikit air gula
memang takde seafood kerabu mee segera kami ni 😅. bukan tak suka, tapi tak beli.
kalau ada sotong & udang, direbus dulu hingga separuh masak sesedap rasa.
cara-caranya sgt simple. semuanya dicampur dan digaul rata bersekali dgn perencah mee segera tu. masam manis tu dirasa la cukup ke tak.
bab pedas tu, kalau tak suka, kurangkanlah bilangan cili padi tu. kami punyer ni memang pedas!
menyeringai mak mertua saya memakannya 😅.
sungguh refreshing bila makan kerabu mee segera ni.
kos pun tak le mahal sgt, kan. sekotak da borong kat Danok hi hi hi hi... dgn happy lah mengkerabu.
teringat Ramadhan lepas, beli kerabu maggi di pasar Ramadhan. anak-anak suka makan, kan... sebekas RM6. aduhai!
next Ramadhan dah boleh buat sendiri. alhamdulillah... in shaa Allah.
😋
13 Comments
pergh..mmg sdap kak..berair mata pun still nak makn lg..haha
ReplyDeletehah kerabu maggi thai ..fav juga...ms food festival thai aritu rm 7....ni ada opismate jual..beli juga tp belum buat lg hehe
ReplyDeleteperghh sedap nampak tu ... kite jarang makan kerabu yang macam ni tapi kalau sedap laju je masuk dalam mulut hehe
ReplyDeleteBestnya.. Sha tak pernah cuba lagi kerabu maggi ini.. Maggi tu dah pernah makan.. Pedas dan memang kenyal..
ReplyDeleteNak kena try ni...dah lama dok peram resepinya huhu...
ReplyDeletearitu makan, adik ipr masak. Memang sedap
ReplyDeletewahhh.. sedap.. wife ejulz guna maggie ayam je masak mcm ni. hehe
ReplyDeleteSedapnya kerabu maggi thailand ni...tak payah dah pergi Thailand nak cari..maggi ni pun kat Mydin ada banyak jual kan
ReplyDeleteMee Serda tu memang sedap, kat rumah dah habis stok. Nak kena cari ni...
ReplyDeleteMenarik... nnti boleh cuba ni
ReplyDeletemmg sedap, penah makan je la, buat sendiri belum lagi
ReplyDeleteSedapnya,, mesti pedas berapiii.. mee maggi thailand tu dah lah mmg sedapp.. dulu masa dok terengganu rajin kirim kawan2 housemate kelantan tlg belikan hhi
ReplyDeletesedapppnya..rabia tak pernah makan lagi mee segera thailand ni kak.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.