assalamualaikum 😌
Jumaat nan indah telah menjelma... dan beberapa minit jer lagi dah pun hari Sabtu.
tgh mlm ni hah baru dpt update blog.
busy the whole day. packing sebab sok pepagi nak berjalan lah kami sekeluarga. in shaa Allah...
moga Allah berkati perjalanan kami dan dijauhi lah dari sebarang malapetaka. aminnn...
beg-beg baju da pun tersedia masuk dlm bonet kereta.
dapur da siap bersihkan, tinggal few things lagi yg sok pagi baru nak clear.
last kami sekeluarga holiday was end of March lepas, ke Hatyai.
then, hanya jalan-jalan dedekat saje memandangkan weekend anak-anak busy dgn aktiviti sekolah & tuisyen.
ibu nyer ni pun dah nak pecah kepala stress sebab lama sungguh tak berjalan masuk hotel!
ada cuti panjang weekend ni, sesuai sgt lah bwk anak-anak keluar Melaka.
short update tentang dinner semlm 😌.
punyer la kehabisan idea apa nak masak.
minda dah set dah nak buat simple simple aje. minda da excited nak holiday kan hi hi hi hi...
menjadik lah bubur nasi utk dinner semlm...
agak mudah sebab guna pressure cooker. resepi / cara saya 👇 :
STEP 1
1 pot berat (basuh bersih)
12 pot air
⇨ saya set high pressure for 15 minit.
STEP 2
6 - 8 ulas bwg putih
halia 2 inci
skit minyak utk menumis
⇨ tumbuk halus bwg putih & halia tu, then tumiskan hingga naik bau harum (tumis darat).
STEP 3
bubur nasi da siap. letgo high pressure. saya terus off kan pressure cooker.
ketika bubur tu masih panas, terus saya masukkan 1 kiub ayam, bwg putih & halia yg da ditumis darat, garam secukup rasa, taburkan daun bwg dan bwg goreng.
kacau rata.
tutup penutup pressure cooker and biar for about 10 -15 minutes.
kejadiannya 😊
bwg besar digoreng,
ayam goreng dicarik-carik,
daun bwg dihiris kasar,
ikan bilis digoreng rangup-rangup dan
kicap cili padi yg pedas!
habis licin kami makan. alhamdulillah.
sesekali makan bubur nasi kan.
😃 menarik jugak!
and for tonight, dinner kami di mcD Melaka Mall hi hi hi...
dapur Ibu da tutup. konon nyer mlm ni nak tido awal la. sok sebelum subuh nak bangun kan.
hmmmmm takde makna nyer dpt tido awal.
Izzat tu hah, masih luas bukaan mata nyer. jam dah pun kul 11:41 mlm.
orait lah. time to charge laptop ni. sok ikut owner nyer berjalan.
kalau ada time, dpt la update blog kan 😀. kalau lah ha ha ha ah ha...
semoga yg baik-baik aje buat kita semua kan.
weekend yg panjang, extend sampai ke selasa.
happy holidays semua 😍.
bye!
26 Comments
best ada pressure cooker senang nak masak macam2.. drive safe yaaa kemana jua pun cuti2 ni.. have fun =D
ReplyDeletesenang kan masak bubur dalam pressure cooker je.sedap nampaknya bubur tu.lama dah tak makan bubur my mum masak.
ReplyDeletehahaha..ni namanya entri menggoda nak soh beli pressure cooker jugak ni nampaknya
ReplyDeleteHappy holiday dan enjoy yrself disamping family sis
ReplyDeletesedapnya bubur nasi lama dah tak makan..cara akak buat senang nanti boleh try ni
ReplyDeleteBaca entri ni terasa nak buat juga...
ReplyDeleteSedapnya bubur! Hope you had an enjoyable holiday, Aida. 😊
ReplyDeleteada jugak cita cita nak beli pressure cooker ni, senang nak masak apa
ReplyDeleteMenarik pula tengok bubur nasi Aida tu.. hehehe..
ReplyDeleteAlamak tak pernah try lgi masak bubur nasi guna pressure cooker ni .macam menarik
ReplyDeleteYes. TQ sebab share resipi. Rawlins nak try la weekend nie sebab selalu malas nak masak walaupun weekend. Haha.
ReplyDeleteSedapnya bubur nasi. Senang je masak pakai pressure cooker. Woohoo!
ReplyDeleteBestnya...kalau ada pressure cooker semua jadi mudah kan..SA pun adakala suka je makan bubur berlauk macam ni...sedapp..
ReplyDeleteso yummy, now I am hungry. Love your cooking, simple and easy to make.
ReplyDeleteSenang yer ada pressure cooker. Nak masak bubur pun mudah jer kan. Thanks sharing resipi. Mudah dah sedap
ReplyDeletewow masak bubur dalam pressure cooker belum cuba lagi , nampak menarik ni nak cuba la nanti he he he boleh follow resepi ni
ReplyDeleteSenang juga ada pressure cooker ni ye. Sekejap je dah masak. Lama tak buat bubur nasi macam ni. Sedapnyaa
ReplyDeleteWaahhh.... bubur ayamnya asyik nih. Pagi-pagi BW nemu bubur jadinya aku lapar hahahaa... so, pagi ini di bukit bintang ada yg jual ya??? Cari ah
ReplyDeletewow pressure cooker pon boleh buat masak bubur. bagus betul ! dah lama teringin beli pressure cooker. sbb banyak benda kita boleh masak dalam tu. cuma kena tahu n belajar. nanti nak beli lah satu. mudah nak masak semua benda
ReplyDeleteNampak pun dah tau sedap. Syioknya dapat makan bubur nasi panas-panas. Saya suka makan dengan ikan bilis dan sambal. Yummeh
ReplyDeletebest ada pressure cooker, senang nak masak pape. bubur even nk msk & tgk simple je, tp kalau kena dgn side dish nya tmbh2 pulak time2 hujan, mmg laju lah makan siap bertambah kan sampai licin hehe.
ReplyDeleteSedap dan mudah buat bubur nasi ni kan. Kalau makan waktu cuaca sejuk-sejuk, fuhhh lagi best. Makan ni je pun boleh bertambah hehe
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Sis baru je masak bubuq pakai presure cooker. Sakit lps buat gigi..tu yg nak makan lembut je tu..nk senang campak je lah dlm cooker tu..hehehe
ReplyDeleteGreat to use pressure cooker to cook porridge.. looks yummy! and so easy to cook.. nice recipe... great one..
ReplyDeletePelbagai menu masakan boleh masak guna pressure cooker ye..macam best je ni..tp takpernah ada plak kat rumah..nak kena beli 1 la ni kan?
ReplyDeleteKdg2 masak yg simple2 tu yg best kan...
ReplyDeleteHeee nak pi jalan2 mana tuuu
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.