assalamualaikum 😀
what a lovely wednesday.
at first nak update Wordless Wednesday jer. tak jadik!
nak juga menaip words and words and words...

nak citer pasal kak Nurin & Syuhada hari ni.
anak-anak perempuan saya yg cantik, jelita, cerdik dan solehah.

Anak Perempuan | My BFF
kanan - kak Nurin.
kiri - Syuhada.

last friday, spt biasa saya gi ambil kak Nurin dari asrama.
saya pontengkan Syuhada dari ke skola agama. bwk la dia gi ambil kakak.
nak belanja diorang coconut shake di Alai.
hmmmm dari coconut shake, bertukar jadi teh o suam jer uolls 😆.
terlupakan yg coconut shake Alai tu tutup hari Jumaat. hadoilah...

sib baik ler anak-anak berdua ni cukup matured.
teh o pun teh o lah ibu... hi hi hi hi...
tapi bukan teh o jer ibu belanja ptg tu.
kak Nurin dgn kuew teow goreng sepinggan.
Syuhada pula dgn mihun goreng lembab sepinggan. minum ptg yg teramat la berat utk kami.





💕   kisah kak Nurin
minggu ni exam akhir thn.
sememangnya, saya mengaku bhw saya memang da bagi 100% stress kat dia.
saya nak dia tewaskan result pertghan thn ari tu. terutama gred keseluruhan.
moreover, dia dok asrama. saya tak dpt nak pantau pe yg dia buat tiap hari.
belajar ke... tidoq ke... borak membawang ke... 😅😄😄

kak Nurin merupakan batch kedua KSSM. aduhai korang. silibus KSSM memang la hebat.
hebat dari segi menguji minda anak-anak.
ada saya tgk di grup KSSM di fb, silibus utk tingkatan 3 2019 kelak 👇. Allahu Akbar.

Anak Perempuan | My BFF
korang boleh la search di facebook on this matter. shared publicly.

korang just imagine, apakah jenis silibus utk SPM 2021 kelak? first batch KSSM ni.
adakah mungkin matematik kejuruteraan dan balancing dlm perakaunan? subjek pra-universiti?
and batch mereka ni tak payah dah masuk matrikulasi or asasi sains sebagaimana sekarang.
mungkin berlaku...

sebab tu la saya terpaksa letak 100% stress kpd nurin utk exam akhir thn dia ni.
takde makna nyer nak berlengah-lengah di zaman diorang ni kan. 
dulu, saya yg ajar dia personally utk UPKK dan UPSR. dari subjek matematik, sains, sejarah, bahasa arab, sirah, ulum syariah hingga la ke subjek PJK.
tapi, frankly speaking, utk kak Nurin thn ni, subjek tingkatan 1 nyer 😓😓😓 saya tak dpt bantu byk hu hu hu hu hu...
nasib baik la kak Nurin dari sehari ke sehari, kematangan dia semakin terserlah.
saya perhatikan dia tahu apa yg dia harus buat. saya yakin yg dia memang ok di asrama.
dia berusaha utk capai apa yg saya tetapkan. just, saya tak nak la tunjukkan yg saya nampak benda tu kan.
karang dia over confident plak 😅.





💕   kisah Syuhada
Syuhada plak exam 2 minggu tau!
minggu ni hanya subjek elektif iaitu sejarah, TMK, RBT, PJK, pendidikan islam dan PSV.
agak santai lah...
next week baru la subjek teras UPSR iaitu matematik, BM, english dan sains.
saya da start ulangkaji dgn dia since habis UPKK ari tu. 

Anak Perempuan | My BFF
dating dgn saya di Old Town White Coffee tghari semlm...

dgn Syuhada ni, saya keje keras lebih skit.
sebab Syuhada tak mcm kak Nurin yg boleh belajar sendiri, menghafal sendiri... manja terlebih!!!
da besar panjang, tapi masih lagi bahasakan diri dia "adik".
cara ulangkaji bersama Syuhada, saya akan explain kat dia page by page, subject by subject.
sebagaimana UPKK hari tu, setiap subjek agama kami ulangkaji bersama.
saya berdialog dgn dia...
saya buat kelakar, lawak-lawak berkaitan utk dia. bagi contoh yg jelas utk dia faham.
then, barulah saya suruh dia buat latihan. barulah dia ok. barulah dia faham...
memang letih korang! hadoilah...
saya kena belajar sekali dgn dia setiap mlm. kalau biarkan dia sorang, dia tido!!! hu hu hu...
tapi tu la. dah gitu gaya anak kita, ikutkan jer lah kan. berkorban la skit.

next year Syuhada UPSR.
seksa ibu masih lom tamat 😆😆😆. harap Syuhada akan cepat matang sebagaimana kak Nurin.
baru la lega hati saya melepaskan dia masuk asrama, tingkatan 1 nanti. in shaa Allah...




💙  💚  💛  💜  💙  💚  💛  💜
Anak Perempuan | My BFF
harta pinjaman Allah buat saya.

tu la kita. ibu dan ayah zaman Millenium nih.
jadi ibu...
jadi ayah...
jadi cikgu.
tak cukup dgn hanya anta anak-anak ke skola dan tuisyen!
kita kena top up mengajar lagi di rumah. 
jom kawan-kawan semua.
💪💪💪 kekal gigih ye dlm homeschool anak kita semua.
demi masa depan diorang yg lebih cemerlang in shaa Allah...

throwback gambar kak Nurin & Syuhada yg lama-lama.
dikorek semula dari galeri blog ni jugak...
Anak Perempuan | My BFF
kualiti camera few years back 😆. rinduuuuuu 💓💓💓

😏