assalamualaikum 😊
salam sejahtera.
korang buat pe weekend ni? bwk anak-anak gi mandi pantai ke?
atau ke shopping mall, belanja makan?
atau bwk diorang ke library aje, since next week mostly anak-anak kita nak exam akhir tahun?
apapun, bersyukur la kan.
sebab kita ni diberikan kemampuan dan peluang utk mendapatkan rezeki dan beri kpd anak-anak yg terbaik.
syukur alhamdulillah.
semlm terbaca kisah 👇 ni di dada fb. aduhai. merentap hati dan sanubari 😓.
"This man arrived quite late, and we had run out of meals to give. We apologised but he said okay, and went to a nearby bench to drink his water. ..."
lapar nyer lah pemuda tu kan.
hingga makan gula saje. nak bagi manis lidah agaknya kan. aduhai...
adakah dia seorang saje?
atau ada anak-anak di satu tempat?
dia hadir di situ mungkin bukan utk sebekas makanan, ambil bagi pihak isteri & anak. mungkin, kan?
dlm pada dia mengunyah sepaket gula di tepi bench tu, mungkin dia sedang berfikir, "apa la makanan aku nak bwk balik utk famili ni?".
mungkin ye, kan?
suka image 👆. sumber dari link di image ye.
saya ni byk follow page fb berkaitan perkara sebegini.
saya punyai ramai sahabat yg mewujudkan & menyertai beberapa yayasan / persatuan / pertubuhan berunsurkan 'Feed the Need' di Malaysia & luar negara.
sekadar utk mengingatkan diri sendiri agar bersyukurlah dgn apa yg saya ada.
jgn asyik komplen ajer!
alhamdulillah...
sesekali, saya transfer kan amaun yg kecil utk disumbangkan.
nak la jugak ada 'saham' kat situ kan. nak beri byk, kurang kemampuan 😅.
skit sebyk saya nak share on cara bagaimana kita boleh bantu golongan yg tak mampu berkemampuan sebegini. ilmu hasil dari kawan-kawan juga :
PERTAMA
sumbangkan sesuatu yg kecil. apakah sesuatu itu?
- wang ringgit.
- makanan (bahan mentah atau yg da siap).
- pakaian (yg masih elok. sebaiknya, pakaian baru la).
- keperluan asas (diapers, tilam, bantal, bahan bacaan kanak-kanak).
sumbangan kita ni, kita serahkan kpd yayasan / persatuan / pertubuhan berunsurkan 'Feed the Need' ni.
tau la mereka menyampaikannya kpd yg memerlukan.
seringkali kalau saya ke pasar mlm atau uptown downtown dan sewaktu dgnnya, akan ada wakil-wakil minta derma bagi pembangunan masjid, sekolah agama dan tahfiz.
saya akan hulurkan duit kecil kpd anak-anak bertiga, masing-masing masukkanlah sendiri duit tu kpd mereka.
kecil amaunnya. tapi, serasa saya itu adalah penting bagi ajar mereka cara menderma.
so, kiranya ada kehadiran tabung-tabung derma sedemikian, diorang sendiri akan minta saya duit.
alhamdulillah...
KEDUA
luangkan masa dan jadilah sukarelawan.
ini adalah yg paling best di mana kita boleh menyerahkannya secara direct kpd mereka.
bukan sekadar sukarelawan yg menyerahkan brg-brg atau makanan, sekiranya kita ada kemahiran dlm certain perkara, kita boleh sumbangkan :
- guntingkan rambut para gelandangan (ini ada da yg buat tau, saya lihat dokumentari di Astro).
- facial muka.
- merawat kesan-kesan luka (terutama kanak-kanak).
- ceramah motivasi (ni bukanlah ceramah yg formal, dlm keadaan santai dan tidak formal).
dgn cara ini, mereka akan rasa kita-kita ni dekat dgn mereka. sentuhan fizikal kita yg lembut tu akan meresap ke dlm hati mereka, in shaa Allah.
mereka akan berasa tidak terasing oleh masyarakat.
dan ini mungkin titik permulaan mereka akan mengakhiri episod hitam diri mereka.
KETIGA
membantu secara individu. ini adalah dgn cara kita direct dgn org tersebut.
luang masa utk mencari. mungkin boleh minta data dari sekolah anak-anak kita. ini pada saya cara paling mudah. kita bantu kawan anak kita.
kiranya di kawasan kita memang wujud golongan miskin yg amat memerlukan, tak salah kiranya kita menghulurkan apa patut secara direct ke tgn mereka.
lawatan secara berkala, sebulan sekali ke kan.
kita boleh bantu mereka dgn cara membawa ke pusat zakat atau JKM utk memohon bantuan.
kadang-kadang mereka tidak tahu cara dan hala tuju utk menyelesaikan masalah mereka.
akhirnya, mereka duduk di satu sudut dan membiarkan kesusahan dan kemiskinan membelenggu mereka.
kasihan la kpd anak-anak kecil (sekiranya ada). tidak diberi pendidikan yg sewajarnya dan makanan yg sihat utk kesihatan, kan.
KEEMPAT
libatkan diri dlm mewujudkan yayasan / persatuan / pertubuhan berunsurkan 'Feed the Need'.
kita cari satu tempat yg kita nak bantu. tak semestinya berskala besar, kan.
tak semestinya di bandar-bandar saje. mungkin di kawasan luar bandar.
kita wujudkan satu kawasan utk para gelandangan berteduh ketika mlm hari, agar dpt melelapkan mata dgn lena.
kita berkempen dari kampung ke kampung agar setiap org yg berkemampuan dtg menghulurkan bantuan.
sbg contoh, baru-baru ni, ALMA96 (Alumni Matriks UIA 1996) telah ditubuhkan.
ni adalah inisiatif batch saya yg bersama memulakan pengajian di Matrikulasi UIA 1996 dan graduate UIA pada tahun 2002.
matlamat ALMA96 is ke arah kerja-kerja kebajikan. in shaa Allah.
KELIMA
kalau kita ni seorang majikan kepada sesuatu perusahaan, kita berikanlah peluang pekerjaan kepada mereka yg sesuai.
pada saya, takkan selama-lamanya mereka ni hidup di atas bantuan dan belas kasihan org ramai.
mereka juga harus berusaha utk keluar dari kemelut kemiskinan, kan.
semangat utk berubah tu harus dtg dari dlm diri sendiri. dgn ikhlas dan penuh keberanian.
berikanlah gaji / upah yg setimpal agar ia mencukupi utk mereka.
mudah, kan?
heh! tak mudah la, aida oii...
kita ni bukan sentiasa berduit, ada masa terluang, ada sumber nak wujudkan group kebajikan, ...
tapi tu la, setiap sesuatu tu mesti ada titik permulaan, kan?
masih tak terlambat. in shaa Allah.
di setiap sen kita tu, ada milik org lain...
😌😌😌
22 Comments
Great sharing indeed! betul tu, kadang2 even kita sumbangkan Rm5 atau Rm10 pon mmg dh boleh membantu mereka yg memerlukan. qeela pon ada follow several yg untuk dlm dan juga mostly unt di Gaza / Syria etc, dah lama jugak. Teringin jugak nak jd sukarelawan dan follow group2 ke sana tp for now tak mampu lg unt bantuan sedemikian sbb anak2 of courselah plg utama, mereka still kecil dan lebih memerlukan sy disini. Apapun moga semua group2 sebegini dipermudahkan urusan mereka dalam menjalankan segala misi & program bantuan 😊
ReplyDeleteNice sharing Aida. We need to give back to society right? Sikit atau banyak kita sumbang ikut kemampuan.
ReplyDeleteKita 1 batch tau, ex-iiu. Sy budak econs, tapi tercampak ke nusaibah :)
wow! excited to know u more!!!
DeleteGood sharing Aida..SA pun selalu buat macam aida..ajar anak2 hulurkan bantuan kalau nampak pengemis atau wakil2 mintak derma kat pasar malam..pernah makan kat kedai mamak..ada gelandangan tiba2 mintak makan..mamak tu halau..SA marah semula mamak tu..panggil pakcik tu suruh duduk kat meja kosong..orderkan makanan dan air...SA bayarkan..adakala..rezeki kita ada bahagian org lain juga kan...mereka pun manusia..perlukan pertolongan...
ReplyDeleteNice sharing !! Untuk mulakan langkah pertama itu yang selalu teragak-agak tapi bila dah mula, alhamdulillah semoga ia mampu menjadi habit yang baik untuk kita
ReplyDeleteYa Allah. Makan gula :( Kesiannya. Kita bersyukur masih lagi dikurniakan Allah rezeki nak makan everyday. Ada yang lagi susah dari kita. Sedihnya, menitik air mata baca. Gula makan mana la nak kenyang :(
ReplyDeletekan...
Deletesedih la kalu la kita yg tgk dia ngap gula tu.
sure menitik air mata tgk dia.
aduhai.
kita ni susah. rupanya da lagi org yg sgt susah!!!
nak makan pun ya Allah, susah nyer...
Masa zaman kolej dulu selalu jugak jd sukarelawan tapi lately ni mcm dah kurang...muhasabah diri bila baca kisah pemuda tuu...kita makan sampai tersandor...org lain kat pelusuk sana takde pape utk makan
ReplyDeleteAmni tak boleh baca kisah2 macam ni.sedih hati tisu sangat ni.dunia dah semakin nazak kan.ramai semakin susah dan semakin kaya lupa diri pun ramai.
ReplyDeleteYa betul tu. Mouse mommy jugak sokong CSR brands dan syarikat selalu, promoting giving back to the community.
ReplyDeleteBaca jugak kisah tu di Facebook. Rasa simpati betul. Alhamdulillah ada platform yg kita boleh salurkan sumbangan mcm nie. Semoga sedikit sebanyak dpt membantu golongan2 gelandangan nie daripada kelaparan. Patut ada lebih banyak lagi pltform sebegini
ReplyDeletealahaiii kesiannya tgk pakcik tu. everytime kalau baca post mcmni confirm ada bg kesedaran utk sentiasa bersyukur. thank you for sharing <3
ReplyDeleteMmg sesih bila tgk org2 susah mcm ni.. liez bantu je la termampu.. tapi memang klau nak bg bantuan beri duit dan makanan sebab dua2 tu mmg penting utk mereka
ReplyDeleteAM rasa sebak bila tgk situasi tak sampai hati.. d saat rasa kita susah, ada rupanya insan yg lebih susah namun masih bersyukur dan berusaha utk mencari sesuap nasi.. moga setiap insan diberikan hati yg baik dan sanggup membantu permudahkan kesulitan insan lain.. insyaallah
ReplyDeleteAwesome deeds! Memang nak kena tolong orang yang memerlukan....cuma kita harap agar..bukan sahaja memberi makan, kalau pihak berkenaan dapat membantu mereka dalam hal mencari pekerjaan, tambahkan skill. Bak kata pepatah, 'GIVE A MAN A FISH, HE'LL EAT FOR A DAY; TEACH A MAN TO FISH AND HE'LL EAT FOR A LIFETIME'
ReplyDeleteKadang-kadang teringin juga nak turun padang buat kerja-kerja charity mcm ni, InsyaÁllah setiap manusia itu Allah berikan rezeki, yg susah di bantu bagi meringankan bebanannya.. InsyaÁLlah Allah juga akan meringankan masalah kita :)
ReplyDeleteBetul sangat perkongsian Aida nie.. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.. TQ for sharing this Aida..
ReplyDeleteJangan tunggu orang dah ramai join baru nak join...tgok gambah bawah tu..coins korang beranak tak henti2..
ReplyDeleteKalau minat buat wowapp daftar je tekan link bawah ni..xpayah modal..tapi memang best seminggu sekali duit masuk bank..
https://www.wowapp.com/w/arilcp/Aril-CP
Betul sis. Mama saya pun selalu ajar untuk memberi, supaya lebih murah rezeki. Rezeki tu kena kongsi.
ReplyDeletepengkongsian yang bagus ni, betul apa yang di katakan tu aida insyaAllah kalau peluang nak juga bantu golongan yang memerlukannya
ReplyDeleteA great sharing. Sarie nak kena muhasabah diri lebih lagi ni supaya dapat memberi bantuan walaupun kecil. Nak jadi sukarelawan macam tak sampai lagi serunya. mungkin boleh menyumbang dalam bentuk yang lain.
ReplyDeleteZumal pernah lalui dugaan2 macam kat atas tu, ada yang sudi menghulurkan tangan ringankan beban. Alhamdulillah. Maybe bila zumal dah mampu, zumal pun nak membantu yang lain.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.