assalamualaikum...
good morning korang 😊.
what a lovely morning. cuaca yg sgt cantik. alhamdulillah...
bakal kering cantik la baju-baju di ampaian.
saya sgt la rimas kalau baju yg di sidai tu, kering tapi lembab-lembab aje tau.
hari ni in shaa Allah nak goreng ayam & sambal sotong.
nak cari sayur tghari nanti kat kedai. kacang panjang ke, kangkung ke,...
mr.asben tak boleh makan nasi tanpa sayur / ulam 😅. wajib ada.
orait, pagi ni nak share pasal satu kedai makan hot & viral di Ipoh.
kami singgah sini sewaktu on the way balik ke Melaka, dari Cameron Highlands ari tu.
turun ke arah Sg. Pulai, terus ke Ipoh mencari kedai makan ni.
tak susah pun. ikut aje arahan google maps 👍.
dari awal-awal lagi memang da ajak mr.asben utk singgah sini utk lunch.
nasi dgn kuah banjir 😋.
ayam merah, timun, bendi & telur asin.
ada sambal kelapa penyedap rasa.
rasanya mint mint skit. ni la sambal kelapa resepi rahsia kedai makan ni.
saya sampai jer dlm jam 12 tghari, da beratur panjang!
so, korang boleh la imagine sendiri betapa penuhnya org yg makan di situ jugak. full house!
kita tgh makan, ada pelanggan baru dtg yg menunggu di tepi meja. mcm tak selesa, kan?
dan kita pun kena reti bahasa la kot, takkan nak makan santai-santai.
kena segera. kesian kat pelanggan baru yg nak makan tu lah.
so, saya decided utk tidak makan di situ lah. bungkus saje. lagipun time tu, anak-anak tgh tido dlm kereta.
malas plak nak kejut diorang dari dengkuran hi hi hi hi...
alang-alang da sampai, saya bertahan jugak la beratur lebih kurang 30 minit.
dan selepas 30 minit saya beratur, toleh belakang, line masih tetap panjang. wow!
amazing penangan nasi ganja ipoh ni.
beratur aida... jgn potong barisan 😅.
org Melayu, Cina dan India... semua bangsa la join beratur...
kedai makan nasi kandar ayam merah ni sebenarnya terletak dlm satu restoran cina, Yong Suan Coffee Shop.
nasi kandar ayam merah ni di depan kedai tau.
so kalau nak makan, mesti nak minum air, kan? so Yong Suan Coffee Shop tu jual air la.
coffee shop ni adalah seperti restoran cina lama, kerusinya, mejanya, kaunter bayarannya...
kat Melaka masih byk chinese coffee shop sebegini.
yeszaaaa... nak sampai dah. excited!!!
ramai time tghari ni. semua lapar nasi kandar 😅.
Sumber : Utusan Online
ayam merah panas-panas!!!
ok. pendapat saya tentang ke'ganja'an Nasi Kandar Ayam Merah ni?
hmmmmm... biasa saje. cuba menggali dan gali dlm sebungkus nasi tu.
mencari kelainannya hingga digelar 'nasi ganja'. tak berjumpa... biasa saje.
adakah mungkin kerana saya bukan peminat tegar nasi kandar? 😅 mungkin lah...
lain lidah, lain deria rasanya.
mungkin deria rasa lidah saya da melekat dgn sambal, asam pedas, masak lemak hi hi hi hi...
but... but... memang sedap la. tak rugi kami spend RM6.50 sebungkus.
nasi lembut dan byk plak tu. kuah pekat. ayam masak elok, tak kering. bendi pun sedap krup krap bila gigit. sambal kelapa tu memang sedap.
kami berlima sekeluarga lepak di pondok R&R makan. releks aje. takde org dok tunggu tepi pondok 😆.
air suam jadi pembasah tekak. lepas tu baru la gi beli air kat R&R.
tak susah, cari jer dlm google maps. ada jer tu.
adakah saya akan dtg ke sini lagi?
yes definitely. in shaa Allah. tapi akan elak waktu antara 12 tghari dan ke atas la.
cuba sampai pagi skit. waktu operasinya dari pagi jam 8 kot kalau tak silap. boleh la sarapan kat sini.
sarapan kan like a king. apa la salah nyer sesekali sarapan nasi kandar.
😉 👌
34 Comments
Wah menariknya.. kebetulan mama baknke Ipoh kalau karat beratur nanti mama.terjah
ReplyDeleteamboi...panjangnya barisan tuuu
ReplyDeletelastyear pi ipoh tk sempat singgah sini..nanti pi ipoh lg..nk try la
ReplyDeleteKalau dah beratu memanjang cam nak beli tiket bola , confirm2 laa nasi ganja nih terbaik . Kalau org luar lalu lalang pun automatik akan ikuf beratur & rasa sendiri nasi ganja ni .
ReplyDeleteDi perlis tempat CCL juga ada satu tempat NASI GANJA REPOH .kalau singgah perlis jom lah cuba
kiotrang makan ddk kedai berhampiran nasi ganja..mereka pun boleh tlg belikan rupanya hehe.
ReplyDeletemak ai ramainya, memang sedap teruk lani
ReplyDeleteUiksss..sedapnyaaa..mesti sedap namatey sebab ramai beratur tu. Ya Allah temptingnya semua gambar makanan ni hahah stress rasa..sedapnya..
ReplyDeleteya ampun kemain panjangnya beratur, kalau kita tuh memang taklah kan. kurus kaki kite dibuatnya ni. nampak sedapp tuhhh
ReplyDeleteSA suka nasi kandar!! tp yg ni x pernah rasa or makan lagi..selalu makan nasi kandar line clear atau sitthique kat KL ..terus lapar la
ReplyDeleteTak pernah try lagi. Suami macam dah tak lalu nak makan makanan mamak ni. Memang dengar nasi ganja ni glamour kat Ipoh. Tak sangka kena beratur panjang macam ni....
ReplyDeleteteringin gila nak sampai ipoh. ramai kata nasi ganja ni wajib rasa kalau datang ipoh. tapi entahla bila sampai
ReplyDeleteSama lah kita.. . Beratur pepanjang tapi bungkus jer
ReplyDeleteTingin nak makan sana cuma risau anak ngamok sebelum tamat tempoh menghayati nasi ganja!
Tak pe... Janji dpt rasa. Ayat sedapkan hati. Hehee
Panjangnya barisan..kalau ciktie tu mau fikir sekali lagi nak dapatkannya hikhik. Apapun memang femous nasi ganja tu
ReplyDeleteMak aih! Panjangnya beratur. Penangan nasi ganja! Nasi kandar ni best kalau kuah yang dicampur-campur tu kena kacuknya 😊
ReplyDeleteErr, saya pun macam Aida.
ReplyDeletePuas hati kalau kain baju kering rangup di ampaian 😃
Dah pernah try dulu mmg sedap esp ayam dia!! Tapi dia punya beratur allahu sisturrrr insaf hahaha
ReplyDeleteUihhh panjang gila orang beratur ya? Sis pernah dengar pasal nasi ganja ni, tapi tak pernah lah cuba, niat hati memang nak merasa juga, nak tahu kenapa orang panggil nasi ganja dan nak rasa kesedapan dia
ReplyDeleteWhoa!!!!tak sanggup nak beratur walau i teringin nak makan. Gosh! tengok you punya gambar terus I nak cari curry for lunch.Syiok buat bisnes laku camni.
ReplyDeleteWah beratur panjang nampak. Sure sedap ni nasi ganja. Nampak gayanya Ika kena cuba la ! Rugi tak cuba ni.
ReplyDeleteThe queue really long. If hungry sure fainted when wait. Want to try the Nasi Ganja and see how it taste.
ReplyDeleteharitu nad jalan2 ipoh, nak makan nasi ganaj ni, sekali check out hotel terus lupa..hahaa..sebab anak meragam, kitaorang nak pergi satu tempat tu..haha..adehla..
ReplyDeleteYa Allah sedapnya nampak nasi kandar dia, beratur pun panjang benar. Sedap ni..pergi Ipoh aritu tak keluar pulak review pasal kedai ni, ke saya yang tak perasan? Hurm..kalau tak boleh try sekali..
ReplyDeleteRasa macam pernah pergi Nasi Ganja Ipoh ni tapi dah lama la tahun 2015 dulu. And yes, rasa macam takdelah wow sangat huhu, ke Nad yang tak jumpa wow dia katmana. Pernah pergi sekali je..
ReplyDeleteTeringin AM nak makan nasi ganja ipoh nie.. ramai cakap sedap.. tapi tgk dlm gambar kuah kari dia nampak cam kick betul.. huaaawaa.. nak nasi ganja ipoh!!!
ReplyDeleteSetiap kali lalu kat nasi ganja nie emmang berbaris orang bertatur.. sepanjang-panjangnya.. Tak pernah puus.. Tu yang Sha tak berjaya cuba.. kikiki..
ReplyDeletePanjang2 th mesti sebab sedap kan...saya tak pernah lagi rasa nasi kandar ni kat ipoh..maybe sebab duduk di penang da bersepah nasi kandar sekali sekala keluar dari penang mmg x cari nsi kandar...hahahha
ReplyDeletePergh, tengok gambar pun boleh terluir. Tapi part nak beratur tu kena banyak bersabar, better datang awal atau lewat sikit kan.
ReplyDeleteNasi ganja erk.. mmg sedap.. klu pekena nasi kandaq pekan lama lagi umpppp
ReplyDeleteWalaupun kita ni asal dari ipoh, dan sememangnya mak abah duduk sana, selama jadi orang ipoh tak pernah makan nasi ganja. Haha
ReplyDeleteDok dengar je la orang luar dok bercerita pasal kehebatan nasi ganja ni.
Mungkin kita tak berapa minat nasi yang dah dilonggokkan dengan lauk, then penuh dengan kuah.
Tu yang tak terpergi cari nasi ganja tu.
Then yang buat orang panggil nasi ganja, sebab bila makan nanti jadi ketagih. Hehe
Ketagih nak makan lagi nasi tu.
Macam best je makan kat sini. Tapi ramainya umat masyaAllah. Rawlins pula jenis tak suka nak berebut tapi teringin nak try la makanan viral nie
ReplyDeleteHehe nasi vanggey me ni? Kami org ipoh pun jarang dapat merasa. Sebab beratoq pandang. Ada cawangan Shah Alam ni. Masa memula buka, kami sekeluarg dah serbu. Sampai meriah Jari makan ayam tu. Sedap sangat. Wajib la Cuba. Dah Cuba baru tau Nak lg ke tak kan. Hehe
ReplyDeleteKak aida! Kita sama la.. For me pun biasa je nasi ganja ni 😂 tapi kewujudan kedai ni dh lama tu yg ada pelanggan tetap agaknya ya
ReplyDeleteFuyyo... panjang betul que tu ya bertabah ajelah kalau nak mencuba tu.
ReplyDeleteBila baca reviews Aida gali dan menggali dimana ganjanya senyum sensorang Mrs. A dibuatnya. Ialah selera setiap orang tu berbeza sama jugalah dengan Mrs. A duk viral kata coconut shake Klebang sedap giler tapi bagi Mrs. A biasa-biasa juga
susah tau nak cari nasi kandar kuah kari pekat macam ni! Mungkin sebab tu kot ramai yang beratur panjang. Nak cari jugak lah nanti kalau ke Ipoh!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.