assalamualaikum 😌

Review Wayang | Pulang : Setia Hingga Hujung Nyawa

Review Wayang | Pulang : Setia Hingga Hujung Nyawa

alhamdulillah. kali kedua menonton filem Pulang, barulah dpt feel...
basah pipi ku 😥 di babak-babak terakhir. aduhai. sungguh menarik filem ni.
tontonan seisi keluarga.
indah jalan ceritanya, seindah sinematografinya... kata-kata yg diungkapkap, elok susunannya.

mlm tadi, buka kali pertama... x dpt nak concentrate! Izzat amat tidak beri kerjasama 😅.
pagi ni, selesai saje urusan check up kak Nurin di hospital, sambil melihat baju, tontonan kali kedua yg aman & damai. 
alhamdulillah.
naskhah yg hebat dari tuan director, Kabir Bhatia, as always...

Review Wayang | Pulang : Setia Hingga Hujung Nyawa

Review Wayang | Pulang : Setia Hingga Hujung Nyawa

cinta pandang pertama antara Othman dan Che Thom.
berjanji setia sehidup semati. melahirkan seorang anak lelaki, Omar.
demi untuk memberikan kesenangan kpd anak & isteri, Othman membuat keputusan utk menjadi kelasi laut.
merantau... mencari rezeki... menghadiahkan kemewahan kpd Che Thom.

2 kali kehilangan Othman, menjadikan Che Thom sgt serik menanti 'kepulangan' Othman.
sukar bagi Che Thom utk mengizinkan kepergian Othman.
namun, demi hidup yg lebih senang... keyakinan yg tinggi terhadap suami, Che Thom relakan.
poskad menjadi pengganti diri Othman dgn anak & isteri.
kiriman demi kiriman penjadi pengubat rindu...

Review Wayang | Pulang : Setia Hingga Hujung Nyawa

tak mudah dok di perantauan.
Othman melalui semuanya dgn sabar. tahan kerinduan dlm hati terhadap Che Thom & Omar.
"aku ingin pulang...."
namun, apa yg diinginkan Othman, belum berhasil. kesenangan yg dijanjikan...

aduhai... filem ni sgt elok sususannya. sehingga kita menanti, apa sebenarnya yg membuatkan Othman tak balik ke Serkam?
kenapa dia menahan rindu?
masih tidak cukup kah simpanannya?
terasa geram jugak bila difikirkan! misteri!

at the end, baru la disingkap kisah sebenarnya, "tidak ada tempat utk ku di sana, Omar..."
Othman pernah pulang. pulang tepat di waktu yg tidak sesuai.
di sangka Che Thom telah mendapatkan penggantinya yg lebih kaya.
Othman pergi membawa diri...
tanpa bertanya khabar. tanpa meninggalkan pesan. tanpa bersua muka dgn Che Thom & Omar.
memendam rasa dlm hati hingga ke akhirnya...
kegagalan komunikasi yg kompleks antara sepasang hati yg saling mencintai.
perasaan yg tidak diluahkan bertahun-tahun lamanya.
meninggalkan. menyepi. mananggung rindu yg berat dlm hati 😔.
mujur lah Omar gigih mencari ayahnya. setiap inci pertemuan, ditulis rapi di dalam jurnal.
disusuli dgn Ahmad. pencarian yg diamanahkan oleh neneknya, "... kalau sudah tiada, di mana kuburnya...".

penantian Che Thom bertahun-tahun lamanya. setia menunggu... 
rindunya, Allah saje yg Maha Tahu.
seksanya... Allah jua yg Maha Memahami.
di akhir hayat Othman, betapa kesalnya dia. kerana dia perpisahan tu berlaku...
namun, Che Thom berasa lega setelah tahu bahawa Othman 'pernah' pulang.

Review Wayang | Pulang : Setia Hingga Hujung Nyawa
Berita Harian Online

kisah benar. memang minat saya la menonton kisah sebegini.
menyelami hati dan sanubari individu-individu yg benar-benar melalui semua itu. Allahu Akbar...

Remy Ishak tak pernah gagal dlm watak yg dibawanya.
setiap kali, dia pasti berjaya. tak terasa Remy Ishak di kaca tv. yg dipaparkan hanyalah Othman.

bagi saya, cerita ni boleh ditonton berulang kali.
setanding cerita Titanic. atau Khabi Kushi Khabi Gham...
ceritanya mampu buat kita berfikir dan menilai semula, berfikir sekali lagi... hingga ke penghujung cerita.
jalan cerita yg tidak boring. penuh dgn emosi...
latar belakang yg sgt cantik. laut... kapal... pantai... wow 😍.
p/s : belum tonton Pulang? wajib!
tu jer la sharing caring saya ptg ni.
masih tak boleh move on dgn Pulang. masih lagi teringat-ingat... terngiang-ngiang di minda nih.
😉