assalamualaikum 😊
selamat pagi semua.
hari ni, saya nak share sesuatu ilmu baru yg saya dpt dari anak-anak.
minggu ni, Syuhada exam PKSR 2 (part 1). 
maka, seperti biasa saya akan ulangkaji bersama Syuhada setiap subjek page by page.
proses belajar bersama, style berdialog dan berbincang...
saya dapati cara ni berkesan la utk anakanda kedua saya ni, Syuhada. 

utk subjek TMK.
saya selak-selak la buku teks skola. terus saya kata kat Syuhada, "aah, simple jer ni, adik. boleh score A lah". Syuhada just tersenyum simpul tanpa kata-kata.
yes korang. nampak simple. nampak mcm mudah je bila kita tgk tajuk-tajuk besarnya.
hmmm bila kita baca page by page, tak la semudah yg saya sangka.

why? because got few words yg buat saya speechless. those words in Bahasa Melayu.
in which, saya rasa sgt beri ilmu baru pada saya. selama ni saya tahu ia dlm English.
then, got few tips yg selama ni saya tak tahu 😅.
korang mungkin tahu la kot. saya ni hah baru jer dpt ilmu baru. nampak simple, but so meaningful.
ulangkaji dgn Syuhada jadi menarik because on the spot terus saya apply 👇👇 kat phone.
apakah yg nak dimaksudkan dlm buku teks tu, Syuhada jelas bila saya buat benda tu kat phone.
and this akan beri manfaat pada dia jugak in the future.

Teknologi Maklumat & Komunikasi Darjah 5 | Mencari Maklumat Dengan Enjin Gelintar

enjin gelintar = (enjin carian) sebuah dapatan kembali maklumat direka untuk membantu mencari maklumat yang tersimpan dalam sistem komputer. enjin carian membantu untuk memendekkan waktu untk mencari maklumat dan jumlah maklumat yang perlu dirujuk, semacam teknik lain untuk mengurus penyaratan maklumat.
                                                                                                                 (sumber : Wikipedia)

contohnya is obvious lah is cik Google.
then, terdapat pula 3 jenis carian agar carian kita tu lebih tepat dan cepat:
  1. pencarian Boolean - penggunaan "AND" dan "OR"
  2. pencarian berfrasa - penggunaan tanda petik (" ")
  3. pencarian berasaskan simbol - penggunaan simbol asterik (*)


Teknologi Maklumat & Komunikasi Darjah 5 | Mencari Maklumat Dengan Enjin Gelintar

korang cuba try guna 👆👆 and korang akan dpt tahu betapa lebih mudahnya carian kita nanti.
and this is so helpful utk saya yg sedang buat assignments now.
takde la carian saya tu jadik begitu random.
more specific and more accurate. paling penting, lebih cepat! 👍
and this is sgt bagus bagi anak-anak. amazing! 😍
because, kak Nurin da start guna carian di internet dlm pelajaran dia di skola.
weekends, always dia akan inform saya utk cari itu dan ini utk complete kan homeworks dia.
di skola pun, mereka bebas utk ke makmal komputer menggunakan kemudahan carian internet.

sesungguhnya, kita belajar dari anak-anak.
kita tambah ilmu dari kotak ilmu mereka. ilmu tu kan berkembang dari sehari ke sehari.
tak semua yg kita dah tahu akan selamanya begitu. ia berubah. ia menjadi lebih baik.
ia menjadikan saya sgt berminat utk baca buku TMK Syuhada secara detail tau 😆 hi hi hi hi...
and, seperti biasa, semoga sharing saya ni beri manfaat kpd korang ye.
sharing is caring, kan...