assalamualaikum korang.
salam sejahtera...
apa khabar ari ni? moga semua sihat sejahtera la hendaknya...
dah pun di akhir minggu. alhamdulillah...
hari ni hah baru sempat nak update blog hi hi hi hi...
hampir seminggu... or 2 minggu ekk tak update?! 

selepas je cuti panjang deepavali ari tu, saya demam hu hu hu...
tak ke mana-mana pun. hanya gi rumah baru dan berkemas, menebas rumput dan lalang di laman.
hmmmm tu penyebab nyer kot, kan?
4-5 hari jugak la diri ni tak berfungsi. kebetulan, kak Nurin pun sama-sama tak sihat weekend yg berikutnya tu.
hadoi lah... anak-beranak berjemaah menelan ubat...

then, baik je demam, terus prepare utk presentation assignment pagi semlm.
alhamdulillah. sukses. dpt la present dgn tenang dan penuh persediaan.
dpt lecturer level professor, korang tau lah betapa tingginya expectation diorang.
settle je presentation, hadap plak soalan-soalan lecturer yg amatlah tidak dijangka.
sesungguhnya, ilmu Prof amat luas dan pengalamannya dlm bidang dia amatlah byk.
side mana pun, kita tahu ke kita tak tahu ke, semua dlm genggaman dia...

pagi ni, lepas subuh, terus ngadap laptop, proceed draft writings plak.
hu hu hu hu bahan berlambak. cuma tak tau yg mana sesuai, yg mana patut.
nak construct ayat sendiri. mencari kes-kes mahkamah yg relevan utk support findings...
ni hah baru ada masa santai nak update blog kecik ni... rindu!!!
then ptg ni in shaa Allah, tiada aral, mungkin dpt lah blogwalking sejauh termampu 😃.
nak selit la satu citer dlm entry tghari ni... entry sentap...

throwback kisah 1 tghari 2-3 minggu lepas.
nak beli brg, gi la satu mall dedekat rumah ni...
lunch dgn Syuhada berdua di food court. Syuhada nak makan nasi paprik...
Bila Makanan Mahal Tak Cukup Sifat...

aduhai.
sedih la tgk nasi paprik berharga RM6.50 ðŸ‘† kat food court ni 😒.
beberapa ketul ayam, bawang, beberapa batang kacang panjang & carrot. Allahu Akbar!
tadi cuba nak positif. bisik dlm hati sendiri, "ajak syuhada makan kat food court la. ok kot food court sekarang".
hmmmmm walaupun bertukar penjual / tenant di food court tu, hiasan di food court semakin cantik warna-warni... makanan yg semakin mahal tu camtu jugak teruknya.

sayu plak tgk Syuhada yg tgh menyuap nasi paprik ala kadar tu. "aduhai anak. nak aje ibu tinggalkan makanan ni and ajak awak makan kat old town white coffee. mahal la skit, kena tambah 3-4 hinggit, tapi sedap dan cukup sifat hidangannya...".

"sedap ke, dik?".
"boleh la, bu. kuah cair skit...".
tau dah jawapan dia. takkan dia jawab tak sedap punyer lah.
terkenang nasi paprik di food court Giant Bachang. RM4.50 sehinggalah tutup ari tu.
dgn ayam, ada udang skit. sayur nyer plak ada carrot, kacang panjang, bunga kubis. cili padi 2-3 btg. cili merah hiris jadik hiasan.
kuah pekat. sedap!
Giant Bachang dah tutup. so, slowly lah semua tenant bangunan tu, tutup.
termasuklah food court nyer tu. aduhai... dulu kami kerap ke sana khas utk makan situ.
bukan nasi paprik jer, yg lain pun sedap dan murah. ok la kan kalau sepinggan RM4.50.
sepinggan cukup sifat plak tu...
mana la akak tu niaga skang ni. 
bila makanan mahal tak cukup sifat, saya yg tukang byr ni terasa geram.
tapi, tetap anak-anak saya tak pernah komplen. diorang telan jugak dgn penuh rasa berahi 😄.
dpt makan luar pun dah cukup best utk diorang...

bukan saya sorang saje, rasanya semua ibu yg membaca ni prefer masak sendiri, kan.
bahannya byk. anak-anak boleh berulang makan. anak-anak puas makan!
rasanya pun sedap lah kan, cukup rasa.
tapi tu la... kekadang tu kita-kita ni tak sempat dek urusan-urusan harian. termakan di luar.
hadap plak makanan tak cukup sihat gini, haru!!!

ok ok ok ðŸ‘Œ da luahkan perasaan dlm bentuk perkataan, dah legaaa...
hi hi hi bukanlah nak membawang, tapi tu la, luahan perasaan jer skit skit kan 😂hi hi hi...