assalamualaikum 😊
salam dihulur di hari selasa nan indah, time publish entry ni jam 2.45 ptg.
baru je tiba di rumah dari majlis konvo PASTI Izzat. jeling-jeling ada satu entri di draft folder yg layak di publish hi hi hi hi...
1-2 minggu ni, Melaka sepanjang hari cerah dan panas terik, alhamdulillah.
so, it is recommended la utk sesiapa yg nak bercuti di hujung minggu di Melaka ye.
so far, minggu lepas, cuaca amat baik. minggu ni, in shaa Allah...
movie Bisik Pada Langit ni saya tgk 3 kali, tau!
and ketiga-tiga kali tu la, separuh dari time tonton movie ni, hidung saya tersumbat!!!
selsema tetiba. ari mata tak henti bergenang dan mengalir ...
aduhai. bagi saya movie ni sgt sayu, sedih, hiba...
tatkala si ayah meratapi kepergian anak perempuan tunggalnya selama-lamanya.
di saat si ayah membelakangkan anak-anak lelaki yg menjadi tunggak utama kehidupannya.
hati ibu yg tabah dan cekal melayani suami dan anak-anak.
betapa tabahnya si ayah dan ibu di akhirnya menerima yg anak perempuan tunggal mereka telah tiada.
sayang ayah, mengikut kata... sayang ibu, membawa ke syurga. |
kata-kata ni memang pernah saya dgr dulu kala.
ibu ni lemah lembut penuh dgn kasih sayang.
ayah biasanya digambarkan dgn kegarangan, ketegasan dan bengis.
itu mungkin kot terkeluar la kata-kata gitu, "sape yg ikut ckp ayah, dia la yg paling ayah syg".dlm movie ni kebetulan, anak perempuan sorang.
pandai plak tu. manja... peneman si ayah ke sana ke mari. pengarang jantung ayah.
maka, semua dilebihkan kpd anak perempuan nan sorang ni.
si abang... si adik lelaki... diketepikan. dibeza-bezakan.
si abang, dlm movie ni sgt la bagus. mengikut aje rentak si ayah.
tapi si adik lelaki, memberontak!!! dek iri hati dgn si kakak kah? saya rasa tidak gitu.
dia hanya memberontak kerana ayah tidak mempedulikannya. asyik la dgn si kakak.
sedih tonton babak si abang dan si ayah sewaktu ke pejabat kerajaan bagi memohon bantuan percepatkan proses penghantaran jenazah anaknya dari Australia.
time ni la byk nyer saya mengalirkan air mata hingga hidung tersumbat.
melihat watak ayah yg dilakonkan oleh Jalil Hamid, mengingatkan saya pada Abah.
gitulah Abah saya. degil. kata dia aje nak diikutkan. dia aje yg betul.
raut wajah Jalil Hamid pun mengingatkan saya pada Abah yg jauh di KL nun... rinduuuuu bertamu!!!
wajib tonton movie ni 👍.
bukan hanya satu perasaan yg bakal hadir dlm hati dan sanubari kita time menontonnya.
kasih sayang...
rinduuuuu dendam!
marah.
geram!
kecewa.
rendah diri....
jalan ceritanya simple dan mudah difahami semua lapisan umur.
movie utk tontonan seisi keluarga. pelbagai bangsa. semua agama pun boleh tonton.
kasih syg ibu bapa utk anak sememangnya tiada tandingan.
sayang... tapi sometimes cara ditunjukkan dan diluahkan tu berbeza antara anak-anak, kan...
oleh sebab saya memang sedih giler tgk movie ni, saya bagi markah 10/10 😏.
😊
17 Comments
bagus gandingan pelakon2nya...suka lakonan Beto..
ReplyDeletebestnya..nak tgk jgk la
ReplyDeletedah tengok memang best.. sedih gak tengok verita ni...
ReplyDeleteMrs.A pun time tengok citer ni sedih.
ReplyDeleteNangis-nagis juga tapi kena cover malu anak tengok
geram je tengok movie ni sebab ayah dia lebihkan anak perempuan dia sampai terabai anak yang lain.
ReplyDeleteMmg sedih cerita ni Aida.... banjir cinema tau masa kita tengok hari tu hihi.... Suka tengok cerita cerita gini, kisah kekeluargaan, cerita sedih ...best layan
ReplyDeleteBelum tengok lagi bisik pada langit ni.baru tengok iklan nya sahaja di tv
ReplyDeletetengok pelakoh dapat bayangkan karaktor masing2 dan mesti penuh penghayatan
ReplyDeleteHihi mmg meruntun perasan tgk cerita ni kan
ReplyDeleteMemang sedih yang amat cerita ni. Saya tengok kat wayang keluar panggung bengkak mata. Dengan lagu latar yang sudah bikin pilu. Oh tidak!
ReplyDeleteblm tgk lagi..
ReplyDeletememang sedih cerita ni kan.
ReplyDeletememang best cerita nih dan mengundang airmata marah dan geram dengan sikap ayah dia tu, paling terasa bila adik yang lelaki tu balik bawa piala sebab dia menang apatah tapi ayah dia buat tak tau je..sedih sangat rasa
ReplyDeletepsssst !! ada sesuatu untuk anda disini. cepat cepat !!
ReplyDeletehttps://sitiyangmenaip.blogspot.com/2019/01/top-commentators-2018-blog-siti-yang.html
pernah tengok juga, huhuhu memang menangis
ReplyDeleteBaca review Aida pun boleh buat menangis.. hahaha.. Sha dah tengok.. memang meleleh..
ReplyDeleteSedih cerita nih. Rasanya ni filem pertama yang Eyda bawak anak-anak menonton di panggung wayang. Nasib anak-anak nak.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.