assalamualaikum 😌
minggu lepas Izzat kehilangan 2 btg gigi bawah.
3-5 hari sebelum tu, heboh dia dgn gigi-giginya yg dah goyang.
😄 happy semcm bila gigi-gigi goyang gamak nyer hi hi hi hi...
gigi atas Izzat yg missing tu, da gugur lama dah. terjatuh!
until now tak tumbuh lagi gigi baru. masih berdoa agar tumbuh gigi baru.
tak le rongak selamanya hu hu hu hu...
maka, nak la citer pasal gigi-gigi bawah dia yg gugur tu.
yg pertama, gugur tgh mlm. bangun je pagi tu, nak mandi gi skola, sedang elok aje gigi nyer takde!
ibu : eh, mana gigi Ijat?
Izzat : takde dah.
ibu : bila gigi Ijat tercabut? mana gigi Ijat?
Izzat : Ijat bangun. Ijat kencing. gigi da masuk lubang (lubang jamban maksud nyer)...
ibu : iye ke, Jat? nape tak bagi ibu gigi Ijat?
Izzat : ibu nak buat apa gigi Ijat?
ibu : saje je ibu nak tgk dan simpan gigi Ijat.
Izzat : kenapa ibu nak simpan gigi Ijat? (hadoi lah Ijat! byk plak pertanyaan nyer...)
ibu : ibu nak la tgk gigi tu. rosak ke tidak. comel ke tidak.
sebenarnya saya just nak confirm, nak siasat, adakah betul gigi tu tercabut keluar atau dia tertelan ke gigi tu 😅😅.
but, knowing Izzat, dia takkan cerita abis-abis. tak tahu sebenarnya di manakah lokasi gigi itu.
gigi yg kedua tercabut time Izzat di tadika.
itu pun dia tak cerita how it happened. aduhai Izzat.
dia sejenis yg tak suka bercerita if ianya tak penting bagi dia.
kalau bercerita pasal doraemon, ejen ali, upin & ipin, pink panther... tu dia minat. brot bret brot bret dia bercerita 😄.
now pun ada 1-2 gigi yg dah goyang.
besar dah Izzat. gigi pun dah nak bertukar gigi kekal. aduhai baby ibu...
hari ni Izzat start tuisyen membaca Bahasa Melayu & English.
setiap Jumaat. 3 jam.
usaha saya utk Izzat ke arah darjah 1 bulan Januari nanti.
jgn kecam saya sebab anta Izzat tuisyen!!! 😃😅 ada sebabnya. ada alasannya.
kemudian-kemudian saya kongsi cerita.
😉

18 Comments
biasa cpt tumbuh kalo dh tercabut kn...riso juga kot tertelan hehe
ReplyDeleteKalau dah jatuh dalam lubang tu memang tak jumpa dah jawabnya kan
ReplyDeleteBetul...nak pastikan gigi tu betul tercabut kemudian keluar atau tertelan...dulu PC mama babah selalu pasan..kalau gigi goyang..tercabut kat sekolah ke...atau tengah main ke...jangan buang..bungkus bawa balik tunjuk mma bba..bukti..kecuali memang nurse gigi yang buat rawatan di sekolah yang cabut tu ok..mula-mula lucu tapi lama-lama faham.
ReplyDeletebesar dah anak ibu, lepas ni kene rajin2 berus gigi ya
ReplyDeleteHi akak. nanti emel Mai ye, blogmayyjie@gmail.com :)
ReplyDeleteHihi ..... jangan cuba buat onar bila inspektor sahab tgh menyoal siasat jat...
ReplyDeletePelik jugak tu gigi dah tanggal dulu sebelum gigi baru keluar. Mesti terhantuk ke apa tu Aida...
Lama dah meninggalkan dunia gigi goyang, gigi tercabut ni
sha dulu gigi goyang je cabut hahaha maksud sha kalau goyang sampai tahap sikittttt je lgi nak tercabut la, mmg cabut sendiri kemain berani sekarang gigi sakit je nngis hahaha
ReplyDeleteHehe comel jer telatah ijat nih 😁
ReplyDeleteCepat jugak ya gigi Izzat ni gugur, dah besar dahh..
ReplyDeleteAnak-anak akak dulu dah darjah satu ke atas baru meronggak hahahaha...
haha..ijat2..tunggu gg ijat yang baru tumbuh lak..:)
ReplyDeleteHahaha so cute. Nasib baik Ijat tak tanya pasal tooth fairy.
ReplyDeleteheheh sepesen dhia..rongak dah
ReplyDeleteHaha comel jee. Kita pun selalu jugak cek gigi anak buah kita. Dah lama tak jumpa, bila jumpa kena siasat terus berapa gigi dah hilang. Hehe
ReplyDeleteLawak la telatah Ijat ni, kesian mamanya risau 😄
ReplyDeleteAlahai ijat.. comel je jawapannya.. Sha pun hantar Imani tuisyen Aida..
ReplyDeletehahahaha comelnya ijat jawab! Harap betul2 le jatuh dalam lubang jangan dia telan sudah
ReplyDeleteLebih kurang Sama mcm.syafi bukannjenis yg suka bercerita itu ini. Apapun comel sgt izzat xde gigi
ReplyDeleteHahaha.. tak apa tak lama lagi tumbuhlah gigi baru tu ye.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.