assalamualaikum 😌
diberi kesempatan mlm ni utk update blog. alhamdulillah...
hari ni, hari istimewa... sebab tghari tadi lunch sekeluarga meraikan 12th birthday Syuhada.
belated celebration kerana menunggu kak Nurin balik weekend dari asrama.
the date was on 17.1.2019, Khamis lepas.
lokasi kegemaran - The Windmill Station, Bukit Beruang 😍
rainbow cheese cake utk Syuhada. sweet warna & simple deko kek nyer 😍
vvip yg dtg khas utk meraikan birthday Syuhada - Atok & Uwan.
doa selamat by Atok before potong kek 😌.ada surprise by warga The Windmill Station.
saya memang tak request utk dimainkan lagu Happy Birthday. Syuhada da pesan awal2 yg dia segan kalau ada lagu Happy Birthday tu 😄😅. ok la...
tapi, warga The Windmill Station da ternampak kek atas meja kan... diorang tau dah.
once Atok abis baca doa... Syuhada da pegang pisau pemotong kek... terus berkumandang lagu Happy Birthday 😍😍.
tersipu-sipu Syuhada... aduhai... abis jer lagu, satu restoran bertepuk tangan.
alahai darling ibu, Ain Syuhada....
sesuatu yg kecil done by warga The Windmill Station, but it means a lot to us. tq.
lepas tu, terus saya potong-potong kek tu, bahagi-bahagi kan meja sebelah yg berdekatan.
rezeki di kongsi bersama alhamdulillah...
"Adik tolong distribute kan ye kat meja-meja lain..."
pandai Pak Uda amik gambar kakak nyer yg busy upload gambar kat grup wasap family 😄
tq Pak Uda...
mr.asben bagi gambar tgn 👍👍👍 aje hi hi hi hi...
makan dan makan dan makan...
dari jam 12 tghari gitu hinggalah menghampiri jam 2 ptg. alhamdulillah...
dpt menghabiskan semua makanan. sharing sharing 😋.
dah jelas dah makanan di The Windmill Station sgt la best, bagi saya la. puas hati.
mee goreng.
nasi goreng.
lamb chop.
chicken chop.
fish & chips.
burger.
mix grill.
fresh orange juice.
fresh watermelon juice.
fresh pineapple juice.
a cup of coffee for Ibu yg sakit tekak 😅 hi hi hi hi...
semua nyer terbaik 👍👍👍.
sampai jer rumah, barulah saya wefie dgn anak-anak dara di depan rumah, di tgh panas 😄.
moga nanti, kalau panjang umur, next 10 years boleh la join 10yearsChallenge tu ha ha ha ha ha...
tq for reading ❤❤❤
7 Comments
Alhamdulillah.Selamat ulangtahun kelahiran Syuhada..Selamat ulang tahun melahirkan Kak Aida.Moga sentiasa diredhai Allah SWT.
ReplyDeletehepi bestday syuhada..:)
ReplyDeleteHappy birthday Syuhada.. Semoga menjadi anak yang solehah.. Aamiin..
ReplyDeleteHappy Birthday Kakak Syuhada. Selamat menempuh UPSR tahun ni.
ReplyDeletehappy birthday syuhada!! moga jadi anak yg solehah.. aamiin
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Syuhada.
ReplyDeleteMoga rutin harian dipermudahkanNYA.
Kita berkongsi bulan kelahiranlah tapi acik lambat lagi.. hehehe..
Ya allah manisnya warna kek sebab warna pink. Pernah juga potong kek pastu distribute kat meja berdekatan. Hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.