assalamualaikum 😌
selamat pagi. selasa nan indah, alhamdulillah...
tapi tu la, pepagi subuh tadi bangun, tekak da perit!
dari pagi bersin-bersin 😓. ubat da telan, moga tak le melarat hu hu hu...
mlm tadi hampir 2 jam jugak cek broken link di blog kecik ni.
beratus! byk tu nak kena bersihkan. nak memperbaiki pv blog la ni.
most of it adalah link giveaway & segmen blogger. tak kurang juga link profile bloggers yg da tak wujud.
tgh mlm ni nanti nak sambung lagi, hingga takde lagi broken link.
now share la pe saya hadiahkan anak-anak awal thn ni.
da namanya hadiah, so ia bukanlah keperluan pun. hanya kehendak diorang yg saya penuhi.
first, botol air skola tupperware.
sepanjang kakak-kakak skola rendah, sekali saje kak Nurin tertinggal botol air skola tupperware nyer di skola.
hilang.
ghaib.
tak berjumpa langsung di mana-mana ceruk skola the next day.
time kak Nurin darjah 2 kalau tak silap.
then sememangnya kakak-kakak tetap ke skola dgn botol air tupperware. alhamdulillah tak pernah hilang lagi.

Hadiah Memulakan Sessi Persekolahan 2019 | Sepenuh Kasih Sayang
ni la botol-botolnya. sorang satu. Izzat yg kecik je.

kami ke pesta buku popular di MITC. awal disember ari tu.
kebetulan, ada la plak seller buka booth tupperware. and harga yg ditawarkan amat murah!!!
normally sebotol tu, secara berasingan tak beli 1 complete set, RM25.
kalau 3 botol, dah berjumlah RM75. tapi 3 botol saya beli tu, hanya RM58. diorang yg pilih sendiri warna apa yg diorang nak.

yes. yes. ramai kata, tak payah bagi anak-anak pakai tupperware gi skola.
mahal. nanti hilang. gi skola jgn bwk brg berharga sgt... dlm grup wasap pun ada yg da pesan.
tapi tu la. saya rasa selesa dgn tupperware.
plastic tupperware selamat sebab BPA free. warna menarik.

second, jam tangan.
byk dah saya belikan kakak-kakak jam. yg murah-murah jer pun.
hilang!
ghaib!
latest, kak Nurin tak jumpa jam tgn. dikatakan jam tu hilang dlm bilik kat umah ni time cuti skola ari tu.
hairan bin ajaib betul. bolehkan tak berjumpa dlm rumah ni?

nak dijadikan cerita, 1.1.2019, ptg, anta kak Nurin ke asrama.
dah anta dia jer, on the way balik rumah, saya teringat yg dia takde jam tgn mahupun jam loceng!!!
jam loceng nyer dah rosak, asyik la jatuh dari katilnya di tingkat atas masa Form 1 last year.
saya jadik tak keruan mengenangkan anak di asrama tanpa jam!!!
camne dia nak bangun before subuh, mandi pagi.
camne dia nak tau waktu nak gi kelas.
waktu itu... waktu ini...
saya memang hilang punca lah kalau diri sendiri takde jam. hadoi lah...

maka, 2.1.2019 tu terus meluru saya ke Aeon Ayer Keroh carikan jam tgn kak Nurin dan jam loceng.
gi di ruang jual jam.
belek punyer belek, paling murah RM80 seutas jam tgn. hmmmmm...
mcm tak logik! jenama biasa-biasa jer. tak terniat nak beli yg mahal-mahal sgt.
tertarik dgn jam 👇👇👇. belek-belek la seutas. function yg ok ok utk anak-anak. ada alarm setting. date. day. time.
byk warna yg menarik. sederhana besar. RM131 seutas la pulak 😖😖😖.
time nak bagi kat seller tu, mcm tak jadi nak beli, terus adik tu kata, "selepas 50% diskaun, harganya...".
😳 apa dik? 50% diskaun?
ok la dik, kasik akak 2 utas la. sama kaler. on the dot terus teringatkan Syuhada.
hadiah utk kejayaan dia UPKK yg lepas...


Hadiah Memulakan Sessi Persekolahan 2019 | Sepenuh Kasih Sayang
saya pilih tali warna kelabu. muka jam warna pink.
not so gegirl lah kan...

Hadiah Memulakan Sessi Persekolahan 2019 | Sepenuh Kasih Sayang

Hadiah Memulakan Sessi Persekolahan 2019 | Sepenuh Kasih Sayang

kebetulan saya ada vocer Aeon RM30. total byr hanya RM101 utk 2 utas jam tgn anak-anak.
wow! amatlah jimat sekali lagi. alhamdulillah... menepati apa yg saya nak.
ada waranti 1 thn plak tu. ok la...

senyum lebarlah anak-anak dara saya berdua tu dpt jam tgn sorang satu.
pastinya diberikan dgn pesanan, "sila jgn hilangkan lagi. kalau hilang, lepas ni gantung jam loceng kat dada!".

😅     😊😊😊