assalamualaikum ❤❤❤
anak-anak dah tido. mr.asben out-station.
saya sorang je depan tv. mata lom ngantuk... up la satu lagi entri mlm ni.
terasa tetiba nak bercerita tentang salah satu azam 2019.
bahawasanya, antara azam saya thn 2019 ni adalah menjaga jari di laman sosial.
alhamdulillah la sebab saya hanya ada fb & blog. yg lain adalah tidak aktif. tidak berminat utk aktif pun...
so, 1st aktif di blog. 2nd di fb.
facebook. fb. facebook. fb. facebook...
ini adalah satu jaringan persahabatan bagi saya. saya dpt tahu byk tentang kawan-kawan & famili.
saya ada 600+ friends je. tak beribu 😅. tu pun dah ramai.
mostly is kawan-kawan sekerja di jabatan sekarang ni. then kawan-kawan skola & blaja.
jarang jumpa namun kita dekatkan di fb ni, kan 💚.
👇👇👇
bulan lepas, status saya, mendpt kecaman dari seorang kawan. hanya sekali! dan itu dah buat saya sgt serik utk up status lagi berkaitan general info.
status saya biasanya bersifat peribadi di mana saya menyuarakan pendpt.
tak memihak memana pihak. bukan dgn sengaja nak perli kawan-kawan dlm friendlist. no!
saya tak rasa perlu utk berbuat demikian.
kalau ada isu semasa, saya just up status pendpt peribadi. referring to that new rules of law, that new govt policy, berita semasa, video,...
tapi tetiba ada plak sorang ni terasa! perkara general, tapi dia sgt tersentuh. saya sendiri jadi sgt hairan... terkebil-kebil membaca setiap perkataan yg ditaipkan.
habis semua yg komen di status tu dikecamnya 😒. Allahu Akbar. "what is wrong with u?"
habis cacat status saya tu. kawan-kawan lain yg komen, pun terasa kenapa sorang ni over the limit! 2-3 org PM saya dan bertanya, sape si dia ni?
aduhai... jgn dicari ye status tu, saya dah delete pun 😅.
saya tak berkecil hati. even dlm status tu pun saya tak marah-marah. treated him wisely. cuma, agak terkilan.
because perkara sedemikian boleh memusnahkan satu ikatan persahabatan tau kalau la saya mengamuk or tak bersikap rasional. hu hu hu hu hu...
😞😞😞
basically, kita ada pendapat. dia ada pendapat. bila namanya manusia, ada pendapat selagi ada otak, kan.
apa kata kita hormat pandangan / pendapat / buah fikiran org lain dgn apa cara sekalipun.
saya sendiri kekadang tak setuju dgn certain status friends di fb. but i will never komen if komen saya tu bakal bertentangan dgn status mereka. just diam di balik kata-kata.
if status yg saya setuju, yes saya definitely akan komen and support 👍 💪.
because pada saya, fb is fb.
persahabatan kita di alam nyata lebih penting. so nothing serious la status di fb ni kan.
yg paparkan kebahagiaan...
yg paparkan kekayaan...
yg paparkan percintaan...
yg paparkan kejayaan...
kita baca dan skrol jer ke bawah. if relevan, wish tahniah. if relevan, like.
if not, done nothing at all.
terutama bila hal-hal politik, sukan, drama, novel, cuaca hari ni, berita terkini... baca jer, dah la.
jgn rosakkan hati kita, jari kita, minda kita dgn kecam dia, perli dia, marah dia...
blog.
saya suka di sini sebab saya tak terasa memaksa org utk baca.
komen? saya boleh tapis. maka, takkan ada isu la kat blog tentang komen yg negatif. mostly blogger tahu adab, lebih mahir dlm bab jari-jemari di laman sosial 😉.
unknown sources of comments, saya block. selagi tak langgar undang-undang agama dan bertulis kerajaan, i am ok with my words here.
😅
betul la kata nyer, masalah yg dtg dari jari, ikut sgt kata hati. musnah satu relationship!
so, now... saya da menghadkan diri saya di fb. hanya bersosial sederhana.
up status tentang anak-anak jer.
tak la saya nak susahkan diri sendiri dgn menyakiti hari org lain tanpa saya sedar 😌😌😌.
maaf dan maaf dan maaf kpd semua.
kita sama-sama jahil dlm byk benda. sekarang la masa itu kita berubah kpd yg lebih baik.
tiada siapa yg sempurna. terutama saya!
👋👋 bye!
16 Comments
ala susahla jenit butthurt gitu.. CT pun ade juga kawan2 spesis mcm tu. usually ignore je komen diorang then lama sikit delete komen diorang tu. status tu x delete sbb ada jawapan dan perbincangan yg kdg2
ReplyDeletedtgkan ilmu dari kawan2. yang sentap terasa tu biarkan.. tapi sungguh emosi kita pun teganggu gitu..
sabar jeleee..
betul tu aida..saya pun dah malas nak up status apa2 dekat fb tu cuma yg biasa2 je, dulu ada fb lain, tapi ada satu post say atu menyebabkan saya dihentam dan membuatkan orang berkecil hati so saya tutup je akaun tu dan buat yang baru. Raikan saja pendapat orang lain walaupun pendapat mereka bercanggah dengan kita kan, kadang nak up status pun takut sekarang ni takut buat oran terasa hati dengan status saya, lebih suka menulis di blog sebab kebanyakan yang berkunjung ke blog adalah kawan2 alam maya dan bukan kawan di alam nyata agak bebas menulis, saya dulu ada blog lain disebabkan satu entri saya buat family mertua terasa terus saya delete blog tu dan buat blog baru huhuhu...yg sekarang tak tahu la family mertua tahu tak tapi yang pasti biras saya ada follow blog saya tu heheh..jadi kenalah menulis dengan berhemah supaya takde yang sentap lagi
ReplyDeleteaduhai.
Deletemcm2 ekk.
aida serik betul dgn org lain skang.
jari jemari ni da takut nak menaip apa2 yg tak berkaitan diri & anak2.
Sha pernah mengalami situasi Aida ini..
ReplyDeleteSha berkongsi cerita mengenai isteri yang didera dan suami yang tak bertanggungjawab.. Sha tak tuju dekat siapa-siapa pun sekadar meluahkan pendapat di ruangan FB Sha.. Tiba-tiba ada rakan FB yang terasa dan mengecam Sha.. Terkejutlah juga.. Sebab beliau membuka aib beliau sendiri.. Sha ambil pendekatan tidak menjawab komen beliau.. Sebab rakan sekerja.. Malas nak panjangkan cerita.. delete je..
tu la.
Deletekita plak yg terdiam, kan.
demi nak jaga hubungan.
pendam dlm hati jer.
Yaya pun sangat berhati-hati di FB, status sendiri berhati-hati, apatah lagi nak komen status org lain. Komen yang baik-baik saje. Kita tak berkenan scroll down laju2.
ReplyDeletebetul tu setuju sangat,, saya aktif di social media ,, sebab ada side income kat situ,, apa yg klien suruh saya post tapi tengok atas job juga..
ReplyDeleteBagus amal cara mcm ni, komen bila perlu dan diam bila rasa status tu kita tak setuju. Terima kasih hadir kt blog julia ye sis aida beri komen kata2 positif. Terharu baca setiap entry disisip kata2 hebat...baru tahu suami itu hebat bila kita ditimmpa musibah.
ReplyDeletesama2 Ju :)
Deletekadang2 org tak faham kerja blogger.. nk kecam saja. pekakkan telinga je. dlm fb ada 300++ lps remove org2 tak kenal
ReplyDeletekan.
Deletekecam tanpa usul periksa.
tak perlu kecam pun sebenarnya, takde isu.
Moga lepas ni kita berhati2 bermain dengan jari ni dan dijauhkan dari kecaman. Hihi.
ReplyDeletein shaa Allah :)
DeleteAlahhh pejam mata ajelah.. tapi serik juga kalau terkena tu kan. Sebab tu kena tapis² juga. Cuma dekat blog sy tapis banyak hehe
ReplyDeleteDunia serba canggih Ni mmg bahaya. Mama pun berazam nak jaga Hari mama juga lah
ReplyDeleteEh!Samalah kita.. give me five.. hanya aktif di blog dan FB.. dan dua tiga bulan saya dapat memo pasal up satu entry dalam FB. Allahuakbar. Tanpa dipanggil terus dapat memo.
ReplyDeleteKalau perasan dalam blog saya banyak isu perasaan, itu sebenar lebih kepada sindiran mereka di tempat kerja (walau mereka tak baca pun) tapi dari saya luah di FB dan kena lagi..
At d end.. saya remove semua friend dari tempat kerja dan sekarang terasa tenang takde langsung friend dari tempat kerja dalam FB saya.
Satu hari nanti saya akan up dalam blog apakah isunya. Draft dah siap cuma belum nak luahkan.. :( masih panas hati dengan isu tersebut.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.