assalamualaikum 😊
selasa. hari ni adalah hari saya bersendirian di rumah sampai ke ptg.
Izzat skola. Syuhada plak ada kokurikulum (hari ni program merentas desa) hingga jam 5 ptg.
mr.asben ajak lunch sama plak td kat town. ni hah baru tiba rumah. solat.
update blog jap. if tak ngantok 😜 hi hi hi, sambung blogwalking.
baru sempat pilih gambar. kisah throwback 😛.
biasa la. ke mana-mana wajib snap gambo famili, terutama anak-anak.
but kena pilih yg terbaik utk tempek kat blog, kan. selebihnya, masuk hard drive desktop.

nak dijadikan cerita, 30.11.2018 - 2.12.2018 lepas, sempat la bwk anak-anak holiday ke pantai timur negara.
ke kelantan 1 mlm. ke terengganu 1 mlm.
mr.asben ada tugasan di Kota Bharu. cuti skola, kami follow lah.
ambil peluang singgah di Kuala Terengganu, ziarah pak cik yg tidak sihat.
reserve hotel semuanya last minute. nasib baiklah masih available 😀. rezeki anak-anak...

indahnya pantai di persisiran terengganu. bersih. pantai yg putih...
kami takkan lupa singgah merasa sotong & ikan celup tepung 👍. keropok lekor. wajib! bukannya selalu, kan...
makan-makan plak di tepi pantai, terbaik lah. kebetulan, tiba di sini dlm jam 2 ptg.
sedang elok la makan tghari. anak-anak order sorang sepinggan nasi ayam.

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung
sedap. sotongnya tak terlebih goreng dan keras. lembut jer...

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung
garing di luar, moist di dalam. terbaik!

releks releks makan. nothing to rush...
sejak tiba kedai makan, hingga la habis makan, Izzat mengajak-ajak kami ke pantai.
melihatkan cuaca yg tak brape baik, awan tebal mcm nak hujan lebat. angin pun bertiup sgt kuat, pokok-pokok pun melintuk-liuk ditiup angin.
ombak besar plak tu. seram sejuk tengkuk saya melihatnya! 😟
hmmmm tak singgah, tak patut plak kan. dah dekat sgt. tapi keadaan mcm tak mengizinkan.
hmmmm...
"kasik peluang la kat anak-anak lepak tepi pantai. dari sebelum subuh dah dok dlm kereta, kan..."

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung
ke laut wajib bertemankan ayah ye.
ibu seriau tgk kan ombak yg besar tu...

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung
direnungnya laut yg luas terbentang...

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung
masa ni dah mendekati air laut.
saya dah mula melaung, "Izzat... Izzat... Izzat...".
laungan saya dia dgr. tapi tu la, tak berganjak pun dari gigi air tu. hadoi lah...
kak Syuhada dah mendekati.
masa ni jugak la adegan "terjatuh" dan sekelip mata selepas tu baju seluar Izzat pun lencun dek air laut!

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung
nampak tak di belakang tu... nun jauh di tepi laut.
mr.asben pantau dekat Izzat yg sakan bermain air laut hu hu hu hu...


Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

terkenang pula kpd mangsa lemas di pantai Terengganu akhir thn lepas. Allahu Akbar.
sayu hati saya dgn peristiwa sedih tu. sekelip mata ibu ayah kehilangan kesemua anak mereka.
memang tepatlah saya melarang Izzat dari mandi laut masa ni.
ikutkan Izzat, nak aje dia mandi laut tau. ombak setinggi Izzat.
indah...
cantik...
tapi, merbahaya!
dgr berita sedih tu, dpt saya bayangkan anak-anak bertiga tu melambai-lambai utk diselamatkan di antara ombak-ombak yg besar itu 😔😔😔.

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

tak lama kami di situ.
settle je Izzat salin baju, terus kami sambung perjalanan ke Kota Bharu.
nak tiba segera. Izzat nak mandi di swimming pool pula.
kami memang enjoy guna jalan pantai, instead of highway. luas pemandangan. indah kiri kanan.
kalau ada benda / tempat / perkara menarik, boleh je stop.
contohnya, ternampak plak gerai-gerai menjual ketupat sotong 👇👇👇. sgt dah lama saya nak merasa.
akhirnya...

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung
ketupat sotong terengganu.
kata seller tu, berbeza dgn ketupat sotong di kelantan, dari segi manis kuahnya.
kelantan, kuahnya lebih manis.

sedap. lemak-lemak santan tu sgt nyaman.
ketupat cukup masak. tidak terasa hanyir nyer. 4 ekor tu saya je makan sorang 😅.
yg lain tak berminat. rugiiiiii!!!

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung
jam 5 ptg, kami dah pun selamat masuk bilik hotel.
mana lagi, Holiday Villa Kota Bharu la pilihan saya.

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung
waktu buat reservation, memang saya specifically request bilik ni.
bilik luas, 2 katil single dan lantai berkarpet.
kami bwk tilam angin saiz queen. no problem lah bab tidur mlm.

Izzat, Ombak Besar Di Pantai Timur & Celup Tepung

Izzat tak lengah-lengah lagi, terus tukar baju swimming.
aduhai anak. ikutkan hati saya, nak rest je meluruskan badan. seharian dlm kereta.
tapi tu la. holiday kan. bagi Izzat, holiday = swimming pool la 😎.

mlm tu dinner di restoran berdekatan je.
tak dpt nak explore Wakaf Che Yeh dgn anak-anak. hujan lebat selebat-lebatnya!!!!
end of the year, kan. tengkujuh dan pantai timur berpisah tiada.

👌 next entry --> Terengganu with love ❤