assalamualaikum 😀
semlm, 4.1.2019, seharian menghabiskan masa menaip assignments.
sehingga awal pagi tadi, 5.1.2019, hampir jam 5 pagi, selamat print out 2 assignments 💪 😊.
alhamdulillah. legaaaaaaaa...
khamis nanti dah boleh submit. in shaa Allah.
memandangkan semlm tak tido dgn cukup, maka mlm ni wajiblah tidur lena. 
kembali kan tenaga yg telah diambil semlm. agar kekal sihat utk study plak utk exam...

nak bercerita tentang Izzat yg sudah pun naik Darjah 1, tentang hari pertamanya.
baru boleh nak update cerita di blog dgn aman. 
if not, rasa bersalah bila update blog tanpa menyiapkan assignments dulu hu hu hu hu 😅...

pagi pertama.
langkah pertama ke skola pada 1.1.2019. orientasi.
serta sessi taklimat kpd para ibu bapa / penjaga.

sampai je di skola, anak terus masuk ke kelas yg disediakan.
ibu bapa / penjaga ke dewan utk sessi taklimat.

Izzat yg gembira.ada kawan sama-sama di PASTI dulu. 
maka, ok ok jer lah diorang semua bersama 😀.
anak lelaki semua sekelas.
anak perempuan dikumpulkan di kelas yg lain. 
tidak dicampurgaulkan lagi.

7.30 pagi - 9.00 pagi, ibu bapa / penjaga di skola sehingga selesai sessi taklimat.
then, anak-anak ditinggalkan di skola utk sessi orientasi sehingga jam 12.00 tghari.
takde sorang pun yg menangis or buat pe'el. alhamdulillah.
suasana sungguh aman. ibu bapa / penjaga balik dgn senang hati melambai anak-anak.

2.1.2019. hari pertama persekolahan Izzat 😍. excited nyer lah menanti hari ni.
saya hantar Izzat dgn penuh gembira dan aman.
hanya menghantar Izzat di pintu skola. Muallim nyer telah sedia menunggu kehadiran anak-anak.
dia cium tgn saya. saya cium kedua-dua belah pipinya.
"bye bye darling..." kami saling melambai

perhimpunan pagi di hari pertama persekolahan.
pelajar Darjah 3, Darjah 2 dan yg berbaju sukan di sebelah kanan, Pelajar Darjah 1, Izzat & friends.

😆 berkeriut muka Izzat, cuba melihat matahari pagi...
 anak-anak lelaki Darjah 1 masih belum dpt bekalan uniform skola.
maka, terpaksa berpakaian sukan.

tertukar kasut skola!
kejadian ni sgt biasa la time awal-awal persekolahan kan. ibu bapa mahupun guru memang tau dah perkara tertukar kasut ni mesti berlaku ha ha ha ha ha...
ini adalah kejadian pada 1.1.2019. Izzat balik dgn kasut kawan. hadoi lah...
kejadian 2.1.2019 lebih sedih! 😅
balik rumah tanpa kasut, hanya berselipar hu hu hu hu hu 👇👇👇.

alahai darling. berdiri dgn muka kesian.
Muallimah sedang maklumkan saya bahawa kasut skola Izzat tidak dijumpai.

alahai kesian 😀


di manakah kau wahai kasut? 😆😆

hari pertama dah pun ada homework. mewarna bendera Malaysia.
sesungguhnya Izzat tak minat mewarna. tak mcm kakak-kakak dulu kala, sgt suka bila bab mewarna.
as for Izzat, mewarna is not fun!
so, dia sgt lah slow buat homework. sehinggakan memerlukan bantuan Syuhada 😅.
dipaksanya kak Syuhada warnakan separuh homework nyer...
namun, skit jer kak Syuhada dpt bantu. kak Syuhada sendiri ada byk homework nak settle kan.


sampai sini aje yg Izzat larat ha ha ha ha... terus minta susu.

abis sebotol susu ni, baru la Izzat sambung mewarna bendera Malaysia sehingga selesai...

alahai darling Izzat.
Darjah 1, masih num susu guna botol 😅.
sehari kini hanya 3 kali.
pagi, sebelum ke skola.
ptg, balik dari skola.
mlm, sebelum tido... 😌

next entry, nak citer pasal kasut Izzat yg hilang!
3.1.2019, hari kedua persekolahan masih balik berselipar tau.
hadoi lah anak... stress ibu dibuatnya!
😀😀😀