assalamualaikum...

nak throwback kisah kami pada 6.1.2019 lalu. pagi Ahad yg sgt cantik.
mr.asben da ajak kami merasa cendol Kg. Hulu. sememangnya da viral dah 2-3 minggu lepas cendol ni.
ofismet, member skola saya, semua dah merasa makan cendol kat situ.
hmmmmm apa lagi. kami suka hati la.
seawal jam 11 pagi kami da kuar rumah tau. sebab da search google, opening hours nyer start at 12 pm.
tempat da viral ni mesti ramai, kan. hari Ahad la plak tu.

mudah saje nak cari tempat viral ni. 
berjumpa dahulu Masjid Kg. Hulu, di sebelah kanan jalan.
lajak depan skit, akan nampak dgn jelas mural indah 👇👇👇 di sebelah kiri jalan. sila la masuk utk parking kereta, kalau tak penuh la parking lot 😅.

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

tapi kami pada hari tu, tak parking di area 👆👆👆. kami parking jauh skit, berdekatan dgn Masjid Kg. Hulu.
kami berjalan dari tempat parking kereta, menyusuri Sg Melaka ke kedai cendol.
saje je bwk anak-anak meronda.
menghabiskan hari Ahad dgn begitu sihat sekali, berjalan kaki 😄. Izzat memang excited lah sejak dari parking kereta.

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki
eh, mana Izzat? 😳

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki
oh, tu hah. depan skali mengetuai rombongan cendol Kg. Hulu 😀.

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

 Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

namun... kami tidak dpt merasa cendol viral tu hari tu.
kami tiba 5 minit nak kul 12 pm. tapi, semua meja da pun ada pelanggan duduk, reserved.
yg beratur nak mendptkan cendol pun, dah ramai! panjang...
fikir-fikir dgn mr.asben, diskus... kami tangguhkan jer lah.
tghari gini, nak menunggu... nak beratur dek kerana cendol semangkuk sorang, sgt tidak efisyen kot ekk.
lagipun, tak la jauh sgt utk kami berulang dtg bwk anak-anak.
kami angkat kaki, bergerak utk makan ke destinasi yg lain...
Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki
lokasi menarik utk makan Cendol Kg Hulu... tepi sungai.

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki
gambar dari seberang sungai 😃.
Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki
Syuhada di sini...
mr.asben, kak Nurin dan Izzat di atas jambatan. nampak tak diorang bertiga? 😅

dari situ, kami berlima berjalan-jalan santai ke arah Jalan Bunga Raya.
melalui jalan-jalan kecik di Kampung Jawa. releks releks...
byk dah perubahan kat sini kalau nak dibandingkan dgn zaman saya skola dulu kala.
ni la antara kawasan yg saya & kawan-kawan selalu berjalan kaki. tuisyen. 

bila dah abis blaja, bekerja kembali di Melaka, saya hanya melalui jalan besar. dari arah Jalan Munshi Abdullah ke Jalan Hang Tuah.
melintasi jambatan dari pawagam Cathay yg lama ke Dewan Hang Tuah. terus nun ke UTC, ke Tesco, ke Jusco... atau terus nak ke Bachang nun.

kali ni, berjalan kaki dari area seberang sungai, terus ke Jalan Bunga Raya.
sel-sel saya terus berhubung dgn cepat peta Melaka laluan darat dan laluan sungai 😎.
berceritalah dgn anak-anak tentang Melaka ni. keep throwing back kisah ibu kekecik hi hi hi...

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

 Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

settle kami berjalan-jalan, lunch di Jalan Bunga Raya, menjamah sorang semangkuk cendol, kami terus menuju ke arah Mahkota Parade.
atas permintaan kak Nurin, tak nak balik rumah katanya. "jalan-jalan la, nanti ptg Win nak kena balik asrama."
aduhai anak ku darling... ikutkan ajer la.
again, on the way ke Mahkota Parade, melintasi Lorong Hang Jebat, lorong bangunan merah yg bersejarah, throwback plak tempat keje lama si ibu sekitar tahun 2002 - 2003 😅.

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

Menyusuri Sungai Melaka | Sekeluarga Berjalan Kaki

oh, jatuh cinta sekali lagi dgn bandar Melaka.
saya tak dilahirkan di Melaka. tapi membesar, bersekolah, bekerja, berkahwin, menetap dan melahirkan 3 org anak di Melaka.
in shaa Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, usia tua nanti di Melaka juga 😌.

wah... rasa patriotik sungguhlah bila taip entri ni.
terasa syg giler kot kat Melaka 😆 ha ha ha ha... tanah tumpah darahku melahirkan anak-anak.

ok. takat tu jer ye entri patriotik saya.
menyusuri Sungai Melaka sekeluarga berjalan kaki bersiar-siar adalah sgt ohsem!
nanti kembali lagi dgn entri patriotik lain hi hi hi hi....
👋👋