assalamualaikum 😊
❤Salam Tahun Baru 2019❤
hari ketiga dah pun. tapi anak-anak skola baru je hari kedua.
cuaca pun elok-elok saje 2 hari ni. alhamdulillah...
anak-anak saya tahun ni, ketiga-tiga nyer naik skola dah pun...
no more babies in the house hu hu hu...
tinggal la ibu keseorangan di rumah. melayan diri sendiri, memasak, mengemas...
kebetulan lagi beberapa hari lagi, exam utk semester ni. dpt la ibu blajo dgn aman damai di siang hari 😀.
mcm mak-mak yg lain, tang anto anak-anak ke asrama jer, sayu + sedih + pilu + muram...
sebulan lebih bersama tiga org anak, tetiba ptg 1.1.2019 tu nak berpisah dgn sorang. hadoi lah 😔.
tapi tu lah, demi menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi, ibu lepaskan.
moga kak Nurin selamat di dalam peliharaan Allah di sekolah. ibu tinggalkan kakak sementara...
kembali masuk pintu pagar skola kak Nurin...
ada kain rentang welcoming anak-anak tingkatan 1.
sgt indah perkataan yg digunakan, "SELAMAT DATANG PUTERI BONGSU" ❤.
hmmmmm bantal peluk tu tak dilupa 😆.
sempatlah jengah katil & almari baju kak Nurin.
sempatlah jugak kak Nurin bertukar dari baju batik rasmi kpd baju prep kuning.
si ibu ni, selagi tak kul 6 ptg, takkan lah nak meninggalkan anak nyer 😅.
berat sungguh kaki nak melangkah pergi hu hu hu hu...
tinggallah Syuhada sorang di rumah melayani kerenah manja Izzat.
Syuhada da final year di skola rendah. dah jadik kak long di skola 😄.
dgn kejayaan dia ari tu time UPKK, nampak bersemangat sgt dia nak start skola thn ni. thn UPSR.
saya pun support lah dia utk maintain semangat positif dia tu.
pagi pertama di thn 2019.
tinggi lampai. cantik. putih bersih jer nampak nyer...
anak-anak dara saya berdua ni, hanya murid biasa di skola rendah. tidak berbaju biru, kuning atau pink.
yg penting, bagi saya byk A bila time exam, tu dah mencukupi.
melihat diorang berdua, adalah seperti tgk diri sendiri saje time skola dedolu.
murid yg introvert. tidak begitu menyerlah. tidak la pasif sgt, hanya bersederhana jer. diam-diam saje di satu sudut 😊.
ikut kata cikgu. ikut peraturan skola. just go with the flow hi hi hi hi...
Muhammad Izzat darling, putera bongsu yg manja 😍. darjah 1 dah thn ni.
rezeki Izzat, tidak bersekolah di skola kerajaan. saya daftarkan Izzat di skola agama.
skola dari jam 7.30 pagi hinggalah jam 5 ptg.
complete dgn ilmu KSSR, ilmu agama, hafazan, mengaji dan 2 kali makan (lunch & tea).
minggu ni merupakan minggu suai kenal. lom lagi lah belajar nyer kan.
utk Izzat, next entry saya citer lanjut ye.
entry khas utk Izzat darling.
secara ringkasnya, semua berjalan dgn baik dan sempurna utk anak-anak saya.
yg pasti utk anak-anak korang juga ye, readers blog kecil ni 😊.
... bye dulu ye. nanti sambung citer-citer lagi 👋👋.
6 Comments
alhamdullilah
ReplyDeleteselamat tahun baru 2019
Alhamdulillah moga semuanya baik-baik belaka untuk kita semua di tahun baru ni aamiin
ReplyDeleterindu nak sekolah huhuhuhu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga terus cemerlang buat anak-anak aida dan juga Aida..
ReplyDeleteAlhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar, peel mak2 ni memang macam tu kan bila nak berpisah dengan anak2.Semoga anak2 aida terus cemerlang dunia & akhirat
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sama laa tahun ni seorang dah ke sekolah menengah. Dah dok asrama, dah jarang dengar dua beradik tu bergaduh. Yang adik tu pun tahun ni tahun terakhir di sekolah rendah.
ReplyDeleteTahun ni dia sibuk dengan sekolah, latihan hoki selepas waktu sekolah dan tuisyen selepas latihan hoki. Malam waktu untuk buat homework. Penuh dan padat jadual di hari persekolahan.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.