assalamualaikum 😌 😌 😌.
saya nak kongsi satu cerita.
saya pernah share di blog ni... entry pertama di blog ni bertarikh 20.4.2009.
saya share dgn nafas perkataan yg baru. #10yearsChallenge 😉.
❤❤❤❤❤❤ ❤❤❤❤❤❤
Sepasang kekasih bernikah di dalam satu majlis pernikahan dan bersanding dengan penuh meriah dan warna-warni. Ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan hadir menyaksikan dan menikmati hari yang penuh bahagia tersebut. Kedua-dua mempelai begitu anggun dan gah dalam persalinan yang indah.
Setiap pasang mata yang hadir bersetuju bahawa mereka sesungguhnya mencintai satu sama lain dan sehati sejiwa, bagai pinak di belah dua.
Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya,
"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang cara untuk memperkuatkan hubungan perkahwinan kita. Kita berdua perlu mencatatkan perkara-perkara yang kurang kita sukai sesama sendiri. Kemudian, kita bincang bagaimana kita boleh mengubah perkara-perkara tersebut dan dgn itu, ia akan membuatkan hubungan perkahwinan kita lebih bahagia...".
Si isteri bersetuju. Lalu kedua-dua pasangan itu mula memikirkan perkara-perkara yg mereka tidak sukai terhadap pasangan mereka. Mereka juga berjanji bahawa mereka tidak akan tersinggung. Malam itu, masing-masing berpisah tempat tidur agar boleh berfikir dan menulis...
Keesokan paginya, bersarapan bersama. Si suami memulakan, "Abang mulakan dulu ye". Lalu, si suami mengeluarkan senarainya, sekitar 2 muka surat, dibacakan satu-persatu. Ketika itu juga, dilihatnya si isteri mula mengalirkan air mata...
"Sekarang giliran Sayang pula membacakan senaraimu".
Dengan suara yang perlahan,
"Saya tidak mencatatkan apapun pada kertas saya. Bagi saya Abang adalah sempurna. Saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu, Abang. Abang adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya. Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dgn Abang...".
Si suami tersentak. Tersentuh hatinya dgn ungkapan kasih sayang si isteri. Dia tertunduk dan menangis...
❤❤❤❤❤❤❤ ❤❤❤❤❤❤
tiada seorang pun dlm dunia ni yg sempurna. kesempurnaan itu milik Allah.
kita dijodohkan bersama utk melengkapkan si dia.
kami yg lengkap.
sedangkan lidah lagi kan tergigit. ni pula suami isteri.
diri kita sendiri sebenarnya yg masih 'tidak lengkap' 😌.
💙 😌 💙
8 Comments
Perkongsian yang menarik Aida.. sebab tu kita dijadikan berpasangan.. Untuk saling melengkapi..
ReplyDeleteSetuju dengan Aida. Tiada manusia sempurna melain Allah SWT.
ReplyDeleteNo such things Mr. perfect or Mrs. perfect.
saling menerima kelebihan & kekurangan pasangan masing-masing..eh..macam dah kawen..hihi..hai izzat..:)
ReplyDeletehow true.. kesimpulannya jgn la buat game mcm ni nanti akan rosak hubungan tu
ReplyDeletealhamdulillahhhh lengkap
ReplyDelete:)
ReplyDeletehttps://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link-dan-pemenangnya.html
perkongsian yang menarik aida
ReplyDeleteBetul tu.. demi kebahagiaan bersama..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.