assalamualaikum...
letihnya la mata melayan mata cek broken links.
still lom settle. pause jap. update blog. lauk for dinner da siap masak.
kul 5 ptg amik Syuhada & Izzat dari skola memasing.
rinduuuuuuu dgn bebudak berdua ni dah...
hajat di hati nak kemas buku. bilik saya, di satu ceruk penuh deretan buku saya dan buku anak-anak.
dari disember hari tu da kumpulkan buku anak-anak.
tapi masih lom kemas sebab concentration dah kepada assignments dan exams.
tetiba pepagi tadi tekak perit... hidung berair, bersin tak henti. so, hajat nak berkemas buku tu ditangguhkan la sehingga kesihatan hidung ni kembali pulih.
selamat dah sudah 3 semester blaja. alhamdulillah.
berbaki 1 lagi semester. akhir. in shaa Allah. bakal bermula Februari nanti hinggalah Jun.
selepas tu, kiranya dipanjang umur di murahkan rezeki, kembali bekerja.
abis sudah hampir 2 thn bercuti blaja bwh tajaan JPA.
lama juga saya amik keputusan utk sambung blaja.
ye la. grad degree Mac 2002. sambung masters was on September 2017. 15 thn selepas...
tak rasa bersedia di peringkat awal.
dgn rumahtangga... dgn anak-anak yg bersekolah.
lelebih plak 2017 ari tu, kak Nurin UPSR. 2018 plak, Syuhada UPKK. thn ni, Syuhada UPSR.
dok fikir dulu kala, camne nak blaja dgn anak-anak ni ekk?
itu yg membantutkan diri sendiri dari sambung blaja time anak-anak kekecik.
dlm library fakulti, tempat tetap saya adalah di ground floor, meja belakang sekali, tepi tingkap.
kedudukan sini sgt best sebab kalau letih, boleh toleh kanan, tgk pokok hijau.
belakang tiada kerusi & meja, so confirm belakang takde org.
sgt suka dok library.
ada wifi. ada stok buku yg byk utk direfer. senyap (ada kala jadik pasar mlm jugak library ni!).
yg penting, library dan reading is very sesuai, kan. so, bila ada library, byk research saya boleh settle.
idea dtg mcm air hujan turun dgn lebat 😊.
bulan Disember. cuti skola. saya ada kelas, tapi dah tak byk...
ada 2 kali terpaksa angkut skali anak-anak bertiga krn mr.asben terchenta ada hal kerja yg tak dpt nak dielakkan.
dibiarkan anak-anak kat rumah, susah la hati kan.
ayah di mana....
ibu di Bangi... anak-anak di Melaka. oh, sgt merisaukan hati! maka, angkut semua ke kelas.
happy diorang bertiga nak follow saya gi kelas ptg. 6.12.2018.
start 6.30 ptg hingga lebih kurang jam 10 mlm.
memasing dibekalkan dgn handphone & tab, dok dlm kelas ibu 😄.
kebetulan ada wifi. maka, diorang bertiga tak bermasalah sgt lah...
kak Nurin layan drama korea. Syuhada & Izzat main games.
ada break utk solat maghrib.
selepas tu, lebih kurang jam 8 mlm, Izzat dah tak dok diam.
"Ijat penat la, bu... keje ibu ni bosan!" 😂😂😂
buat dia susu. baring atas pangku.
saya memang dok belakang sekali. senang la Izzat nak baring atas pangku, kan...
lecturer memang beri izin utk bwk anak. yg penting, tidak mengganggu perjalanan kelas.
kali kedua, kelas pagi plak. 17.12.2018.
dari rumah lepas subuh. kelas saya dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi.
sekali lagi, anak-anak ni excited!!!
memandangkan kelas pagi ni, kelas yg kecik. dlm bilik seminar.
anak-anak saya letakkan di bilik bersebelahan. kunci pintu.
siap la dgn 1001 pesanan.
"jgn merayau!"memang tak la saya izinkan diorang ke tandas sendiri-sendiri kan. a big NO lah...
"kakak-kakak jaga adik!"
"kalau nak ke tandas, wasap ibu. nanti bu keluar kelas jap..."
bangunan tu dah la takde org. byk bilik... dari segi keselamatan, saya ragu-ragu.
buku punyer la tebal, byk info.
hanya dijadikan sandaran utk handphone, tgk drama korea 😒.
ada satu masa tu, saya bagi izin Syuhada amik gambo di sekeliling building.
tapi saya warning lah, kejap aje. then masuk bilik seminar balik!
happy bwk diorang tgk tempat saya blaja, suasana kelas saya, style lecture saya...
bwk diorang masuk library kejap. then, drive ronda sekeliling UKM.
lihat pra-graduan gi kelas, tunggu bas. suasana di kolej kediaman UKM.
bwk diorang gi tempat makan tghari saya, UNIKEP.
sambil-sambil sepanjang masa bercerita la tentang masters journey saya ni.
kak Nurin la yg excited, tak sabar nak masuk universiti. best katanya 😀.
Syuhada & Izzat no komen. they just enjoyed the session lah...
paling seksa bagi saya dlm journey ni :
- buat assignment. 1 piece of assignment mesti more than 5000 perkataan. format artikel. ada inti. ada kulit. ada hiasan. nampak mudah, tapi sgt lah tidak mudah 😓.
- exam lah. bebelas tahun tak membaca & menghafal. kena train balik minda yg dah tua ni. then, time exam tu sendiri, kena menulis jawapan. setelah berbelas tahun tak menulis, asyik menaip komputer jer, 😖 menggigil tgn ni oiii nak menulis kat answer scripts tu! paling kurang 12 pages. hadoi!!! tulisan memang tak tentu arah lah.
study utk exam.
pinjam meja tulis Izzat.
bersila atas lantai.
then, boring, katil jadik mangsa!!!
pendek kata, satu bilik saya tu jadik tempat saya study.
meja tulis sendiri memang takde. ada meja letak desktop jer kan. hadoi lah...
😎😎😎
tak sabar nak tamatkan blaja ni. graduate. konvokesyen. in shaa Allah.
tapi tu la, bab naik kerja tu yg problem ha ha ha ha ha... stress kerja amat la berbeza!
setiap hari 24 jam. 5 hari seminggu 😅 ha ha ha ha... saspen nyer lain mcm.
kena tukar posisi minda 100% nanti.
👌👌👌 tu jer sharing ptg ni ekk korang...
mau baring jap. sementara tunggu asar. hidung ku tenat nih 😓😓😓.
23 Comments
goodluck :)
ReplyDeleteRabia tengah cuti sem ni.doakan semoga rabia lulus semua subejct ye
ReplyDeletein shaa Allah, rabia.
Deletegood luck ye :)
best nya ikut ibu g kelas. dah dapat merasa msk u walaupun x official..hehe
ReplyDeletekan...
Deletebagi dia tau apa yg ibu dia tgh rasai :) hi hi hi hi...
macam mana nak repair broken link
ReplyDeletekena klik src, link yg berkaitan, linda.
Deletecari satu persatu di blog :(
jenuh!
tengah break yee skrng.. ehhe enjoy ur break..
ReplyDeletebestnya zaman uni.. tingin nak sambung belajar =)
yeszaaaaa :)
Deletehua hua hua la kejap 2-3 minggu before masuk sem baru.
Tahniah
ReplyDeletepembelajaran sepanjang hayat
tq...
Deletesemoga dipermudahkan semuanya utk Aida.
ReplyDeletetq...
DeleteTerbaiklah perkongsian pengalaman Aida nie.. Sha memang dah tepu nak belajar.. tapi kalau dapat peluang, teringin juga..
ReplyDeletepernah dulu terasa tepu, Sha.
Deletetapi tu la, tiba2 diizinkan Allah :)
alhamdulillah....
tak mudah journey ni.
tapi, tu atas kita sendiri la ekk...
Betul tu Aida.. nak kan sesuatu, kenalah korbankan sesuatu juga.. Tahniah ye Aida.. Sha doakan semoga usaha Aida ini membuahkan hasil yang bermakna buat Aida dan keluarga.. Sokongan keluarga Aida pun sangat membantu perjalanan Aida nie kan..
DeleteMoga Allah permudahkan segala urusan awak untuk habis belajar :)
ReplyDeletehttps://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link.html
Harap Rabia lulus semua subject lah doakan Rabia ya kak
ReplyDeleteNak masuk sem 2 nanti ni
ReplyDeleteBestlah akak sem 3 dah
ReplyDeleteAkak diploma ke? Degree?
ReplyDeleteAkak ambik kos apa?
ReplyDeleteNampak ada berkaitan dengan law ye? Nampak buku criminal law.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.