assalamualaikum 😌
mlm tadi, hati saya terusik dek kenangan lalu.
bila di timeline fb, ramai rakan sejabatan post gambar menerima APC 2018.
membuatkan jari jemari saya ingin menari di atas keyboard, meluahkan rasa hati...
pagi ni baru dpt publish.
setelah byk perkataan ditaip dan dipadam. ditaip semula... padam... taip.
apakah itu yg dikatakan perkhidmatan cemerlang?
siapakah yg ada kuasa menentukan kecemerlangan perkhidmatan seseorang?
utk tempoh berapa lamakah seseorang itu dikira layak menerima anugerah ke atas kecemerlangan perkhidmatannya?
semua itu subjektif, kan?
saya pernah beberapa tahun menjadi penilai pertama kpd anak-anak buah (sebelum bermula cuti belajar).
saya menilai lebih skit dari yg sepatutnya. kerana saya mengenangkan apa yg saya tulis bakal efek perkhidmatan mereka.
terpaksa beri markah lebih dari yg sepatutnya mereka dpt. saya anggap ia amal jariah la juga, sedekah markah 😅.
pastinya, beberapa org pasti akan menerima ayat di akhir penilaian --> "Pegawai ini berhak dicalonkan sebagai penerima APC thn ini kerana .........".
kerana saya tahu siapa yg bekerja, siapa yg berniaga, siapa yg asyik kuar masuk ofis heboh hal anak, siapa yg asyik la dgn facebook...
ini adalah tanggungjawab saya.
saya anggap ia akan dipersoalkan di akhirat kelak.
memberi kpd yg layak.
namun 😓 yg saya lihat, APC ni sekarang mostly diberikan ikut suka hati bos.
yg dia suka.
yg dia nak.
kalau dia ada negatif kpd calon, meskipun ia berlaku 3-4 thn yg lepas, dia tolak tepi.
tak beri peluang langsung meskipun calon tu dah berubah pada tahun yg dinilai.
kecewa di hati yg gagal.
rasa tidak adil.
rasa marah.
yg penting, ia akan melahirkan rasa malas bekerja!
"lantak la. aku buat je apa yg aku wajib buat. selebihnya, biar org lain yg settle kan".
ini hakikat...
lebih buruk lagi, si penerima APC hanya bekerja 20% dari waktu perkhidmatannya.
selebihnya?
berniaga tupperware, berniaga tudung, berniaga kuih-muih, jual insuran, jual emas di waktu pejabat.
berborak. membawang tak abis-abis!
escort bos ke hulu ke hilir. jadi reporter bos tak bergaji 😓.
buat tugasan adhoc jabatan, luar dari tugasan hakiki.
yg bekerja keras bagai nak runtuh dinding pejabat, ternganga melihatnya. "dia yg dpt???!".
mulalah mulut-mulut manis memberikan komen, "belum rezeki awak lagi. rezeki kan tak pernah salah alamat".
hmmmm terkulat-kulat la kita yg tak dpt ni di satu sudut, seolah-olah kita ni tak bersyukur.
tak cemerlang kah aku?
tak bekerja kah aku sebaik dia?
sedangkan aku yg lebih bekerja dari dia.
setiap kali meeting, muka aku lah yg dijemput utk menjadi salah seorang pembuat keputusan.
setiap kali program jabatan, muka aku lah yg heboh ke sana, heboh ke sini.
apa lebihnya dia?
ye. rezeki itu tak pernah salah alamat.
namun, tetap ia di tgn manusia. manusia itu penentunya.
adakah selepas ni aku kena bodek bos? escort bos ke mana pun bos nak gi?
jadi "reporter" bos dlm pejabat?
buat-buat busy tiap kali bos lalu, sedangkan takde keje pun... ???
adakah ...???
peranan bos / pegawai atasan amat besar di sini.
jgn sesekali kita salah tenyeh atas kertas penilaian.
kita mungkin akan menghiris hati calon yg sepatutnya menerima APC.
tidak adil baginya.
semangatnya akan merudum!
tiada lagi "cemerlang" di hatinya.
pernah seorang bos saya, hanya menerima APC selepas berbelas tahun bekerja.
ada la berborak dgn dia few years back. dia seorang lelaki.
"saya dah jadi penolong kanan pengarah, dah nak naik pangkat lagi ni, belum terima APC".
saya terkejut.
kerana dia sgt bagus dlm bekerja. menjadi salah seorang pakar rujuk di jabatan.
aduhai... org sebagus ni tak dpt APC???
😊 kita rasa kita dah adil.
tapi org bawahan kita, adakah mereka puas hati?
mungkin kita telah berjaya melenyapkan seorang pekerja yg berdedikasi.
mungkin kita telah memusnahkan harapan dia.
berlaku adillah 😎.
seseorang tu bekerja sememangnya tak mengharapkan balasan.
namun, bila adanya APC, tak byk, sikit mesti simpan harapan utk nakkan APC.
lebih2 lagi bila seseorang tu dah buat sehabis baik!
hmmmmm...
😌
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFY-Gs7bZTw20xoawQ97dcQ8lpSWl6lH1CnRpLVpjYxKSWmIULr1hkLdlyQmUAowSipvETpAmMr8ACnyCot462Gn_1Si2EeDo5i1AtVLvFtsgY8brc6PTrEYyO3l2NdzofObJIqLRl4yg/s200/signature+aida.png)
19 Comments
waalaikumussalam...betul tu aida bab apc ni kadang2 susah nak cakap kan. saya juga merupakan penilai pertama, kita yang selalu bersama staff melihat mana yang boleh buat kerja mana yang hanya bercakap lebih tapi hujung2 kerja dia asyik orang lain kena cover, mana yang selalu buat silap dalam kerja, tapi bila tiba kita bagi markah, markah kita tu tak diambil kira tanpa bertanya, boss akan bagi markah lebih pada yang dia suka. tempat saya ni boss taknak bersemuka dengan kami ni untuk bertanya kenapa kami bagi markah macam tu pada staff. entah lahkan kita tahu tentang rezeki tapi bukankah kita juga boleh memudahkan jalan rezeki seseorang itu, kita dah mudahkan Allah akan tentukan.
ReplyDeletesepatutnya, bos kena bersemuka, kan, nape markah kita rendah.
Deleteagar kita dpt baiki diri kita. sebab kekadang tu kita terkejut lah dgn markah rendah sebab kita da buat abis baik.
so, kalau la bos dpt explain, apa yg sebenarnya kita buat tu salah ke, silap ke, sedikit sebanyak dpt melegakan hati kita.
APC ni tak dinafi sering menjadi dambaan..kerana APC ini dianggap menjadi penanda aras kualiti seseorang pekerja dari mata majikan atau penilai khas yang dilantik.Sayangnya TERKADANG pemilihannya berteraskan emosi dan berpaksikan kroni.Namun tidak dinafi ada yang pemilihannya benar-benar telus.Ada yang setiap tahun mahu namanya dicalonkan.Ada yang sudah pernah mendapat APC bila namanya tercalon sukarela menolak kerana mahu memberi peluang kepada orang lain merasai APC..yang penting bekerjalah lillahitaala.Syukuri setiap rezeki yang diperolehi.Kalau tidak terlihat cemerlang di dunia...moga cemerlang di akhirat.Aamiin.
ReplyDeleteyes. apc ni more to kepuasan diri sendiri pada aida.
Deletebukan nak ditayangkan. bukan nakkan habuan.
ia pemangkin kpd diri.
tapi tu la. bila x dpt di masa yg kita rasa kita patut dpt, kecewa nyer sgt sgt terasa :(
alhamdulillah pernah dpt apc ni dulu, tahun2 akan dtg tu bagi lah pada yg betul2 layak
ReplyDeletedi opis ni, boss yg dana jaga mmg jns yg menilai betul2 staf yg layak dpt apc atau tidak, kira dia jenis tak mkn bodek... cumanya sedih bila ada yg main kotor... bila bos dh cadangkan nama sekian2, ada yg main kotor melobi bos lagi atas utk dptkan apc...
bila yg dpt apc org yg betul2 buat kerja, kita pun nampak kesungguhana dia bekerja kita setuju tp kalau yg dpt tu, kita tau mmg kaki ponteng, jarang2 bt keje tp pandai bodek... kita lak rasa tak puas hati
kekadang aida x pasti pe kriteria diorang ni dpt APC.
Deletekat opis aida la.
dari thn ke thn melihat org yg terima anugerah ni, jadik mcm tak hairan dah.
semua pattern org dpt :) hi hi hi hi hi...
inshaallah ada rezeki
ReplyDeleteanum dah berkhidmat 12 tahun baru dapat
tahniah :)
DeleteAida berkhidmat dalam Kastam agency kan
ReplyDeleteyeszaaaa...
Deletetapi now coti coti blaja :)
Mmg susah kan Aida bab bab adil dan saksama ni..
ReplyDeleteye betul.
DeleteAPC nie memang selalu menjadi subjek bualan semua staf saban tahun, ada yang tak berpuas hati ada yang kata okey2 jea.. Macam saya sendiri pun setelah 9 tahun berkhidmat di 3 agensi barulah dapat APC.. Tapi bagi saya biarlah tak dapat APC di mata manusia sebaliknya dambakan APC di mata Allah.. Biasalah manusia nie ada pro dan kontra, ada yang suka ada yang tak suka..
ReplyDeleteaida pernah frust x dpt.
Deletesebab tu, aida amalkan jalankan amanah sebaiknya.
ni lebih penting. gaji pun berkat.
tak pandang pun apc dah.
then, alhamdulillah. dpt sambung blaja. lag best dari apc.
alhamdulillah...
insya allah kalau dah rezeki tak ke mana
ReplyDeleteoo, macam tu rupanya prosedur untuk pilih staff yang layak dapat APC..ada penilaian dari orang tertentu..baru saya tahu..
ReplyDeletebab adil dan saksama ni dlm industri pekerjaan nk2 dlm company besar mmg akan timbul prasaan mcm ni bila mana kita rasa kita dh buat lebih tp kita xdpt spt yg diharapkan ...tp yg tk brp wat kj bole plak dpt mcm2...tp tula percaya pd rezeki insya allah ada rezeki nanti cuma kdg2 mcm terkilan kan
ReplyDeletebetul, akan rasa sedikit down. prestasi kerja akan merudum. tapi tak pelu jadi kaki kipas. tak perlu escort bos. kita sendiri tahu, betapa jujurnya kita dalam bekerja, betapa berkatnya gaji kita. itu lah pengubat rasa kecewa..
ReplyDeleteMemang banyak terjadi apabila stp tahun ada anugerah apc.Ada kawan Saya yang markah dalam penilaian akhir Thun dapat markah cemerlang,last2 org lain yang dapat apc..adakah markah prestasi akhir tahun stp pegawai yg dinilai tidak memberi apa2 makna untuk diangkat penerima apc?atau ada kriteria tambahan yang lain..sekadar berkongsi luahan hati teman sekerja.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.