assalamualaikum 😌
isnin muncul lagi. alhamdulillah...
diberikan sehari lagi menikmati kehidupan.
lewat ptg baru dpt update blog.
azan asar pun tgh berkumandang ni hah...
masih belum hujan di Melaka 😔😓 panas terik! Allahu Akbar.
awal pagi tadi, before ke skola, hidung Izzat berdarah. moga ok ok jer la dia di skola hari ni.
moga tak demam or apa-apa, kan...
nak share la citer.
Jumaat ptg yg lepas, satu kerja saya yg selesai ialah membawang!
bawang merah 2kg.
bwg putih 400g.
meleleh la jugak air mata di akhir-akhir keje 😢...
da siap kisar kasar-kasar.
tanpa air. tanpa minyak. bawang semata-mata 👍.
dikupas. dibersihkan. dihiris kasar. dikisar.
ni bakal memudahkan kerja masak-memasak saya utk tempoh 2-3 minggu.
bukan nak kata rajin masak 😅😅😅. kalau penyakit M.A.L.A.S tu dtg, hmmm beli luar jugak.
memandangkan masih lom bekerja, wajiblah memasak, kan utk keluarga.
lagipun jimat byk bila masak dan makan kat rumah ni.
ciliboh memang da standby tak kurang 2kg dlm freezer.
saya tak kisar sendiri.
order dari ofismet mr.asben. tak larat la nak menggunting cili kering.
alang-alang dah ada org yg menjual, elok plak tu, kita beli lah kan.
pagi tadi pun dah kirim another 3kg. alhamdulillah...
bawang merah.
bawang putih.
ciliboh.
3 bahan yg very the important bagi saya.
ada 3 bahan ni, byk lauk boleh dimasak.
selain dari tu, yg wajib juga ada kat rak brg kering adalah santan kotak.
paling kurang, wajib ada 2 kotak jugak.
saya tak nak spend masa byk di dapur.
saya prefer spend masa byk makan-makan dgn anak-anak, berbual, dok tgk tv kat ruang tamu.
ni lebih penting bagi saya.
👌
16 Comments
rajin la akak..saya time masak tu la baru membawang..hihi
ReplyDeleteni bukan rajin ni, ciknor.
Deleteakak cukup malas bila nak masak, nak kena kupas bwg, tau.
hiris la, tumbuk la. melambatkan!
buat gini, penat nyer sekali :) hi hi hi hi...
SA plak x suka blend..biasa bawang x kisah masak apa SA akan racik atau tumbuk..hehehe
ReplyDeleteada juga masakan aida yg hiris & tumbuk, SA.
Deletebut mostly, akan guna yg blend ni.
abah aida, dia tak suka bwk blend.
nak ditumbuk or dihiris. abah kata, lain sedap nyer! org tua, kan :)
Ada masakan PC kisar ramuannya.Ada sesetengahnya hiris harus atau tumbuk.Tapi yang kisar PC pun buat macam ni..kisar buat stok.Nak masak tinggal ceduk je.Lagi-lagi kalau ada tetamu mengejut..sangat membantu dan kurangkan tergesa-gesa didapur.
ReplyDeleteyes PC.
Deletekalau ada tetamu, ni mempercepatkan.
tu dia.. membawang sampai berkilo-kilo
ReplyDeleteYang paling sedih membawang merah
ReplyDeleteTak sah kalau tak nangis
ha ha ha ha yes :)
Deletetu dia..stok 2 3 minggu terus. kalau barang dah ready semua cepat je keje2 memasak.
ReplyDeleteaida macam mak kita la...suka kisar banyak2 letak dalam peti ais..kalo kita balik kampung nak masak, sungguh2 dia suruh pakai bawang n cili kisar dia...hahahah
ReplyDeletehah senang dh siap kisar ni ye..nk masak tumis je
ReplyDeletebanyak membawang tu, memang memudahkan kerja kalau dah siap semua tu kan.
ReplyDeleteRabia parte paling malas nak kupas bawang. Pedih mata tau
ReplyDeleteitu yg peruntukkan satu masa, mengupas nyer.
Deletesekali jalan pedih dan sedih :)
then berminggu tak melayan pedih dan sedih tu, rabia hi hi hi hi...
Mudah kalau buat macam nie.. tinggal cedok dan tumis je.. tak payah nak mengupas, memblender or menumbuk lagi dah..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.