assalamualaikum 😊😊😊

hari ni hari yg busy. rumah penuh dgn famili. 2 mlm stay sini.
adik-beradik dari KL turun Melaka bercuti. Tahan Melawat Melaka 2019 kan.
sarapan pagi ni --> nasi lemak, sambal ikan bilis, telur dadar, timun.
tghari ni lunch besar kat Asam Pedas Pak Man. ptg nanti minum ptg, kuih nyer beli jer kot 😃.

short update la pagi ni.
sharing semoga bermanfaat.


**** **** **** ****


PERTAMA
Perempuan | Pat Pat Siku Lipat, Ini Ada 4 Nasihat

perempuan wajib belajar utk sygkan diri sendiri. belajar utk dahulukan diri sendiri. 
tanpa mengenepikan perkara asas seperti tanggungjawab terhadap suami, anak dan ibubapa.
bila sendiri bahagia, confirm kita boleh kembangkan aura positif tu di sekeliling kita. confirm kita boleh berfikir, bekerja dan bertindak dgn betul.
perempuan zaman sekarang sesungguhnya tidak boleh buang masa ke atas sesiapa yg tak menghargai kita dan yg tak layak menerima kasih sayang serta simpati dari kita.

utamakan diri kita. utamakan org-org yg sayangkan kita. curahkan kasih sayang pada sesiapa yg patut menerimanya. jgn membazir!
sampai bila kita asyik nak melayan org-org yg suka buat kita sakit jiwa, kan? tinggalkan, lepaskan, buang!
kita mesti melangkah ke hadapan. jgn sibuk nak toleh belakang!
yg lepas, jgn dikenang. mulakan semua fresh.

KEDUA
Perempuan | Pat Pat Siku Lipat, Ini Ada 4 Nasihat

'NO' is a complete sentence. ini semua kena faham.
tidak perlu dihuraikan.
perempuan mesti katakan 'tidak' kepada sesiapa saje sekiranya ia diperlukan dalam apa jua keadaan yg bersesuaian.
setiap keputusan yang kita buat, tidak memerlukan keizinan atau pengesahan org lain (terkecuali para isteri, dlm hal tertentu keizinan suami adalah wajib ye).
kita adalah diri kita. apa jadi, semua di atas bahu kita.
"a shoulder to cry on" konon. takde makna nyerrrr...
yakin dan berpegang teguh kepada prinsip diri sendiri. wajib tahu apa yg kita nak.
jgn sesekali katakan 'ya' di mulut sedangkan di dalam hati meronta-ronta menjerit 'tidak'.
kita kena telus dgn diri kita sendiri.
jgn simpan dlm hati. luahkan. then, buat pe patut.

KETIGA
Perempuan | Pat Pat Siku Lipat, Ini Ada 4 Nasihat

luangkan masa utk membaca. luaskan pengetahuan. jiwai watak yg berbeza. dgn membaca, yg jauh pun menjadi dekat. yg kabur boleh menjadi jelas.
ni la azam 2019 saya (tapi lom bermula 😆). membaca buku non-fiction. not so on novel, tak berminat.
nanti saya update. hunting for books dulu!!!
luangkan masa utk travel. buka mata, minda dan hati melihat tempat org, keadaan org, budaya org dan mcm2 lagi. jauh perjalanan, luas pandangan.

terutama bila kita dah berumur 40 ke atas. dah mula perlu adakan masa utk diri sendiri.
2 perkara ni adalah yg paling tepat bila dikaitkan dgn 'me-time'.
selain daripada melengkapkan bekalan utk akhirat, travel is something tak boleh diketepikan.
tidak lagi bersibuk-sibukan bekerja demi duit dan kekayaan semata-mata.
jiwa pun mesti kaya dan gembira 😏.
travel dgn suami & anak-anak tu adalah keutamaan la. 
then, buat plan dgn adik-beradik, kawan-kawan perempuan yg havoc... or berjalan sorang diri utk shopping, masuk kedai buku,...
tak semestinya jauh. spend 2-3 jam kat ikea pun dah kira perfect ber 'me-time' hi hi hi hi...

KEEMPAT
Perempuan | Pat Pat Siku Lipat, Ini Ada 4 Nasihat

selalu dgr kan, kehidupan ni umpama roda. berpusing. ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah.
membawa makna, kita takkan selalu senang dan gembira.
akan tiba masa kita akan susah, sedih, kecewa...
sesungguhnya Allah tu Maha Penyayang dan Maha Adil. hanya akan menguji hambaNya sesuai dgn kemampuan.
bila kita di atas, beringat sentiasa. bersederhana. bersedekah. rendah diri. jgn terlalu mendongak ke langit hingga lupa bumi yg dipijak!
bila kita diuji, kekal positif dan berusaha meletakkan kembali diri kita di tahap yg selesa. jgn putus asa. berdoa dan tawakal kpd Allah.
kita sebagai seorang perempuan, tempatnya di dapur juga. betapa besarnya pangkat kita, tempat kita tetap di sisi suami, membantu dan menyokongnya.
yg keras, kita lembutkan.
yg keruh, kita jernihkan.
yg samar, kita jelaskan.
perempuan ni sebenarnya lebih kuat dari lelaki dari segi dalamannya.
sebab tu la, melahirkan itu adalah tugas perempuan, kan. sakit yg paling sakit.
maka, di kala suka dan duka, ada hikmahnya dan kita lalui dgn penuh rasa tawadhuk.


**** **** **** ****


😔😔😔
👉 byk melihat keadaan di mana perempuan menjadi mangsa keadaan.
mendgr kawan-kawan peguam sharie berkongsi tentang kes-kes mahkamah yg mereka bawa, Allahu Akbar! kita takkan sangka perkara sedemikian berlaku di dunia yg serba moden ni.
👉 sgt sedikit kesan kepada lelaki.
pernah dgr kan, lelaki ni tak luak pun kalau berlaku apa-apa.
perempuan yg byk merana dan menanggung malu selamanya.
👉 kita belajar dari pengalaman.
kita belajar dari kesilapan
samada terjadi kpd kita sendiri mahupun org lain. jadikan pengajaran.

😌