assalamualaikum...

sabtu dah nak abis dah in 2 hours.
esok ahad. 
bakal abis la cuti skola selama seminggu utk anak-anak. 
wow! cuti CNY yg amat panjang kan 😃. rugi betul tak cek kalendar awal-awal.
if tau awal-awal, da booking da memana hotel dlm M'sia ni.
namun... seminggu cuti ni telah diisi dgn begitu padat skali tanpa disangka...
later later lah citer pasal aktiviti time cuti CNY ari tu.
mlm ni just nak santai-santai update blog pasal makanan.
nak kasik clear gambar dlm phone. sejenis suka amik gambar makanan lepas masak 😄.
berlambak.
cuma ada yg tak sempat nak share kat blog ni hah.

dua ni adalah lauk hari Rabu lepas.
sup kaki ayam.
ikan bilis goreng cili padi dgn belimbing buluh.

Sup Kaki Ayam & Ikan Bilis Goreng Cili Padi Dengan Belimbing Buluh

kaki ayam kena masak bebetul tau.
jgn nanti isinya keras dan rasa bergetah!!! boleh potong selera 😖.
the best is masak dgn pressure cooker. mode BONE. tempoh masa 36 minit.
gerenti 100% bhw org yg sebelumnya tak suka makan kaki ayam, akan jatuh cinta tau 😍😍😍.

Sup Kaki Ayam & Ikan Bilis Goreng Cili Padi Dengan Belimbing Buluh

SUP KAKI AYAM
bahan-bahan :
  1. kaki ayam (bersihkan)
  2. sup bunjut
  3. halia 6 cm (diketuk) - saya suka byk halia bila masak sup.
  4. serai 3 batang (diketuk)
  5. rempah tumis empat sekawan
  6. bawang merah (hiris)
  7. bawang putih (hiris)
  8. garam secukup rasa
  9. daun bawang & daun sup
  10. bawang goreng
cara-cara yg amat ringkas :
  1. kaki ayam kesemuanya dimasukkan dlm pressure cooker bersama air secukupnya utk sup.
  2. dimasukkan sekali sup bunjut, halia & serai. kita on pressure cooker mode BONE (otomatik set utk 36 minit).
  3. bila da siap sup tu. baru lah ditumis bahan no 5, 6 & 7 👆👆👆. tumis darat ler katakan. masukkan bahan tumis ni semua ke dlm periuk. 
  4. perisakan dgn garam. kacau rata.
  5. nak hidang, tabur la dgn daun bawang, daun sup & bawang goreng 😋. sedia utk dimakan.


bila ada sup, mestilah nak lawan dgn satu lauk yg pedas-pedas skit.
if not, plain jer makanan yg masuk ke tekak nanti.
maka, terhasil 👇👇👇.

resepi sambal belimbing buluh cili padi

ada plak seplastik belimbing buluh. sharing from jiran sebelah rumah.
teringat la resepi kakak --> ikan bilis goreng cili padi dgn belimbing buluh.
couple with sup kaki ayam.

IKAN BILIS GORENG CILI PADI DENGAN BELIMBING BULUH
bahan-bahan :
  1. ikan bilis
  2. belimbing buluh ( dihiris tebal)
  3. cili padi (dikisar)
  4. garam secukup rasa.

cara yg amat ringkas :
  1. ikan bilis digoreng rangup. ketepikan.
  2. belimbing buluh digoreng 5-10 minit. nak buang airnya. ketepikan.
  3. cili padi yg dikisar, ditumis garing. then, masukkan ikan bilis & belimbing buluh tadi.
  4. gaul rata sekejap.
  5. perisakan dgn garam. siap utk dihidangkan 😋.


licin!
anak-anak memang suka tahap maksima sup kaki ayam. tak cukup!
memang saya terbeli sedikit. salah kira hu hu hu hu...
anak-anak saya kalau makan kaki ayam tu, meratah, sorang akan ratah tak kurang 5 kaki ayam.
maka, saya sepatutnya beli tak kurang 50 kaki ayam. will cover lunch & dinner.
masak guna pressure cooker. memang lembut la isi di kaki-kaki ayam tu.
mudah jer bercerai dari tulang 😋😋😋.
khasiat kaki ayam ni memang diketahui umum.
memang terbaik lah. something simple but tinggi khasiatnya...

Resepi | Sup Kaki Ayam & Ikan Bilis Goreng Cili Padi Dengan Belimbing Buluh

mlm diakhiri dgn air kopi o panas.
sambil layan drama korea, My Strange Hero.
what a great Wednesday 😌😌😌.