assalamualaikum 😊
pagi ni sarapan roti cicah sambal sardin.
lebihan dari lauk dinner semlm. tak minum air manis pagi ni 😅.
misi 2 liter air suam hari ni.
cuaca sgt panas! ada la hujan 1-2 hari sebelum ni. namun, suasana sgt panas juga.
sebelum sakit dtg, better la cegah sebelum parah, minum air secukupnya.
sebab sarapan agak lewat, tak la makan tghari. releks releks jer ni hah...
jap lagi nak start masak utk makan mlm plak.
orait... entry ni agak panjang 😀.
sebab byk gambar.
itu yg amik masa lama utk update citer ni kat blog.
akhirnya siap hari ni. alhamdulillah...
throwback... 8.12.2018 yg lepas.
saya dan geng MakcikKepoh buat plan utk surprise kat Nadia, one of us, sempena birthday Nadia.
2-3 minggu juga kami-kami ber6 plan ni.
dari segi tempat nak buat. makanan. tema. dekorasi...
memandangkan geng MakCikKepoh yg dah berkeluarga semua di Melaka, agreed sebulat suara utk buat surprise reunion ni di Melaka.
kami pilih di Beruang Hill Resort, Bukit Beruang, Melaka. sebab masih ada apartment yg available.
di tempat lain, fully booked that weekend.
kami-kami yg happy together.
hanya MakCikKepoh dan anak-anak. para bapa stay at home 😆.
Beruang Hil Resort ni amat dekat dgn rumah saya.
less than 10 minutes termasuk dgn 1 simpang trafik light.
ia tepi jalan je, mudah sgt nak jumpa.
lokasi di google map. mudah sgt.
boleh berjalan kaki dari / ke Aeon Ayer Keroh 😊.
lobby.tempat parkir kereta pun byk. tiada masalah.
bersebelahan dgn tempat parkir kereta, di atas nun adalah swimming pool.
cantik kan pemandangan dari sini.
menarik perhatian saya di sini.
ruang tangga tidak disia-siakan. tetap diberikan dekorasi yg menarik.
jenis bilik dan harga di Beruang Hill Resort.
ni saya ambil dari official website mereka. harga mungkin berubah ye ikut masa.
kami beramai-ramai telah amik 2 bed apartment utk reunion MakCikKepoh kali ni.
all girls, maka tak kisah la kami-kami berhimpit tidur dgn anak-anak 😀.
anak-anak kami semua pun dah familiar sgt dgn geng MakCikKepoh semua ni.
sgt selesa apartmentnya.
yg penting adalah bersih. ni yg utama, kan.
bilik nyer pun luas. katil yg besar-besar. terbaik la 👍.
bilik pertama. ada 2 katil bersaiz queen.
ada tandas.
bilik kedua. 1 katil bersaiz queen. 1 katil bersaiz single.
kami check in dlm jam 3 ptg.
semua dari arah yg berbeza. sampai pun time yg berbeza-beza.
nak kena gotong-royong deko apartment kan.
nak gantung belon.
nak gantung backdrops.
ada yg dtg dgn kek birthday.
kami bwk semua peralatan nak makan, nak masak, nak minum...
nasib baik la rumah kami dekat jer.
Izzat sedang riki-riki nak amik belon.
"sabar ye. abis majlis nanti boleh la amik belon tu, Jat".
sedang gotong-royong sambil 'membawang' ler. lama x jumpa, kan 😄.
ada ruang utk memasak, fridge dan cerek air.
time kami prepare lokasi, birthday girl yg baru sampai dari KL, terus dibawa ke Aeon, Ayer Keroh dulu.
Laila ditugaskan utk menjaga birthday girl.
berjalan-jalan, konon nyer Laila nak beli brg la.
sambil tu kami roger roger la Laila jam brape kami siap, jam brape diorang boleh dtg...
so fun!
lama dah tak buat aktiviti gini. amat best sebenarnya. menyorok dlm kegelapan dan kepanasan agar lilin kek tak padam.
saspen tunggu Nadia & Laila tiba di depan pintu apartment.
saspen!!!
anak-anak pun dipaksa senyap agar rahsia tak terbongkar 😆😆😆.
💥💥💥surprise !!!!!! 💥💥💥
birthday girl yg terkejut... tergamam... terpaku... speechless!
Nadia tersayang 💙.
memang menjadi la surprise kami ni. Nadia tidak dpt menghidu nyer.
meskipun ada beberapa kali rahsia hampir terbocor, still maintain terjaga.
makanan byk.
saya da buat kan seperiuk sup kaki ayam. dgn kicap cili padi dan kuew teow.
kami buat nasi goreng.
daging & ayam panggang. sosej.
ada keropok lekor. sos pencicahnya. ada juga keropok.
makan.
makan.
makan.
dan semestinya berborak tanpa henti. gelak ketawa.
anak-anak dok perati jer pe'el mak-mak masing-masing.
borak hal keje. hal ofis masing-masing. mostly berkisar ni lah.ok. saya bentangkan dgn gambar-gambar lagi ye.
kami-kami satu jabatan tapi semua dah bersepah di negeri berlainan --> Melaka, Negeri Sembilan, W. Persekutuan dan Putrajaya.
few years back, kami semua ni sebumbung di ofis Melaka. tu la titik permulaan keakraban.
ibu was busy arrange nak bergambar, anak was smiling amik gambar plak 😅.
💙💙💙 6 of us 💙💙💙
ending up di meja makan jugak akhirnya....
kelaparan masing-masing.
ngap before cheese cake cair!
ia adalah satu peluang mak-mak berjimba la.
lari jap dari rutin di rumah. jumpa kawan-kawan sekepala dan sejiwa.
makan.
borak.
gelak.
the best terapi kalau-kalau ada masalah kan.
kat sini la kami memasing meluahkan...
gitu la kisahnya, surprise reunion geng MakCikKepoh di Beruang Hill Resort thn 2018.
thn ni, ntah di mana la kami nak berjimba 2 hari 1 mlm.
in shaa Alla dijadikan aktiviti tahunan yg tetap.
anyway, highly recommended lah Beruang Hill Resort ni.
sebab bersih, cantik dan apartment yg luas serta selesa.
sila bookmark ye 😌.
...bye!
30 Comments
mak ai..meriah tu kak..saya pun dah lama xjumpa kawan2 kat u dlu..rindu plk rasa,,:)
ReplyDeleteyes. sesekali gini, release stress.
Deleteme time given by semua husbands :)
nice juga apartment ni...syok surprise2..mkn2 yummmm
ReplyDeleteyes. amy.
Deleterecommended.
bersih :)
i like...
bestnya gathering macam ni..
ReplyDeletehappy birthday Nadia..
Amboiii!!!!tahniah menjadi surprisenya.
ReplyDeleteBestnya ada kawan-kawan sekepala semoga ukhwah berpanjangan sampai ke Jannah.
yes alhamdulillah.
Deleteapapun kesedihan kepiluan dan kesesakan otak, dilupakan sementara waktu.
kita enjoy!!!
Wah terbaik lah Aida 👍 salute saya dgn uolls yg bole spent time to have a gathering like this. Keep it up girls!
ReplyDeletealhamdulillah.
Deletekena beri commitment.
if not, tak jadik juga.
Bestlah ada kawan yg rapat dgn kita
ReplyDeleteseronoknya ada geng makcikkepoh..mmg menjadilah suprise tu ye..seronok betul si surprise tu..betul tu sesekali dpt berkumpul dengan kwn2 ppuan yang sejiwa n sekepala mmg happening
ReplyDeleteBestnya kak.. Dok jumpa dengan geng semua.. Memang happening sungguh.
ReplyDeletePart paling best makan tak putus putus. Sampai sendat perut tu. Hehe
Seronok bila dapat buat suprise mcm ni hahahahha. Memang meriah apatah lagi member darang join sekali hehehe...
ReplyDeletebestnyer u guys organise party ni... tmpat tu nmpk menarik jugak yer.. and that cake!! omg!!!! nak jugak!!!! hahaha
ReplyDeleteWah have fun sungguh ni sambut Bfday.. Hehehe. Btw cantik hotel ni nampak tenang je. Boleh la kesana nnti.hehehe
ReplyDeleteLuas betul bilik..walau ada dua katil still ada space besar lagi. Yg best tgk swimming pool dia tu..kalau kena kat anak² ai mandi sampai kecut la jawapnya. Hahahah
ReplyDeleteMemang sweet dan surprise kan buat parti untuk makcik ni. Bestnya ada kawan-kawan yang sangat baik dan akrab kan, hidup lebih berwarna warni. :)
ReplyDeleteWahhh makcik kepoh kalau dah berparty tak ingat dunia hehehe meriah sambil pasty sambil membawang ker wakakakkaa. Tapi bestnya dapat berkumpul macam ni meriah dan banyak makanan tempat pun menarik...
ReplyDeletehappening sungguh..best dapat berkumpul ramai-ramai cam gini, sure penuh dengan gelak ketawa. Dah lama sis tak berkumpul macam ni..dok rumah je sb tak berapa nak sihat la ni
ReplyDeletebest bila dapat berkumpul macam ni..berborak, membawang..eh..hahahaa..lagi riuh kalau buat party segala..bila dpaat berkumpul memng takkan lupa
ReplyDeleteBest!!! lain kali my fren birthday pun nak i buat macam ni. Boleh sewa apartment or suite and celebrate together.
ReplyDeleteBest kan buat surprise party sebegini kan - dah lama Rawlins and rerakan tak buat perangai gila culik orang untuk party hahaha
ReplyDeleteBestnya reunion Lama betul tak meet & greet dengan kawan2. Syok betul kalau booking bilik ke apartment & share ramai2 kan . Mesti happening kan.
ReplyDeleteSeronoknya dapat berkumpul macam ni. And thanks kat para husband yg bagi mak-mak ni me time dg kawan2 kan skali skale.
ReplyDeleteBetanya .Nampak meriah sambutan birthday dan reunioon memang happening dan gempak kan. Kalau dah berkumpul macam ni memang tak ingat dunia kalau berborak
ReplyDeleteWoww bestnya buat reunion macam ni. Dah lama tak reunion dengan kawan2. Entah bila nak buat. Bila semua dh berkeluarga lagi la susah nak kumpulkan semua
ReplyDeleteMeriah sungguh..seronok dapat surprise macam ni sebab dapat kumpul ramai2 celebrate bDay. Apartment tu pon besar dan selesa untuk berkumpul ramai2..
ReplyDeleteseronoknya buat reunion di tempat macam ni. betul2 boleh spend time bersama. tempat selesa dan ada swimming pool plak tu
ReplyDeletemujur bukan makcik bawang hhehe..seronok ber reunion jumpa kawan2 lama kan. tempat lepak pun best
ReplyDeleteWah.. happening gila majlisnya.. Seronok reunion macam nie sambil celebrate..
ReplyDeletesmeoga ikatan ukhwahnya berkekalan hingga ke Jannah.. aamiin..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.