assalamualaikum 😌

hi Monday!
Monday again 😄...

Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal

settle sarapan di Hotel Seri Malaysia, kami terus bersiap nak balik Melaka dah.
since di luar pun hujan lebat, da dijangkakan perjalanan kami bakal 'basah' sepanjang jalan.
maka, check out awal la.
nak singgah Losong lagi, beli keropok lekor.
nak singgah Chukai plak nanti makan-makan satar & pais ikan.
makan.
makan.
dan makan jer la program kami 😄.

da ready check out. dlm kereta... secara spontan, ajak mr.asben ke Masjid Kristal.
alang-alang da tiba K. Terengganu ni, takkan nak lepaskan peluang ke Masjid Kristal, kan.
dinobatkan sebagai masjid tercantik di Asia tu. wajib singgah...

Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal

Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal

Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal

Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal

Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal
nampak kan langit hitam tu?
aduhai... langkah demi langkah kami time tu were diiringi oleh rintik-rintik hujan tau.
demi nak spend masa di Masjid Kristal ni, rela aje lah dibasahi rintik hujan tu.

Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal
namun, kami hanya di luar.
tidak berpeluang menjengah ke dlm Masjid Kristal, solat tahyatul masjid & solat dhuha.
😔 masjid sedang dibaikpulih. siling di ruang utama runtuh!

Masjid Kristal ni dibina dari kaca dan keluli. 
masjid pintar pertama di Malaysia yg mempunyai keluasan 2, 146 meter persegi.
masjid ini dilengkapi dgn prasarana IT dan liputan wifi yang membolehkan jemaah menggunakan internet bagi membaca al-Quran secara elektronik.
ohsem!

kami hanya sempat berada beberapa minit di Masjid Kristal.
kerana setelah tu, hujan turun dgn sgt lebat!
tidak mungkin utk kami berjalan di tempat tidak berbumbung lagi 😓.

Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal

target nak ke Taman Monumen tu pun hampa. meleset kali ni. aduhai...
frust.
frust.
perlu repeat la ke K.Terengganu nanti demi completekan misi ni. in shaa Allah...

Taman Monumen is a place di mana ada replika masjid atau bangunan yg bercirikan Islam seluruh dunia, tau.
kagum bila lihat gambarnya di media massa. terasa wajib pergi dan lihat dgn mata sendiri.
ia adalah one stop centre utk kita lihat dan kagumi senibina Islam seluruh dunia. meskipun ia hanya lah replika, tetap memberikan kebanggaan kpd kita.
kita dewasa, apatah lagi utk anak-anak, kan. pasti sesuatu yg membuka mata mereka.
dan mereka akan lebih ghairah nak jelajah dunia, satu masa nanti.
antaranya yg saya suka nak highlight ialah monumen Masjidil Haram (berskala 1:18.5) dan Masjid An-Nabawi. ini dekat di hati kita, kan 😍.

tapi. kecewa tu hanya sementara. tak deep sgt pun 😊.
dlm Malaysia jer pun, mudah utk repeat. tak perlu cop passport or beli tiket kapal terbang ha ha ha ha 😂.
bebila berpeluang, diizinkan Allah, bergoleklah tayar kereta kami ke K.Terengganu nanti.

😍