assalamualaikum 😉
agak sukar these few days nak blogging 😅.
ada citer, namun kekangan masa dan ruang.
ptg ni, sementara tunggu 6 ekor ikan keli di air fry kan, exercise jari-jemari jap di atas keyboard.
dinner utk mlm ni :
- nasi lemak
- sambal tumis
- ikan keli goreng
- timun
- pepes ayam
ringkas. mudah. cepat 😋😋😋.
entri sekadar nak berkongsi perkembangan Izzat.
dah pun 2 bulan setengah la dlm Darjah 1.
alhamdulillah... takde apa yg lebih saya nak harapkan.
perkembangan Izzat sgt positif. cepat dari jangkaan saya...
Izzat dah pun lancar membaca di akhir Februari lepas.
tahap kelancarannya saya boleh katakan dlm rate 80%.
dia akan keliru bila sampai perkataan 'nga', 'ngi', 'nya', 'ngin', dan sebegitu la...
Izzat dah kemaruk membaca. ke kedai makan, papan tanda sepanjang jalan, sarikata di tv, semua dia akan membaca.
alhamdulillah...
start dari awal tahun, inisiatif saya utk tackle Izzat rajin membaca ialah belikan buku cerita bergambar.
ada time saya akan ikut buku membaca yg formal.
word by word. sebutan yg betul. fonik. mengeja. both saya ajar dia.
then, saya beri dia buku cerita bergambar, dia bebas utk membaca pada bila-bila masa.
baru balik skola. baju kemeja da buka dah...
sementara nak mandi, lepak baca buku dulu 😃.
tanpa paksaan. takde nak disuruh-suruh.
saya akan dgr je bacaan dia. samada saya sedang buat keje rumah atau most of the time, dok sebelah dia.
sgt minima dah kesalahan bacaan Izzat. proud of him.
ni la dia koleksi buku membaca yg saya beli.
separuh beli Aeon, ayer keroh.
separuh lagi beli di The Store, ampangan, seremban...
harga di Aeon. RM5.90 each.
harga di The Store. RM2.10 each.
jauh lebih murah!!! kurang separuh harga, kan 😍.
isi kandungannya sgt ringkas.
tulisan yg jelas. ada warma hitam & merah. mudah utk anak baca.
koleksi membaca ni ada juga dlm Bahasa Inggeris.
saya da riki-riki dah. tapi, step by step lah kan. niat di hati nak lancarkan bacaan Bahasa Melayu nyer dulu.
then, baru la berpindah ke Bahasa Inggeris 👍.
berbeza sgt tatkala ajar kakak-kakak membaca dulu kala, dgn Izzat.
dgn Izzat, tak boleh paksa dia utk membaca. duduk dgn sopan, elok...
buat homework pun mcm2 gaya. kena ikut je rentak dia 😄.
tegur skit je, meleleh air mata... so, memang kena ikut jer la gaya dia.
then baru la dia nak membaca, buat homework, mengaji...
yg penting, dia nak. dia mahu. dia suka... 😌😌😌
nak kongsi la jugak, minggu ni adalah minggu Ujian 1 bagi Izzat.
Isnin hingga Rabu.
hmmmm memang tak ada persediaan rasmi pun.
mengharapkan Izzat dpt la perform sebaiknya 😀.
Muallimah share di group whatsapp tghari td.
ok.
takat tu je sharing ptg ni.
moga ada manfaat ye 😃.
11 Comments
all the best izzat!
ReplyDeletetgk buku, rindu nak membaca balik.. tak de ms dh skrg..
ReplyDeletesedapnya menu makan malam aida, dulu masa anak2 kak ana membesarpun memang banyak kak ana belikan buku-buku macam ni dan alhamdulillah masih terjaga baik sampai ke hari ni walaupun depa dah sambung belajar ke univ :) Didikan awal bermula di rumah kan aida .
ReplyDeletemenu punya lah mcm2 akak kata ringkas... melampo tau
ReplyDeletebagus lah izzat, aiyan pun ada koleksi buku2 tuh... dana suka beli kan buku tu sbb perkataan tu dia warnakan ikut suku kata, memudahkan nk baca.
bagusnya...budak2 memang suka kan yg ada gambar....
ReplyDeletemenarik.. semoga izzat dipermudahkan dalam pembelajaran :)
ReplyDeleteKoleksi buku yang menarik.. seronok bila anak-anak dah boleh membaca dan suka membaca kan aida..
ReplyDeleteHihi Izzat tengah kemaruk membaca ye Aida... yelah kalau budak yg baru pandai jalan tu org ckp baru dapat kaki, yg Izzat baru dapat apa ek? Mmg tgh kemarukalah kan pantang tengok ayatlah katanya hihi....
ReplyDeleteCT rasa buku macam ni memang pendekatan yang baik untuk pupuk minat membaca dalam jiwa anak2 muda. colourful n huruf besar2. time besday anak2 buah memang selalu belikan diorang buku. kena cari yang menarik supaya diorang rasa seronok =)
ReplyDeleteBagus buku tu
ReplyDeletealololo manja betul izzat ni. Biasa anak lelaki memang manja dengan mak kan? Semoga izzat pandai membaca lepasni.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.