assalamualaikum 😊
in few minutes, nak gi amik Syuhada dari skola agama and terus amik Izzat plak.
rutin hari Rabu yg tak pernah jemu membuatnya.
nanti si Ibu ni dah masuk bekerja, ntah camne 😅. terpaksa susun jadual semua dgn mr.Ayah.
terjumpa 👇 di timeline fb.
tq to all sebab berkongsi 😍.
dan alhamdulillah, beginilah yg selalu saya nasihatkan kak Nurin yg dok di asrama.
1. belajar (duduk bersama) dengan kawan-kawan yang rajin. then, aura rajin tu akan dtg pada kita. rasa minat utk belajar tu akan lebih dekat dgn kita.
2. duduk jauh-jauh (jgn bercampur) daripada kawan-kawan yang malas! tidaklah mengenepikan mereka. bukan memilih kawan. tapi, bezakan waktu belajar dan waktu rehat. kiranya kawan tu masih bermain di waktu belajar, then, jauhilah dia buat seketika.
3. tiru gaya & cara pelajar cemerlang belajar 😏. alhamdulillah, kak Nurin dlm kelas yg pertama dan dia berada di kelompok yg terbaik. di sinilah tempat dia mencari cara bagaimana nak rajin belajar dan tahu cara utk belajar. observe cara kawan-kawan. then, jadikan cara kita ikut kesesuaian kita.
4. jgn duduk & 😞 buat muka malas semasa belajar. ini tips yg sgt bagus utk saya share dgn anak-anak. ketepikan perasaan bosan, perasaan tak sukakan cikgu, perasaan penat, bila sedang belajar. takde minat? ada kan minat tu. biasa kan. lama-kelamaan minat tu akan hadir tanpa paksaan.
5. kemas & bersihkan meja tempat kita belajar. ini dah saya terapkan sejak diorang kecik lagi. kemas meja, kemas katil, kemas almari buku = seluruh bilik. kerana dlm bilik tu la kita sedang belajar 😎. takkan selesa belajar kalau keadaan kacau-bilau. as for kak Nurin, sentiasa saya nasihatkan dia, kemas locker, katil dan meja belajar di kelas. kemaskan environment, maka kemas la diri kita.
6. hias & cantikkan tempat kita belajar. ni penting 😀. bilik anak-anak memang saya suka hias. bilik di rumah baru dah pun siap utk beri suasana indah & mesra utk kak Nurin & Syuhada.
7. belajar teknik siapkan kerja dgn pantas. ni pun saya terapkan pada anak-anak. bila kerja siap cepat, byk masa utk kita ulangkaji. bila mana kita buat kerja dgn lambat, ia akan bawa masuk aura pemalas! kerja jadi lambat dan diri kita jadi lembab.
8. puji diri sendiri selepas habis belajar. yes. ni sesuatu yg positif utk diamalkan. settle and say yes utk diri sendiri 👍.
9. ucap rasa syukur setiap kali habis belajar. alhamdulillah. saya sentiasa rasa bersyukur dgn pencapaian anak-anak, kak Nurin, Syuhada & Izzat. diorang berada di level masing-masing dan buat saya bangga. maka, tiap kali diorang settle belajar, terutama time ulangkaji bersama saya, memang saya akan lafazkan "alhamdulillah, abis dah..." 😀.
syukur krn setakat hari ni, saya dpt beri segalanya pd anak-anak bertiga.
tidak pernah ingin diorang rasa susah atau sukar.
but certain situations, rasa susah dan sukar itu perlu...
saya dulu pelajar.
tadika - skola rendah - skola menengah - matrics centre - university.
and now sambung di satu peringkat lagi, di university.
saya faham bagaimana kesukaran utk belajar. rajin belajar. menjadi cemerlang.
maka, utk anak-anak saya ni, saya tekan mereka di tahap mereka boleh terima.
kuncinya hanya satu = RAJIN BELAJAR.
akademik bukan segalanya.
tapi, tanpa akademik, masa depan sukar diramalkan.
dgn hanya akademik, masa depan tidak menyukarkan org lain.
cukup la anak-anak saya dpt berdiri di atas kaki sendiri.
senang. cukup. sihat. gembira.
tak perlu kaya dan duit melimpah-ruah.
kerana duit tidakkan menjamin kebahagiaan.
ilmu juga memainkan peranan yg paling penting.
😉 😎

20 Comments
good sharing..:)
ReplyDeleteMoga urusan menuntut ilmu baik secara formal atau sebaliknya Allah SWT permudahkan.Dilapangkan dada dan fikiran.Moga juga setiap ilmu yang dimiliki sentiasa diberkati..memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain juga.Aamiin.
ReplyDeleteinsya'Allah....belajar sampai ke liang lahad orang kata...
ReplyDelete10. Kena ada motivasi dan azam yang kuat
ReplyDeleteHai salam kenalan.
ReplyDeletenak tanya, sudi tak tukar link blog suka sama suka dengan saya (bloglist) kalau awak sudi sila tinggalkan comment awak di blog saya...
https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html
nanti saya blasa secepat mungkin.terima kasih
bagus ni..kena start terap dari kecil ni
ReplyDeletePerkongsian yang amat berguna sekali..
ReplyDeleteDalam urusan menuntut ilmu ni memang kena ambil kira bab berkawan.. Kalau berkawan dengan yang malas acuh tak acuh kerja nak meniru je tak bolehhh.. Nanti semua negatif tu terikut.. 😂
ReplyDeleteNice sharing kak
Beza antara pelajar cemerlang dgn tidak adalah sikap rajin itu sendiri. Nice sharing 😊
ReplyDeletenice sharing. insyallah semua akan rajin belajar.
ReplyDeletedan cemerlang dunia akhirat hendaknya..
Entry yg menarik
ReplyDeletepart kemas meja tu betul, bila kita nak study tengok meja kemas memang rasa semangat tapi ada jugak kata kalau meja sepah ni jenis yang cerdik :P
ReplyDeletePart kawan rajin dan kawan malas tu memang Sha setuju walaupun semuanya berpokok pangkalkan diri sendiri namun pengaruh kawan juga memainkan peranan..
ReplyDeletebetul lah, mmg kene ada cara jugak kan... persekitaran mmg memainkan peranan...
ReplyDeleteTips yang terbaik. Kadang memang susah nak cari motivasi untuk belajar secara formal ni. Huhu
ReplyDeletemoga anak2 aida semua berjaya cemerlang in shaa Allah
ReplyDeleteNice tips!
ReplyDeleteBetul sangat tu kawan-kawan sangat mempengaruhi
terima kasih kak untuk tips ni...
ReplyDeletesaya singgah sini..dan follow ya? :D
oh..saya memang dah lama follow...baru perasan xD
ReplyDeletePERKONGSIAAN YANG BAIK..MOHON SHARE YE PUAN
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.