assalamualaikum...
sambil-sambil layan Smallville Season 9 Episod 17, update blog dgn satu cerita.
Selasa lepas, settle je medical check up kak Nurin di hospital, terus kami berdua gerak balik kampung.
kebetulan, abah & emak saya ada di rumah kampung for maybe 1-2 minggu ni.
😓 bumbung rumah bocor. perlu dibaiki 😊.
unik kan duit 2 keping ni.
nanti-nanti bakal jadi antik ni.
saya minta izin abah nak simpan ni.
kami sampai je rumah kampung, abah & emak busy nak kira selambak duit syiling.
tertunduk-tunduk abah dok mengira.
antara nampak dgn tak nampak jer 😅.
apa lagi, teruslah kak Nurin dok bersekali kat tgh ruang tamu tu.
kak Nurin : "kelakar la Atok Uwan ni. kenapa tiba-tiba nak kira duit ni?"😂😂😂
Atok : "Atok bosan lah, kak Win. asyik tido, makan, tido, makan..."
kak Nurin : "la ye ke... meh la Win tolong. Atok ni mcm lambat jer..."
Atok : "ye la. kak Win buat la. mata Atok da pedih dah ni. tak nampak!"
so sweet time ni. happy tgk anak saya & abah saya bersama.
tua dah abah.
kalau dulu, sasa, garang, tegas.
now, lemah lembut jer lah, terutama dgn cucu.
tentang duit syiling 1 sen dan RM1 tu, kak Nurin memang tak pernah jumpa.
maka, penemuan kami pada hari Selasa tu sgt la berilmu.
sempatlah si Atok bercerita dgn kak Nurin kisah-kisah duit zaman dulu-dulu.
and... sempatlah abah & emak luahkan rasa marah dan geram😠dgn duit syiling terkini.
syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen hampir-hampir sama saiz!!!
amat mengelirukan bila time nak buat pembayaran.
abah & emak akan suruh pekedai tu yg pilihkan, mana 50 sen, 20 sen or 10 sen.
iye la, mata diorang dah tak nampak. rabun dekat ke, jauh ke, sama jer dah kan...
sedangkan saya pun, if nak guna syiling, ambil semua dlm purse dan letak kat tapak tgn jelas-jelas.
baru la betul bayarannya...
👆 gigih la saya mencari barisan-barisan syiling di atas ikut time diorang.
tang syiling 50 sen lama-lama, mudah nak kenal.
tak payah tgk, raba-raba jer pun dah tau syiling 50 sen, kan.
masalah yg kak Nurin hadapi plak, mostly public phone kat skola & asrama dia, tak terima duit syiling baru.
aduhai... gitu kisahnya 😒. ibu pun tak tahu, kak... lama tak guna public phone 😄.
bukan tu jer, duit kertas RM10 dan RM20 pun boleh terkeliru...
pernah ada satu situasi. saya beli brg dgn member.
harga kesemuanya adalah RM160+.
saya nak memudahkan dia, saya bagi lag note rm50 2 keping, note RM20 sekeping dan duit kecik-kecik selebihnya.
agar dia dpt bagi baki genap guna note RM10.
tapi... hu hu hu hu dia ambil duit, sambung berborak... confirm dia tak perasan yg itu adalah note RM20 😄😄😅.
saya halalkan dunia akhirat. saya segan nak minta, menjaga air muka 😌.
moga yg baik-baik saje kembali kpd saya in shaa Allah.
al-kisah duit ptg ni ekk...
kebetulan hari gaji ha ha ha ha ha... alhamdulillah.
degupan jantung bank saya yg da hampir line lurus tu, dah pun berdegup kencang semula 😄😄.
ok bye!
10 Comments
mmg antik duit yg gmbr 1st tu..ada lg simpan duit syiling rm1 tu ye..hah cucu ngan atok kira duit...bonding time
ReplyDeletebenci tau duit syiling sekarang..aku nak kna check jer takut trtukar nilai..huuhu
ReplyDeletesetuju lah kak, duit syiling skrg mmg agak mengelirukan, dana selalu tertukar 10sen ngn 5sen, 20 sen ngn 50sen baru... yg lama ok blh beza saiznya n berat...
ReplyDeleteaiyan lg lah tak paham n tak berapa reti guna duit siling, kalau kita bg duit syiling 50sen ngn 20 sen... dia kata baru 20sen... sbb 2 je hehhe...
Babah PC cakap duit syiling sekarang macam duit mainan..hhehehehe..kalau yang dulu berat..padu..berasa dipegang..
ReplyDeleteBila gaji hampir habis maka duit syiling dlm tabung akan digunakan! Itulah yg jd kpd sy. Huhuhu...
ReplyDeleteBagus nya nurin rajin kira duit dgn atuk
ReplyDeleteWah! dah banyak kumpul syiling tu boleh hantar bank tukar dengan duit kertas.
ReplyDeleteTakdelah tua sangat nampak Abah Aida tu
Betul sangat tu duit syiling sekarang ni ntah macam apa-apa jer... ringan sangat saiz pun lebih kurang expecially yang 5 sen degan 10 sen.
jangan kata parents kak aida yang tak nampak, saya pun selalu tersilap mana 20 sen dengan 50 sen. Kalau dulu tengok saiz pun dah tahu
ReplyDeletepart duit tu memang Sha setuju.. Yang sekarang punya memang sangat mengelirukan.. Kita yang kena alert bila menghulur.. Tambah duit RM20 dan RM10 tu..
ReplyDeleteSERONOK ATOK MENGIRA DUIT DENGAN CUCU TU, ITULAH ATOK DENGAN CUCU BOLEH NGAM
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.