assalamualaikum 😌
masih lom terlewat kot utk Aida wish semua Muslim readers - Selamat Berpuasa.
dah pun Ramadhan ke 5 hari ni. alhamdulillah...
moga ibadah kita diterima Allah 100%.
moga kita dipanjangkan umur hingga ke akhir Ramadhan. aminnnn...
puasa...
takde pe beza sgt dgn cerita-cerita yg lain. di fb. di blog. di ig.
sahur. berbuka. terawikh. ibadah sunat yg lain. standard la kan 😀.
1st day of Ramadhan, dpt lah berbuka dgn famili. emak. abah. adik-beradik di KL.
Melaka cuti, maka kami spend time naik KL utk memeriahkan 1st day of Ramadhan.
anak-anak bertiga tu memang happy tahap maksima lah kan. dpt spend time dgn Atok & Uwan dan sepupu-sepupu nyer.
kami empat beradik (pompuan only) sama-sama plan menu dan penyediaannya...
ha ha ha saya tebar roti jala jer.
kakak sulung yg byk beraksi di ruang dapur.
kakak ngah da sponsor rumah utk gathering.
adik bongsu bwk 2 lauk best!
nah lauk nyer!
sayur campur, ayam kari & roti jala, sambal tumis ikan bilis, ayam goreng, ikan dori goreng tepung, ikan patin masak tempoyak, sup kaki ayam (tiada dlm gambar), sambal tempoyak cili padi & ulam2an.
bukan tu jer... ada juga kuew teow goreng & mihun goreng.
meja da penuh. tu yg few menu tak dpt dok sekali atas meja 😅.
tapi semua skit skit jer, asal semua dpt merasa. and dpt la saya tapaw* beberapa lauk, buat bersahur di Melaka.
alhamdulillah...
Ramadhan ni sgt istimewa kan utk semua.
lebih istimewa dari Syawal kot. pada pendapat saya la...
konsentrasi kita terhadap Ramadhan ni sgt penuh.
dari sebelum subuh, setiap waktu solat membawa ke sunat terawikh, baca al-Quran (tadarus)...
then time berbuka tu is the best. sekeluarga dok kat ruang tamu, menunggu waktu nyer 😅.
time ni nak layan fb pun dah takde mood ha ha ha ha...
mak-mak plak, da plan menu berbuka 2-3 hari ke depan.
stok brg basah da siap-siap prepare dlm freezer. yg nak diperap, yg nak disiang, yg nak dipotong...
balik keje jer, terus sinsing lengan baju and start operasi di dapur 😋 👍👍👍.
kat ofis da share dah, "ko masak pe ptg ni?".
dari sini la mak-mak dpt idea utk prepare pe patut.
saya thn ni merupakan tahun last la cuti blaja di bulan Ramadhan.
dipanjangkan umur, lepas Syawal nanti dah naik keje. back to work 8 -5 😌.
dpt la saya masak-masak tiap hari utk berbuka in shaa Allah. simple teramat...
2nd Ramadhan (Selasa)
- sotong kunyit sos tiram
- ikan bilis goreng dgn belimbing buluh & cilipadi
- *tapaw dari KL - ayam masak lemak & sambal tumis ikan bilis
- air teh o panas
- *tapaw dari KL - seri muka pandan
3rd Ramadhan (Rabu)
- singgang ikan
- sambal ikan bilis & terung pipit
- *tapaw dari KL - sup kaki ayam
- air jagung sejuk 😋
4th Ramadhan (Khamis)
- asam pedas tetel
- telur dadar
- ulam - daun tenggek burung
- air teh o panas (Syuhada yg buat = sedap!!!)
- kuih onde-onde (mr.asben dpt di ofis)
5th Ramadhan (today!!!)
- sambal telur pecah
- peha ayam panggang
- ulam - timun
- air jagung sejuk
- air teh o panas
setakat waktu entri ni sedang ditaip, nasi ✔ peha ayam panggang ✔.
azan asar pun dah kedengaran tu hah. so lepas asar karang baru la start masak sambal telur pecah.
semuanya simple.
takde yg susah-susah.
semua yg dijamin anak-anak makan sampai licin 😀.
sabtu....
ahad....
adakah menu special skit?
plan gitu lah. we will see lah ha ha ha ha ha...
si Ibu ini tak janji 😅 😆😆😆.

6 Comments
Saya kat perantauan pun masak simple-simple je Aida. Rindu nak duduk Melaka balik. Huhuhu.
ReplyDeleteSaya kat perantauan pun masak simple-simple je Aida. Rindu nak duduk Melaka balik. Huhuhu.
ReplyDeleteMeriah lauk hehe
ReplyDeletemeriah menu berbuka Aida..
ReplyDeletebila dpt berbuka puasa ngan family rmi2..meriah menu kan
ReplyDeletememang ramadhan itu istimewa dan patut dibesarkan lebih dari syawal kata ustaz. ada orang yang gembira bila ramadhan nak berakhir dan tak sabar nak sambut syawal, ada orang yang sedih nak tinggalkan ramadhan, kita yang mana satu? tanya ustaz
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.