assalamualaikum & salam sejahtera 😊😊😊.
selamat pagi Khamis.
mr.asben dan anak-anak da selamat kuar ke ofis / sekolah.
saya da sarapan quaker oat secawan.
alhamdulillah...
blogging jap.
sambil tgk tv.
jengah-jengah di luar, hmmmmm mcm nak hujan 😐.
tapi lom boleh pasti. karang nanti awan di tiup angin, lari la hujan di kawasan lain.
simple je citer ari ni.
nak citer pasal deko yg simple juga di ruang makan - paparan di dinding buat tetamu menjamu mata.
tak lebih. tak la kurang sgt, kan...
ruang pun terhad. tak nak terlalu sarat!
yg penting diri sendiri puas hati 😍.
tadaaaaaaa...
- cermin NISSEDAL saiz 65cm x 150cm - RM199 (ikea)
- frame utk fridge magnet saiz 1' x 3' - RM55 each (beli online di sini)
- bunga gantung 2 tangkai - RM9 each (Nilai3)
cermin di meja makan.
tu memang kehendak saya sejak dulu kala.
at first, nak deko menggunakan cermin LOTS ikea. murah - RM30 satu set (4 cermin saiz30cm x 30cm).
byk sharing camne nak deko dgn cermin ni di fb.
tapi tu la. bab nak menampal LOTS ke dinding... tu yg buat saya tertangguh-tangguh.
then, pattern yg sesuai nak menyusun LOTS tu. yes, byk idea online boleh cedok. tapi sendiri tak pandai!
again, saya masih terasa mcm tak puas. saya bukan la pakar dlm bab deko-deko ni.
moreover, nak d.i.y plak kan.
karang jadik pelik plak kan 😆.
dek kerana tu semua, terus sambar jer la NISSEDAL ni. gantung dgn 2 paku - settle!
bunga-bunga tu tak lekat permanent.
boleh ditarik keluar utk dicuci nanti. standard lah kan, habuk surely melekat punyer.
tanpa bunga dan daun, terasa keras plak satu-satu bahagian dlm rumah tu, pada pendapat saya lah.
nakkan bunga segar, takkan nak menanam pokok menjalar di situ kan 😄.
waktu cuci mata di Nilai3, this one yg menarik perhatian saya dan mr.asben.
mr.asben's approval is the very very very important lah kan...
😍😍😍
ruang makan kan tempat wajib tetamu duduk menikmati makanan pe pun yg dihidangkan.
dan ruang ni juga la tempat kami 5 sekeluarga makan tiap hari.
so, ada frame fridge magnet tu, mcm satu kepuasan bagi saya sendiri. menjamu mata sendiri 😍.
takde lah rasa kosong sgt sudut tu.
ok lah tu.
then letakkan makanan-makanan atas meja, complete lah ruang makan.
rumah kecil, nothing much can be done lah. so, deko semua tempek kat dinding.
😉😉 👌👌
39 Comments
Suka frame untuk fridge magnet tu.
ReplyDeletesekarang ni dah semakin penuh, aisya.
Deletehobi memang kumpul fm. then kawan2 holiday luar negara, kirim.
maybe skit masa lagi dah kena tempah baru :)
Letak cermin pada satu-satu ruangan itu menampakkan keluasan kawasan tersebut..ke PC silap..selain mainan/pilihan warna cat atau wallpapper..
ReplyDeletebetul tu PC.
Deleteaida ada baca gitu.
meluaskan satu2 kawasan.
tapi bagi aida, letak cermin ni is sebab senang nak betulkan tudung time tetamu nak dtg :) ha ha ha ha...
dan, cermin ni is deko yg sgt cantik, pc. sesuai kat mana pun sudut rumah :)
Suka nengok fridge magnet banyak2 Tu hehe
ReplyDeletehobi saya, ct.
Deletesuka kumpul fm.
bila gitu, saya pun suka tgk...
letak kat sebelah meja makan sebab time makan pandang fm tu semua.
saya sendiri rasa happy.
alahai menariknya. sekarang stress jugak fm ku tu banyak rosak. bunga-bunga plastik kita berkenan tapi encik suami pulak tak berkenan. satu bunga pun tak dak dalam rumah.sobss
ReplyDeletetu la eliss. byk yg dah rosak. dulu kala letak kat peti ais.
Deleteanak2 pun masih kecik time tu. aduhai... dlm proses pindah ke board ni pun, ada 3-4 ketul yg rosak, terjatuh!!!
bunga plastik tu baru wujud tu, eliss :)
2-3 tempat je ia diletakkan. dan reachable. senang gi cuci :)
nampak kemas bila fridge tu susun kt tempat tu. banyak plak tu. nice
ReplyDeletecantiknya kemas je fridge tersusun rapi kt tempat tu.
ReplyDeletecantik la frame dengan fridge magnet tu!
ReplyDeleteCheq ada banyak juga fridge magnets yang tak tertampal di mana-mana ni, nak kena beli frame dia la nanti ni 😅
ReplyDeletewajib beli, ciksuerin.
Deletebaru la bermakna kita mengumpul fm byk2 tu.
if not tersimpan, x dpt nak belek-belek.
menarik pula buat mcm nie yer..
ReplyDeletemudah ye buat bunga macam tu senang nak tarik2 dan basuh
ReplyDeleteyes.
Deletesebab confirm habuk akan hinggap.
wajib basuh bunga gitu.
Kak Sue pun suka letak cermin sebab nampak ruang lebih luas kan. Suka lah frame fridge magnet tu, ada rezeki nak beli juga..
ReplyDeletebanyaknya fridge magnet Aida..
ReplyDeletelama dah mengumpulnya, sha. dah jadi satu ketagihan, ke mana2, cari fm.
Deletenow, dlm Malaysia, mostly setiap negeri dah ada fm nyer kat board aida ni.
so, if gi holiday, akan cari juga. tapi fm yg rare lah.
lain dari yg lain skit...
famili & kawan bagi hadiah lagi.
tayang kat situ, diorang dtg, kembang hati diorang bila tgk kita hargai pemberian diorang.
Banyaknya fridge magnet kak aida 😯 cermin tu sangat membantu bagi nampak luaskan tempat kan 😊 syaza suka guna cermin square lepas tu beli banyak lepas tu cantum-cantumkan hehhehe. Banyak kerja tapi hasil dia puaih hati 🥰
ReplyDeletecantik! sedap mata memandang bila dah siap kemas cantik macam ni. boleh juga ikut idea fridge magnet tu selain daripada tampal di peti ais kan
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Saya suka cermin dan tempat lekat fm tu. Lawa je susunannya. Tapi bila tengok bunga atas tu maxam tak kena la pulak. Kalau takde, memamg nampak keras dan kaku. Rasanya kena tukar kaler kot. Ataupun, cuba tukar dengan daun je ke. Daun juntai pun ok jugak. My opinion
ReplyDeletebudak2 mesti excite utk tambah koleksi magnet fridge ni kan. Jangan kata budak2, bapak budak pun kadang2 excited nak beli tiap kali pergi tempat lain2. barula tersimpan kenangan di rumah gituww
ReplyDeletekak aida ! superb idea gntung FM tu ! walaweih, terasa nak beli and ada ruang tu jugak. yelah, letak dekat peti tu dah penuh and lagi satu macam tak value je. bila ada ruang macam ni, rasa seronok nak kumpul. thankyou for the idea.
ReplyDeleteNice sebab buat sendirik kecuali cermin dan board tu la kann. Nak tiru lah beli board utk magnet. Tak cliche asik letak kat peti ais. Sis punya cermin ikea sampai sudah tak gantung2. Lebih 5 tahum wei. Astaga!
ReplyDeleteCantik lah walaupun simple dan sikit sahaja perubahan yang dibuat tapi tetap nampak sangat menarik dan juga mengubah ruang menjadi sesuatu yang baru dan indah ehhehe kita nak buat frame magnet tu sebab banyak nak gantung ni hehehehe...
ReplyDeleteCantik dan kreatif bila tgok awak letak fridge mgnet kt situ..slalu kite tgok org ltk kt peti ais..idea yg mnarik nie..trma kasih sudi share..
ReplyDeleteKemasnya hiasan sebegini. Rawlins suka.
ReplyDeletePun pernah terfikir nak beli LOTS tapi memikirkan nak gam, nak susun segala tu - terbantut niat nak membeli haha
banyak nya fridge magnet dia..hehee..bgus elok susun macam tu..namapk kemas..kalau jenis tak gatal nak mabil ok la..cntik je letak dekat tempat makan..denagna da cermin tu
ReplyDeletecantiknya...pandai mendeko. Bagus jugak yg sudur fridge magnet tu. Tapi anak-anak kita suka ambil habis pecah. Pasni nak beli kena cari yg plastik je..huhu
ReplyDeleteKreatifnya suka tengok. Akk suka deko yg banyak mempertaruhkan idea yg macam ni. Tak perlu berbelanja mahal pun utk rumah yg cantek
ReplyDeleteso pretty la frame tooo..i love going ikea to buy decorative item...sambil makan karipap...
ReplyDeletesuka tengok orang deco rumah ni.. Liez ni rumah kosong je dinding. sbb mood nak rumah cantik tak mari lagi.. igt nak juga hang up frame gambar cantik2 nanti..
ReplyDeleteIdea yang bagus dan menarik. Sudut rumah pun nampak kemas dan cantik. Pandai dan kreatif betul buat susun atur kat rumah
ReplyDeleteCantiknya mendeko. Saya ni mmg tak kreatif kalau bab2 nk Menghiasi ni. Kalau dkt rumah fridge magnet mmg dkt fridge je. Tu pon tak tersusun. Haha
ReplyDeleteRajin akak mendeko. Simple but nice. Tak sarat mana. Sedap mata memandang.
ReplyDeleteRuby ada jugak guna plastik gitu. Memang banyak habuk jugak. Habuk di mana². Hehe. Tapi senang nak cuci.
Bak kata akak, takkan nk tanam bunga hidup 😆
Pergi shopping Nilai 3 tu boleh rambang mata 🤣
Interesting idea to decorate an empty space… the mirror kinda gives an illusion for small space to look bigger, that’s really smart
ReplyDeleteCantik deko ruang makan :) Suka pada part magnet frame tu, selama ni asyik penuhkan kat peti sejuk je. Now dah boleh cilok idea akak :) Jangan marah ye :)
ReplyDeleteWow terbaiklah.. Rajin betul mendeco cermin dan fridge magnet.. Kalau wawa mmg bye2 la jawabnya fridge magnet tu dh hilang. Hahaha... Idea berguna gak ni nnti nk try la
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.